Pokok avocado yang baru ditanam patah pucuk, walaupun cuba diselamatkan ermm terus layu..Avocado kawin patah pucuk apabila tersepit pagar tayar, apabila keliling disodok babi, pucuk tidak dapat diselamatkan, tumbuh tunas baru dari benih asal dari biji. Anak pokok avocado sangat mahal sepokok minima rm50 sesetengah beratus sepokok..
Dulunya bekas tanam pokok jambu batu, musnah dikerjakan babi juga, disulam dengan avocado.
Pokok avocado ini patah, mungkin kerja monyet. Pokok baru beberapa bulan ditanam dan sedang membesar dengan cantik. Tak pastilah samada masih boleh diselamatkan..
Pokok durian belanda remaja tak terkecuali, habis tercabut..
Pokok limau kasturi dewasa pun tak terkecuali, pokok tumbang disodok babi..pokok dicantas pendek, ditegakkan semula dan ditongkat..
Pokok belimbing buluh, asalnya nyaris mati sebab berpenyakit, pulih dan membesar kini keliling pokok disodok babi, keliling telah ditanam dengan batu supaya akar pokok tidak musnah.
Pokok durian patah gara gara monyet..
Sudahlah tumbesaran lambat, lemah semangat untuk menyulam dengan pokok durian lagi..
Sekeliling pokok durian belanda disodok babi, pokok memasuki fasa dewasa boleh dikatakan selamat, tapi batang pula patah dikerjakan monyet..
Pokok nangka ini sulaman kedua, mujur tak patah bila tayar tetap disongket sehingga terpelanting. Asalnya ditanam pokok cempedak. Lebih 5 pokok cempedak tiada satu yang selamat disodok babi, sebab itu disulam dengan pokok lain mengandaikan babi sangat suka bau pokok cempedak..
Selagi tiada pagar elektrik, ancaman akan kekal berterusan. Pagar letrik masih tertangguh kerana masih banyak pokok dewasa tua yang belum mati sepenuhya..Jika dipasang sekarang berisiko musnah dihempap pokok/dahan reput.
Bila melihat tanaman kita musnah, menyirap darah melihat demonstrasi mereka yang kononnya pencinta haiwan..

















No comments:
Post a Comment