Walupun bukan favorit, tapi kerap juga berjoging di Telaga Tujuh Serendah.
Jika di Serendah lokasi riadah paling disukai adalah di Tasik Antara Gapi. Walaupun jauh kerap datang ke sini. Di sini memenuhi kriteria yang penulis suka. Jarak satu loop secukup rasa, ada laluan mendaki/menurun, pemandangan berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa sangat lawa, tempat sentiasa dijaga. Pendek kata puas berjogging disini.
Telaga Tujuh ni bukan tempat berjogging, kerana ketiadaan trek yang membentuk satu loop., ia lebih kepada tempat bersantai memanfaatkan lokasi bersejarah.
Tapi oklah kita berulang alik dilaluan masuk bertar ke taman rekreasi mini ini...Kepuasannya berpusing di jalan yang sama sedikit kurang.
Menjadi rutin lepas berjogging mencari tempat bersarapan...itu niat asal, mencari sarapan pagi di merata tempat sambil memanfaatkan kawasan rekreasi.
Boleh saja memanfaatkan apa yang ada.. menuruni/menaiki tangga..jika rajin boleh meredah trek offroad sehingga ke jirat cina..cuma leceh trek offroad, jalan lecak...
Telaga tujuh dimana tempat mendapat nama... air dari empangan mini memasuki 7 buah telaga sebelum dialirkan ke sungai..
Di ambang usia emas aset tak ternilai adalah kesihatan yang baik..jika waktu tak dimanfaatkan sebaiknya, nescaya masa terbuang bergolek kemudian tertidur. Bukankah lebih baik regangkan otot, keluarkan peluh dan berjemur pagi walaupun sekejap...
Jika kemudahan trek sempurna disediakan penulis percaya ramai yang akan berjogging disini...
No comments:
Post a Comment