click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 20, 2024

Khemah Sisi...


Kalau boleh berjimat kenapa perlu membayar lebih. Apabila bercamperkembara, antara peralatan tak kurang penting adalah khemah sisi. Boleh melepak dibawah kanopi dan  dalam apa juga situasi hujan atau panas melainkan ribut, tingkap boleh dibuka supaya udara kabin bebas keluar masuk. Pemasangan pun mudah.



Khemah sisi saiz 2m x 2m kalis air tanpa jenama  tak mahal dalam Rm17 yang dibeli online. Kalau yang berjenama tak usah cerita, harga beratus ringgit. Mungkin kualiti jauh lebih baik, untuk penggunaan sesekali rasanya ok berkompromi sedikit dengan kualiti...Tujuan utama untuk mengelak hujan atau panas bukan menayangkan siapa punya lebih mahal.

Yang berharga mahal didatangkan dengan tongkat, tali dll...Beli barangan murah kita manfaatkan apa yang ada...

Tongkat menggunakan buluh. Kekurangan buluh ianya tidak boleh dilaras, tapi dari segi kekuatan itu tidak boleh disangkal. Panjang pun memadai untuk disimpan di dalam kenderaan. Buluh kecil padu tanpa rongga diperolehi dari rakan kebun. Supaya tahan lama, buluh direndam di dalam air, ini petua orang dulu. Tujuannya untuk membuang agen pereputan protin/gula dalam buluh ataupun kayu. Penulis dah cuba ternyata berkesan. Pokok senduduk yang direndam di dalam kolam sehingga kini walaupun  berusia lebih 5 tahun masih kekal tegap..selain ringan kayu sangat liat jika ingin dipatahkan.

Hah apa lagi, cubalah...

2 comments:

  1. Wah.. Idea bagus betul.. Linda memang tak reti bab2 macam nie

    ReplyDelete
  2. Kayuh pelan- pelan lama- lama nt akn mahir..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK