click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, October 27, 2010

KEMBARA SEGITIGAEMAS DAY 11-23HB OKT 2010

Hari ini hari ke 11 ekspedisi kami. Sebentar lagi kami akan memasuki sepadan Malaysia. Pukul 9.30 kami tiba di imegresen Sg Golok. Penyerahan dokumen dan pemeriksaan kenderaan di buat oleh pegawai imegresen. Urusan di sini agak mudah kerana tidak banyak kenderaan berbanding ikut laluan Sadao/Danok. Setelah urusan pasport dengan imegresen Thai dan Malaysia selesai kami bersarapan nasi putih berlauk ayam kampong di restoran berdekatan dengan kompleks imegresen..Minum air herba mas cotek..

Teruskan perjalanan ke Kuala Trengganu melalui Macang dan Jerteh. Singgah sebentar di MRSM Besut untuk melawat anak aku disamping memberi cenderahati dan menyerah lebihan bekalan maggi dan sardin tuna..he.he..,ringan sikit motor aku..Jumpa anak aku pun tidak lama. Sambung semula perjalan sebelum pekena keropok lekor dan ABC di Pantai Batu Burok..Pantai Batu Burok sekarang ni bersih dan kemas..,jauh lebih cantik dari pantai di Thailand..

Sudah alang-alang tiba Trengganu aku buat temu janji dengan mekanik motor klasik aku di Bukit Payong..hee.he Koleksi kenderaan dua roda aku..Dia bagitau 2/3 bulan lagi siap..Sikit punya lama bikin motor aku, bertambah klasik motor aku masa siap nanti..,dekat 3 kali raya pun belum siap-siap lagi..Semasa aku jumpa mekanik, PokLi berjumpa dua pupu beliau di kawasan berdekatan , sudah 2 tahun tidak berjumpa. Aku tumpang sekaki pekena air oren di rumah beliau,setelah mengambil foto rangka motor klasik aku..

Sambung perjalanan melalui Jerangau- Jabor..Sepanjang jalan hujan selebat-lebatnya..Hentian terakhir isi minyak adalah di Kawasan Rehat Temerloh. Tiba di Shell Tol Jalan Duta melalui DUKE untuk solat pukul 8mlm..,dan kami berpisah di situ..Aku ke Rawang manakala Pok Li sambung perjalanan Ke Salak Tinggi. Aku selamat tiba rumah dalam pukul 9 malam.


Jarak perjalanan hari ke 11: 675km
Jarak perjalanan sehingga hari ke 11: 6010km .

Rekod perjalanan terbaru aku. Insyaalah bercadang untuk pecahkan rekod dimasa akan datang sekiranya masih diberi kesempatan, rezeki dan sihat tubuh badan. Semasa kembara ini kami sudah congak mencongak untuk berekspedisi ke Bangladesh , India dan Pakistan..Insyaallah..Bila..? belum tahu lagi..Pasang niat dulu..ha ha..dan angan-angan..

Sekian sedikit coretan pengalaman kembara untuk dikongsi bersama.

2 comments:

  1. kang Latep,
    tahniah lo kang!
    next time kita ke Boten, China amacam? saya yakin, dgn persediaan rapi, X9 mampu lakukan (cuma tak la selaju tourer BMW), kita hanya perlu 14 hari utk Malaysia-Thai-Laos-China-Vietnam (melalui Laos)-Cambodia in one breath, saya dh siap dgn route mapping utk journey nih
    (saya pernah ke kedutaan Cambodia di Kuala Lumpur utk mendapatan penjelasan ketika saya merancang ke Saigon 2 thn lps, kerajaan Cambodia tidak benarkan private convoy utk melintasi negara Cambodia utk sampai ke Saigon, Vietnam, mereka hanya benarkan kalo ada permohonan dari Govt-to Govt, itu pun perlu 2 bulan nak proses, skrg x tau la pulak)

    ReplyDelete
  2. cadangan yang baik..aku rasa naik skuter lg best kot sebab ringan..bdan pun tak penat sgt berbanding bawak motor besor..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK