Sunday, October 24, 2010

KEMBARA SEGITIGAEMAS DAY 2-14HB 0KT 2010

Kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Jam 6.30 pg lagi kami sudah berada di atas motor. Dugaan kedua datang..motor Dr wan pulak buat hal,dia terlupa membuka padlock di disk brake roda belakang. Apalagi tersangkutlah pada komponen lain. Puas mencuba membuka skru yang bengkok pada komponen brake, baru tayar boleh diundurkan sedikit untuk melepaskan padlock., tetapi disebabkan rentapan kuat padlock rosak teruk dan langsung tidak boleh dibuka. Aku masa tu berdua sahaja dengan Dr wan sebab dia roommate aku dan bergerak dibahagian belakang..Group hadapan hanya menyedari ketiadaan kami setelah 5 km meninggalkan hotel dan kembali semula ke basemen. Keputusan diambil dengan memanggil mekanik memotong padlock menggunakan disc cutter itupun terpaksa menunggu bengkel buka.. iyalah awal pagi lagi..sementara menunggu mekanik datang, kami berhempas pulas mencuba tetapi gagal. Padlock berjaya dipotong pukul 8.00 pagi, mujur disk brake tidak bengkok, kalau tidak macamana mahu menyertai konvoi..Baik buruk kalau terlalu cermat ni..Tak pasang padlock takut motor hilang, dah pasang takut terlupa buka pula..,nampaknya motor kena pasang sebesar-besar rantai tambat pada tiang baru tidak lupa buka..he.he

Perjalanan diteruskan. Hentian makan tengahhari kami adalah di Tung Sung. terdapat gerai makanan muslim di stesen minyak di sini. Perjalanan berikutnya adalah lancar kerana dibantu dengan peralatan GPS sdr Azman JO. Dalam masa yang sama kami turut mengkaji peta perjalanan disepanjang perjalanan semasa mengisi minyak dan berhenti solat. Kami tiba di Chaam untuk makan malam pada pukul 9.00 mlm..Kebetulan terdapat brosur resort, jadi kami mengambil keputusan bermalam di Resort ini. Kelebihan menginap di resort digunakan untuk membasuh motor yang kotor kerana melalui jalan yang sedang dibaik pulih diwaktu hujan semasa meninggalkan pinggiran Hatyai.

Jarak perjalanan hari kedua:860KM
Jumlah jarak perjalan sehingga hari kedua adalah sejauh: 1406km

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK