click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 11, 2010

RIDE AMAL REMBAU OKT 2010

Ride amal ke rumah anak yatim dan majlis jamuan raya Aidilfitri telah diadakan pada 9hb Okt 2010 di Rembau, Negeri Sembilan. Kumpulan bermotorsikal lebih dari 30 riders terdiri dari pelbagai jenis skuter Piaggio x9, SYM gts, Modenas Elegan dan 10 buah motor besar telah menyertai konvoi ini. Riders berkumpul di Shell Tol Sg Besi bermula 8.00 pagi lagi dan mula bergerak ke Rembau pada jam 9.00 pagi. Tunggangan adalah secara bebas. Riders Berkumpul semula di Tol Pedas/Linggi sebelum bergerak semula ke distinasi diiringi polis trafik bermotorsikal.

Majlis jamuan raya dianjurkan oleh YB Saiful, Adun Chembong. Pelbagai juadah disediakan dan kesempatan ini tidak dilepaskan oleh riders 'membaham' juadah disediakan sambil kaki bergoyang-goyang terhibur dengan dendangan lagu raya secara live oleh band jemputan. Gambar kenangan bersama YB Saiful turut dirakamkan.

Penyerahan sumbangan ikhlas riders berjumlah lebih RM1200 diadakan di Masjid Kariah,Kg Seberang Batu Hampar,Rembau bersebelahan lokasi majlis hariraya . Sumbangan wang kepada anak yatim kampung ini akan digunakan untuk membeli peralatan kompang untuk menjana ekonomi kumpulan kompang anak yatim yang baru ditubuhkan .

Aktiviti ride amal seumpama ini diharap dapat diusahakan lagi dari masa-ke semasa. Ini merupakan ride amal ke dua yang digerakkan oleh kumpulan bersekuter Piaggio X9 dengan kerjasama motorsikal pelbagai jenis lain...ride amal pertama adalah ke rumah anak yatim Simpang Pulai Perak.

Melayan minat bermotorsikal sambil beramal perlu disuburkan supaya dapat menjana bekalan pahala ke akhirat nanti..harta secara zahirnya memang tidak boleh dibawa mati..tetapi mudahan-mudahan sumbangan bakti semasa beraktiviti ini dapat menjana pahala berterusan selagi sumbangan masih dimanfaatkan oleh penerima..Faedah yang terjana hasil sumbangan kita Insyaallah turut mendapat saham akhirat juga.

Benarlah apa yang dikata perniagaan yang tidak akan rugi adalah bersedekah dan beramal jariah... Semoga amalan kita diterima Allah. Aminn..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK