Pusat rekreasi penuh, pusat perkelahan penuh tempat makan- makan pun penuh...Geng kereta, motorsikal basikal dll memenuhi jalanraya di segenap arah. Orangramai seolah meraikan semaunya.. menikmati semula kebebasan yang telah ditarik balik sebelum ini.
KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
Walaupun seringkali melewati kawasan SFV, tiada keterujaan untuk singgah, tiada promosi untuk menggamit pengunjung datang. Masa mula- mula dibuka beberapa tahun dahulu terdapat juga deretan kiosk kiosk menjual buahan dipinggiran jalan pintu masuk ladang. Kini hanya terdapat sebuah gerai jualan.
Pemandangan dari luar keadaan pokok -pokok buah juga tidak begitu gah, seolah tidak begitu terbela, rupanya di dalam ladang keadaan lebih terurus.
Harini tergerak hati berkunjung ke sana. Ingin meninjau kot ada yang boleh ditiru dikebun nanti.
Tak pasti pula berapa lama aktiviti lawatan ke ladang telah dianjurkan.
Kemasukan dewasa Rm 15 manakala kanak kanak Rm8. Untuk pemanis tekak pengunjung disajikan dengan buahan potong percuma.
Pelbagai pokok herba, buahan bermusim, tidak bermusim dan sayuran terdapat di sini. Kebun pokok anggur pun ada, namun pada skala kecil, sebagai daya penarik kepada pengunjung saja
Jika datang dimusim buahan pengunjung boleh memetik sendiri buah- buahan.
Ketika ini hanya tinggal buah- buahan yang tidak bermusim.
Pengunjung dibawa menelusuri laluan ladang menggunakan tram.
Rumah kampung destinasi wajib pengunjung mengembalikan nostalgia pengunjung dewasa kota, manakala untuk anak-anak kecil bandar, ini merupakan pengalaman melihat sendiri keunikan rumah kampung.
Reban ayam dan kambing dibelakang rumah.
Manakala lebah diternak didalam kebun kelapa.
Pelbagai buah potong dan air kelapa dijual kepada pengunjung .
Terdapat tempat-tempat lawatan berupa Taman Rusa, Arnab, Ayam Itik Angsa maupun lembu..
Anak kecil tentunya seronok menikmati suasana baru didalam ladang.
Huh tak sabar menanti sempadan negeri dan negara dibuka semula..