Dengan pembiayaan yang panjang, penjualan sekerat jalan, harga jualan tidak mampu menampung baki pembiayaan bank...
Maka ramailah yang terus menggunakan kenderaan berusia melainkan sanggup mengeluarkan duit lebih.
Bila kenderaan semakin berusia lagi sukarlah untuk dijual...pilihan yang ada gunakan saja selagi boleh. Walaupun tidak begitu ekonomikal kerana kenderaan tua sangat manja dan mudah rosak.
Kancil ini sudah berbulan tersadai kerana enjin terlebih panas., puncanya sekadar hose radiator bocor...kerana banyak pilihan kenderaan lain..tersadailah ia dibahu jalan sehingga disaman PBT.
Kancil kini telah dibaiki. .Ada yang cuba melamar tapi tak jadi. Ingin berjimat sebab covid katanya.
Anak isteri pun tak sanggup nak guna khuatir kereta tersadai ditengah jalan..Pilihan apa yang penulis ada, melainkan membelanya semula untuk kegunaan peribadi. Boleh lah diselang seli dengan kapchai buruk nanti. Minyak pun sangat jimat..
Dah alang alang orang tak ingin.. Kancil ini akan diberi cat baru...
Dah cantik nanti tentunya akan semakin sayang...Boleh lah dibawa ke sana sini ke destinasi berhampiran.
Diharapnya memasing tak berebut nak guna. Mentang mentang dah cantik..hehe
Kalau dah mekup cantik-cantik, ramai yang terpikat tu nanti.
ReplyDelete