FUYOO.,MAT REMPIT..?
Mungkin anak kita nakal..Awas..! jaga tuturkata anda,kerana tuturkata anda terhadap anak-anak adalah DOA.
Anak jiran di kampong aku yang agak nakal serta malas ke sekolah sering dimaki oleh ibu beliau dengan kata-kata negatif. Benar..! anak beliau kini adalah penagih dadah tegar..sering mencuri hartabenda orang kampong..
Semasa kecil adik aku sering ditimang oleh ibuku bahawa beliau akan melanjutkan pelajaran ke Australia. Benar..! memang adikku melanjutkan pelajaran ke sana..
Banyak lagi kesah anak -anak tersasar dari landasan agama disebabkan perkataan yang keluar dari mulut dan detikan hati ibubapa itu sendiri..tanpa sedari..
Dalam menghadapi sausana persekitaran yang semakin mencabar, kita berdoa semoga kita tergolong dalam orang yang sabar..
Oleh itu jalan terbaik marilah kita sering memanjatkan doa kehadrat Illahi semoga zuriat kita tergolong anak-anak yang taat ibubapa dan taat perintah Allah..Aminn
Sunday, October 10, 2010
Thursday, October 7, 2010
INGAT LIMA SEBELUM LIMA
Masa senang ingatlah..hidup ibarat roda..langit tidak selalu cerah
Beringat sebelum kena..semoga bekalan waktu senang boleh dimanfaat dikala susah
Ajal tetap akan menjemput...
JOM SALING MENGINGATI
MUDA SEBELUM TUA
SIHAT SEBELUM SAKIT
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SESAK
HIDUP SEBELUM MATI
Berkenderaan terutamanya dua roda sememangnya berisiko tinggi..ibarat mentimun.. Melanggar kita tumbang dilanggar pun kita tumbang..Oleh itu semasa menunggang kenderaan jangan lupa BACA DOA SERTA MENGUCAP SYAHADAH siap-siap..Malang tak berbau..Semoga perjalanan kita selamat..Sekadar ingat-mengingati..Happy Riding..
Monday, October 4, 2010
KAYUHAN OFFROAD-TREK LADANG WATERFALL
Sebagaimana dirancang, hari Sabtu 2hb Okt aku berkayuh offroad lagi..Kali ini laluan yang dipilih adalah Ladang Waterfall.. Kedudukannya adalah diantara Bandar Country Homes Rawang dan Bandar Sg Buaya,Hulu Selangor,Selangor. Panjang keseluruhan trek adalah 35-40km..Pengalaman yang menyeronokkan kerana laluan merentasi pelbagai cabaran melalui bekas lombong, ladang getah,ladang kelapa sawit, ladang sayur,denai hutan dan perkampungan orang asli..Kami sedang berkira-kira untuk mengadakan jemputan kayuh santai ditrek ini di masa akan datang.. Pagi itu 8 pagi, setelah bersarapan bersama rakan, kami memulakan kayuhan ke trek dinyatakan..Tujuan asal adalah mencuba jalan pintas ke Bandar Sg Buaya.. setelah membuat beberapa kali panggilan kepada rakan berbasikal lain,kami tiba di Bandar Sg Buaya dan di sambut oleh rakan kami Sdr Kasren..Kami turut dikenalkan dengan geng berbasikal Sg Buaya yang baru sahaja selesai berkayuh dan menjamu hidangan raya dirumah salah sorang peserta..Rezeki..! Setelah penat berkayuh ni apa juga hidangan memanglah menyelerakan..Sambil makan sambil berborak..Seperti biasa topik dibincang mesti pasal basikal..basikal..dan basikal..! Dipertemuan itu kami sempat bertanya lanjut tentang trek Ladang Waterfall ini..Kami tidak menyangka kayuhan kedua offroad ini menemukan trek yang menghidangkan pelbagai cabaran mendaki dan menurun laluan curam, merentasi laluan berselut, laluan sempit dan pelbagai lagilahh..pendek kata rintangan perlu diatasi dengan penuh konsentrasi..mental dan fizikal Ha..ha
Aku tidak menyangka rupanya ramai komuniti berbasikal di luar sana ..aku telah menyertai mereka..anda bila lagi..?
