click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 1, 2021

Paya Indah Wetland Dengkil Selangor.

Riadah kaliini Khamis adalah di Paya Indah Wetland Dengkil Selangor.

Meminjam basikal kakak, seawal jam 8 pagi menuju ke sana. Dulu penulis rajin berbasikal, sejak patah tulang bahu akibat terjatuh sewaktu melayan laluan offroad curam, basikal lama tersadai dan daripada dibiarkan reput, basikal diberikan kepada menantu untuk dimanfaatkannya.

Kepuasan berbasikal apabila kita dapat mengayuh untuk jarak yang jauh. Jika tidak, lebih baik berjalan kaki saja.


Sebelum pergi, menelaah dahulu latarbelakang wetland ini di Utube. Menyedari wetland tersangat luas maka berbasikal merupakan kaedah terbaik menerokai kawasan itu.

Hari biasa tidak ramai pengunjung.
Penulis menelusuri trek offroad didalam kawasan hutan. Sesekali berhenti mengambil gambar.

Trek termasuk kiri kanan laluan diselenggara dengan baik., Walaupun sedikit cuak berseorangan namun terus berkayuh. Semakin lama semakin jauh ke dalam.



Rumah kayu berada begitu terpencil, penulis percaya rumah kosong ini dimanfaatkan oleh makhluk halus.



Jeti mini turut terdapat dipinggiran tasik sesuai untuk menikmati pemandangan persekitaran.

Lega bila terserempak ranjer bersama pelawat turut melalui lorong sunyi.


Papan tanda sepatutnya diletakkan dipersimpangan begini untuk menunjuk arah pengunjung.. Ke kanan atau kiri?

Dah berkilometer berkayuh di dalam hutan berpaya, tetiba pihak sekuriti datang menghalau dan akan merampas basikal jika tidak segera beredar...Ewahh

Pengunjung tidak boleh dipersalahkan kerana tiada sebarang papan tanda larangan memasuki kawasan hutan.
Pihak sekuriti pun sepatutnya berkawal dipintu masuk kawasan hutan jika ianya diwartakan sebagai kawasan larangan..

Ini pagar dibiar ternganga. Kita pun bukan menceroboh melalui jalan tikus, mendaftar di pintu masuk utama .

Sejujurnya, kawasan hutan Paya Indah Wetland
memang berbahaya kepada pengunjung lebih- lebih lagi jika pergi berseorangan. Banyak kesan sodolan babi hutan di kiri kanan trek, ada pengunjung terserempak buaya melintas daratan juga ..Anaconda dan binatang liar lain pun silap-silap ada kerana kawasan berpaya ini berkeluasan sehingga 3000 hektar..

Tapi tegurlah dengan sopan...

Salam tak, apa tak tetiba sergah dengan muka ketat...

'Keluar sekarang..atau saya rampas basikal...'

Banyak cantik..

Penulis sedia bersemuka dengan pihak pengurusan sekiranya pihak sekuriti berterusan bertindak kurang ajar.

Tadi penulis berkayuh dari pintu masuk sebelah Dengkil sehingga ke sempadan projek perumahan Gamuda Cove bersebelahan dengan Hiway Elite, jarak yang jauh juga.

Sewaktu menahan renjer untuk menanya arah sewaktu bersimpang tadi membawa penulis ke tapak projek ini.

Segera teringat peta semasa menelaah di Utube menunjukkan taman perumahan baru Gamuda Cove berjiran dengan Paya Indah Wetland.


Pengurusan wetland ni pun khabarnya akan diambil alih pihak Gamuda . Harapnya keadaan keseluruhan semakin bertambah baik bukannya diusik untuk dijadikan kawasan perumahan.

Dahulunya wetland menyediakan chalet-chalet, ketika ini kesemuanya telah dikosongkan. Tak pasti apa yang akan dibuat oleh pengurusan baru nanti.

Dalam hati ada taman..hehe

Selain buaya dan hidupan lain, badak air dan burung merak boleh dilihat di santuari ini.


Keadaan prasarana yang semakin tidak terurus. Diperhatikan wetland ini menerima kunjungan yang tidak ramai. Promosi berterusan perlu dibuat untuk menggamit pengunjung datang.

Dengan keluasan sebegitu rupa, penyelenggaraan memang memerlukan kos yang sangat besar.

Jomlah ramai- ramai berkunjung ke sana..Jika kunjungan terus sepi penulis percaya sedikit demi sedikit kawasan akan diubah status menjadi tapak perumahan...satu mimpi ngeri jika ianya terjadi.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK