Cuti sekolah ditambah dengan cuti umum maka banyaklah dapat jemputan kenduri kahwin. 20hb Januari ke Pontian, keesokan hari 21hb menghadiri majlis kahwin, jiran setaman berbesan dengan orang Benut. Bulan ini memang banyak kali turun naik KL-Johor, 9hb dah turun, hujung bulan ni 28hb turun lagi Yong Peng jemputan kahwin juga.
Harapnya ketika itu jalanraya tidaklah se sesak seperti ketika balik cuti raya cina. Setibanya di Ainsdale, Seremban kenderaan bergerak macam siput, terdapat kemalangan di exit Port Dickson. Musim cuti kenderaan banyak, jika laluan terhalang, akan sesak berkilometer.
Majlis di Benut, menginap di Pontian, punyalah jauh, orang rumah yang uruskan, kita ikuti saja. Kesempatan menginap di Pontian bertemu dengan sahabat lama yang pernah berjiran di taman.
Sebelah malam, Pontian boleh tahan meriah, semua tempat makan-makan persisiran selat dipenuhi pengunjung.
Biasanya di Pontian pengunjung akan ke Tanjung Piai, yang sinonim dengan titik hujung benua asia dan Taman Negara Hutan Bakau Kukup. Oleh kerana dulu dah pergi jadi pusing -pusing di Pekan Pontian saja.
Keesokan pagi berkunjung ke kawasan benteng pemecah ombak, keadaan disini agak mengecewakan, walaupun tong sampah disediakan disepanjang benteng, pengunjung tetap meninggalkan sampah dicelah celah batu . Lemahh
Singgah di Dataran Diraja Pontian sebelum ke Benut.
Sebagaimana bandar -bandar lain di Johor, penulis suka dengan Bandar Pontian, keadaannya agak kemas dan bersih.
Selamat datang ke JDT
ReplyDeleteHehe selalu ke JDT wak
Delete