Aku tidak menyangka rupanya ramai komuniti berbasikal di luar sana ..aku telah menyertai mereka..anda bila lagi..?
Sunday, October 3, 2010
GADGET HANDSFREE
Sekarang zaman canggih siapa kata sambil bermotosikal tidak boleh berhubung dunia luar..tidak perlu berhenti,tanpa tanggal topi..tetapi kenalah labur/lebur? duit sikit..tiada masalah.. korang boleh menghubungi aku dan tiada alasan untuk aku tidak jawab panggilan..bab ini yang kurang seronok sebab panggilan akan terus terjawab tanpa aku mengetahui siapa pemanggilnya.. jadi maaflah kalau aku tertanya siapa empunya diri sebab aku bukannya kenal suaraa..dapat terus jawab panggilan..selamat duit aku sebab tidak perlu aku mendail semula setiap missed call yang tertera di handphone aku..Bayangkan kalau tiap-tiap hari berpuluh missed call terpaksa dibuat panggilan semula..tinggi bill aku..ha.ha Naik motor nak jimat tol.,jimat minyak tapi tertiris pulak di bill talifon..apa barang..
Satu lagi yang tidak syok, orang akan pandang semacam je pada kita sebab diorang pelik kita cakap dan ketawa sorang-sorang..Jadi nanti bila korang terpandang aku cakap sorang dan gelak sorang-sorang jangan tuduh aku yang bukan-bukan ok.. aku sedang memunafaatkan teknologi..he.he..
Saturday, October 2, 2010
CILI PADI



He.he hari ni syok aku bawa motor..lepas exit Damansara, kenderaan banyak..Belakang aku peronda polis dengan sirennya suruh semua ketepi. selepas beri laluan.. aku ekori rapat belakang kereta polis nih..Aku perhati, polis sorang lagi bersungguh beri arahan supaya beri laluan.. Sepanjang highway sehingga jalan susur Subang kereta peronda polis ni seolah-olah escort aku..Patutlah semua orang pandang aku..syoknya ride motor..ha.ha
Friday, October 1, 2010
MANA SATU PILIHAN ANDA...
Aku berjinak-jinak dengan golf nih bermula tahun 2000 lagi., pencapaian terbaik aku sekadar handicap 18. Itu pun tidak rasmi sebab aku mana ada ambil test dan daftar untuk pengesahan...Aku bermain golf untuk riadah sambil bersosial bersama kenalan..selalunya bermain hujung minggu dan kekadang tengah-tengah minggu bila ada kawan-kawan gatal mengajak..tetapi sesudah 10 tahun bermain dan aku rasa dah banyak duit aku sedekahkan ke kelab-kelab golf, pencapaian aku statik, orang cakap kalau nak tingkatkan prestasi, kena ambil jurulatih dan banyakkan lagi turun padang..arrgh tak mau lah aku..aku rasa cukup.., sekarang ni aku nak bermain sebulan sekali je..itupun kalau kawan ajak..sekarang game aku serupa macam beginer sebab jarang turun..tapi aku tak kesahh..
Idaman aku untuk bermotor besar ni memang sudah lama. Aku tertarik melihat polis trafik bermotosikal..Aku pasang angan-angan.,jadi bila peluang datang aku sambar sebiji motor pada awal 2009..check di internet, lawat kedai motor ..rujuk rakan-rakan..dengan bajet yang aku ada kebanyakan cadang angkat motor yang aku pakai sekarang..tarikh aku dapat lesen motosikal sama dengan tarikh daftar motor di JPJ..ha.ha.. Bermotosikal besar ni memang syok, tapi selera aku suka ride jauh-jauh, ini yang masalah..sekarang ni ride sekitar Semenanjung Malaysia pun dah aku rasa dekat..sebab hampir setiap hari aku bermotor..sekitar kl aku naik skuter.. bila keluar daerah aku naik motor satu lagi..,jadi mana nikmatnya bila kawan ajak ride setakat dekat-dekat untuk minum teh..ngabihkan bunga tayar motor aku aje..sorry yea geng..dan mahu ride jauh-jauh pulak masa,kawan dan kewangan menjadi kekangan..Orang free kita tak free dan begitulah sebaliknya..
Bila kawan aku Acong racun suruh sambar MTB-basikal lasak..aku pun layan..sekarang sedang kemaruk berbasikal, pergi beli barang dalam taman naik basikal..,pergi masjid pun aku berbasikal, tapi subuhlah waktu lain tak kayuh, takut basikal kena rembat bebudak nakal..solat tak kyusuk beb..ha.ha .balik masjid boleh aku kayuh ambil jalan jauh balik rumah,walaupun berpelikat.tiupan angin sepoi-sepoi tu yang syok..he,he....kayuh basikal ni ringkas..tidak perlu warm up enjin..sambar terus jalan..,jimat duit, dapat riadah sihatkan badan..bila berbasikal ni dapatlah aku memenuhi selera 'suka ride jauh' tu..kayuh basikal dapat kayuh 10 km pun sudah terasa jauh..hujung minggu dapat layan trek off road adalah kepuasann..
Bila dah timbang-timbang nampaknya berbasikal juga jadi pilihan aku..syok, jimat,sihat..ha ha.. tetapi tak tau pulak berapa lama syok ini dapat bertahan..belum pun puas aku berbasikal..,ada mamat sudah buka cerita PASAL motor offroad.. pulak dahh..ish..ish..macamana pulak dengan korang?..
TTS CHIANGMAI-USIM
Malam 27hb Sept 2010 tu hujan lebat jadi aku pandu kereta sahaja ke Nilai untuk perbincangan,(mat-mat motor panggil TTS)ekspidisi ke Chiangmai..TTS diadakan di Restoran Adam berdekatan dengan USIM..pemiliknya En SM Khaidir,salah sorang peserta ekspidisi. Aku tengok restoran ni penuh sesak dengan student..pergh..
TTS berkisar tentang jadual perjalanan, bajet serta keperluan peralatan berekspidisi..sambil-sambil tu pekena teh tarik atau minuman lain ikut selera tekak masing-masing..sebab tu dipanggil TTS-Teh Tarik Session..Malam tu kitorang dihidangkan dengan juadah enak-enak.. Almaklumlah jadi tetamu Tauke Restoran.. Laluan ekspidisi adalah berpandukan kepada nasihat Sdr Azman BMW GS1200 yang telah ride ke sana tetapi akan disesuaikan dengan jadual kami..Jarak perjalanan pergi dan balik dijangka melebihi 5000km.. Kami pula tiada pengalaman ride melepasi Bangkok...
Peserta ekspidisi yang dijangka turut serta adalah
En SM Khaidir berserta isteri-Honda Goldwing 1800
AR Mastor Kawasaki ZZR1100
Dr Ikhwan Kawasaki GTR1400
En Rosli Bangi Yamaha FJR1300
En Khidir Kawasaki Versys
En Sidan Kawasaki Versys
En Rosli BMW RT1200
Aku BMW RT1200
En Mahadi BMW RT1200
Final peserta akan diketahui semasa ride sebenar pada 13hb Oktober 2010 depan.Yealah..manalah tahu.. kita hanya merancang Allah tentukan.. Semua akan berkumpul di Restoran Jejantas Sg Buloh pada pukul 2 ptg,untuk taklimat sebelum bergerak..
Berdasarkan pengalaman riders lain anggaran kos ekspidisi seorang adalah seperti berikut..
Minyak motor-RM1000
Makan- RM500-RM1000
Penginapan selama 9 malam-RM500-RM1000
Lain-lain perbelanjaan seperti sovenior dll-ikut poket masing-masing..
Kalau masing-masing setuju aku cadangkan duduk rumah tumpangan sahaja..duduk pula boleh kongsi ..melainkan yang ada isteri..lagipun penginapan untuk tidur semalaman, sebelum esok pagi-pagi lagi akan sambung ride..Badan penat ni kalau dapat tidur depan tangga pun nyenyak..kalau mahu lagi syok.. tidur dalam khemah..amacam? Makan pun ala kadar..perbelanjaan seperti minyak tu memang di luar kawalan kita..
Perbelanjaan yang boleh dikawal..kita kawal.. jadi tidak le serik berekspidisi lagi dimasa akan datang..
Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selamat Pergi dan Kembali..
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.