Permohonan tapak kosong untuk memindahkan operasi kiosk gunting bas mini melalui pihak pengurusan apartmen JMB menemui jalan buntu. Tempoh pengosongan tapak pula sudah tamat, biarpun begitu kiosk gunting tetap meneruskan operasi, namun pasrah jika pihak berwajib menyita premis.
Bersedia dengan kemungkinan terburuk, lokasi pindahan ke kebun rakan telah dikenal pasti...dalam masa sama tetap meneruskan pencarian lokasi baru supaya hayat kiosk gunting dapat dilanjutkan...
Cahaya dihujung terowong nampaknya sudah kelihatan. Biarpun belum direalisasikan kerana masih diperingkat perancangan, kebenaran secara lisan sudah diperolehi. Mungkin awal tahun depan berpindah... Harapnya dalam tempoh tersebut tiada tindakan susulan pihak penguasa terhadap tapak sekarang.
Beginilah keadaan tapak baru yang bakal menempatkan kiosk gunting bas mini. Keadaan tapak tidak terurus dan terbiar. Lokasi tanah milik Tadika Kemas, tidak jauh dari tapak sebelum ini.
Lorong yang sesuai untuk membawa masuk bas mini
Sebagai tanda terimakasih, kawasan ini secara berperingkat akan dibaikpulih supaya lebih kemas dan teratur. Sampah sarap dan semak samun akan dibersihkan ..Struktur yang usang akan diganti..Warna yang kusam akan dicat. Sebelah malam akan dihiasi dengan cahaya...
Beberapa gerai jualan makanan lain telah dijemput untuk memeriahkan tapak baru..Sambil menunggu bergunting, pelanggan boleh menikmati makanan dari gerai jualan..
Bas sediada pun sudah kelihatan uzur dan perlu diberi imej baru, mungkin atas sebab ini permohonan permit gagal.
Untuk mengembalikan nostalgia silam, bas akan dicat meniru sebiji ikonik KL suatu ketika dulu. Diharap dengan penampilan baru, penerimaan masyarakat dan majlis perbandaran akan lebih positif...
Dalam quran ada menyebut setiap kesukaran akan diiringi dengan kemudahan/kesenangan. Kita hanya berusaha selebihnya bertawakal..
No comments:
Post a Comment