Sesudah menghadiri jemputan kahwin Sabtu meneruskan ronda ronda pantai timur. Pantai Timur banyak pilihan penginapan..
Datang jauh tak manis tidak berziarah dan tidur di rumah saudara, hari berikutnya menginap di hotel.
Resort yang sudah agak lama beroperasi, masih terpelihara namun perlu dinaik taraf untuk memberi nafas baru..Penginapan tepian pantai menyebabkan struktur besi mudah dimamah karat.
Sebahagian bilik mengetengahkan pelbagai konsep dekorasi. Bilik kami malam itu seolah berada di galaksi. Katil untuk budak kecil berkonsepkan kapsul angkasa.
Di sini terdapat juga taman air mini dan zoo mini..
Kesan hakisan pantai jika tidak ditangani segera bakal meranapkan lagi penempatan sepanjang pantai..Menurut penduduk tempatan, dahulu pantai nun jauh di lautan, kini semakin menghakis daratan.
Menunggu matahari terbit di tepian pantai..
Selain bilik bilik standard terdapat juga penginapan khemah berbentuk dome. Keluasan cukup menempatkan 3-4 orang dewasa. Caj satu malam dalam Rm240.
Di sini terdapat juga taman air mini dan zoo mini..



















No comments:
Post a Comment