click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 1, 2010

MANA SATU PILIHAN ANDA...

 

 

 
Posted by Picasa
Aku berjinak-jinak dengan golf nih bermula tahun 2000 lagi., pencapaian terbaik aku sekadar handicap 18. Itu pun tidak rasmi sebab aku mana ada ambil test dan daftar untuk pengesahan...Aku bermain golf untuk riadah sambil bersosial bersama kenalan..selalunya bermain hujung minggu dan kekadang tengah-tengah minggu bila ada kawan-kawan gatal mengajak..tetapi sesudah 10 tahun bermain dan aku rasa dah banyak duit aku sedekahkan ke kelab-kelab golf, pencapaian aku statik, orang cakap kalau nak tingkatkan prestasi, kena ambil jurulatih dan banyakkan lagi turun padang..arrgh tak mau lah aku..aku rasa cukup.., sekarang ni aku nak bermain sebulan sekali je..itupun kalau kawan ajak..sekarang game aku serupa macam beginer sebab jarang turun..tapi aku tak kesahh..

Idaman aku untuk bermotor besar ni memang sudah lama. Aku tertarik melihat polis trafik bermotosikal..Aku pasang angan-angan.,jadi bila peluang datang aku sambar sebiji motor pada awal 2009..check di internet, lawat kedai motor ..rujuk rakan-rakan..dengan bajet yang aku ada kebanyakan cadang angkat motor yang aku pakai sekarang..tarikh aku dapat lesen motosikal sama dengan tarikh daftar motor di JPJ..ha.ha.. Bermotosikal besar ni memang syok, tapi selera aku suka ride jauh-jauh, ini yang masalah..sekarang ni ride sekitar Semenanjung Malaysia pun dah aku rasa dekat..sebab hampir setiap hari aku bermotor..sekitar kl aku naik skuter.. bila keluar daerah aku naik motor satu lagi..,jadi mana nikmatnya bila kawan ajak ride setakat dekat-dekat untuk minum teh..ngabihkan bunga tayar motor aku aje..sorry yea geng..dan mahu ride jauh-jauh pulak masa,kawan dan kewangan menjadi kekangan..Orang free kita tak free dan begitulah sebaliknya..

Bila kawan aku Acong racun suruh sambar MTB-basikal lasak..aku pun layan..sekarang sedang kemaruk berbasikal, pergi beli barang dalam taman naik basikal..,pergi masjid pun aku berbasikal, tapi subuhlah waktu lain tak kayuh, takut basikal kena rembat bebudak nakal..solat tak kyusuk beb..ha.ha .balik masjid boleh aku kayuh ambil jalan jauh balik rumah,walaupun berpelikat.tiupan angin sepoi-sepoi tu yang syok..he,he....kayuh basikal ni ringkas..tidak perlu warm up enjin..sambar terus jalan..,jimat duit, dapat riadah sihatkan badan..bila berbasikal ni dapatlah aku memenuhi selera 'suka ride jauh' tu..kayuh basikal dapat kayuh 10 km pun sudah terasa jauh..hujung minggu dapat layan trek off road adalah kepuasann..

Bila dah timbang-timbang nampaknya berbasikal juga jadi pilihan aku..syok, jimat,sihat..ha ha.. tetapi tak tau pulak berapa lama syok ini dapat bertahan..belum pun puas aku berbasikal..,ada mamat sudah buka cerita PASAL motor offroad.. pulak dahh..ish..ish..macamana pulak dengan korang?..

1 comment:

  1. kang Latep,
    pada saya, tiada yg dapat menandingi kepuasan long-distance ride, sukar digambarkan kenikmatan yg dpt dirasai pd sebelum, ketika dan selepas sesuatu tour
    jd pd rider, selepas dpt capai 2,00km, teringin pula clocked 3,00km dan pada yg dh clocked 6,000km pasti senyuman mereka lbh manis... (dpt juga belajar menyelami diri sendiri krn sifat buruk kita pasti terbit bila kita lapar dan letih ketika tour sebegini)
    ... pun begitu, lain org lain pula kemahuannya

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK