Seawal 7 pagi telah bergerak menuju sempadan, membeli insuran dan mengisi dokumen perjalanan di Changlon, menuju dan menyerahkan pasport di pintu berlepas imigresen sempadan..
Apabila pemeriksaan dibuat dan nama dipanggil hati mulai cuak..selalunya pegawai terus mengecop pasport...
'En ada masalah..tidak boleh ke luar negara...sila pergi ke pejabat imigresen di sebelah untuk maklumat lanjut..'
Ermm kena lagi nampaknya..sebelum ini pernah disenarai hitam gara-gara kes kwsp kali ini setelah berjumpa dengan pegawai imigresen dimaklumkan perlu berhubung dengan pihak kastam..kes cukai GST katanya.
Kedua duanya melibatkan syarikat sama sebab mengizinkan penggunaan nama untuk operasi syarikat..Kini syarikat itu bermasalah.
Setelah berbincang, 4 peserta lain turut membatalkan hasrat ke Siam walaupun mereka boleh saja terus ke seberang setidaknya ke Danok ataupun Hatyai menaiki van, mereka pun biasa ke sana.
Maka kami berpatah balik. Mujur hotel semua tak tempah awal, cuma insuran dan kad sim dah beli, kos kerugian dalam rm200.
Ronda ronda Perlis pulak lah..
Musim mangga Harumanis di Perlis sekarang. Berpeluang melawat kebun- kebun Harumanis..
1. Harummanis Hutan Temin...
Cendol Harumanis, pulut Mangga Harumanis dan pastinya buah Mangga Harumanis Harga bergantung kepada gred..rata-rata 3kg 100-120 ..
2. Pusat Pertanian Bukit Bintang..
Jalan Sg Batu Pahat..
Esok akan ke destinasi lain pula..
Perlis pun tak kurang hebatnya
ReplyDeleteAlahaiiiii sangkut lah pulak. Kes macam tu boleh selesai tak. Tak pasal sangkut tak leh pi obersea
ReplyDelete