Sunday, October 24, 2010

KEMBARA SEGITIGAEMAS DAY4-16HB OKT 2010

Perjalan hari ke empat adalah dari Kenchanapuri menuju Mae Sot pekan bersepadanan dengan Myanmar di sebelah barat Thailand. Jam 8.30 kami singgah di gerai untuk bersarapan. Olehkerana gerai muslim belum dibuka kami singgah saja di gerai yang baru saja bersiap untuk beroperasi bagi mendapatkan air panas.. pekena nescafe tarik dan maggi cup yang di bawa dari malaysia. Bagi yang berselera.., order telur separuh masak..tapi tekak aku tak mau terbuka la..aku membedal maggi ajelah untuk sarapan. Setelah bersarapan kami mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas. Kalau di Malaysia kita ada Kedai Mesra, tapi di sana dipanggil Kedai Suria


Di sepanjang perjalanan ke Maesot melalui Chainat , Nakon Sawan dan Tak kami singgah ke kedai-kedai motor untuk mencari bulb lampu motor hadapan aku yang hanya sebelah menyala manakala motor Pok Li kedua-dua lampu padam..Motor aku ok lah lagi tetapi motor Pok Li hanya bergantung pada lampu high beam untuk perjalanan malam. Tiba di Maesot kebetulan terdapat bengkel motor besar..melalui tuan punya bengkel kami mendapatkan bekalan bulb..tetapi hanya keesokan hari baru boleh mendapatkan bekalan kerana kedai spare part telah tutup.. Dah malaam beb..

Malam itu kami makan di kedai mamak di hadapan masjid Mae Sot. Mamak ni di mana-mana ada..Pekena kari kambing dan ayam..cuma perut aku memulass setelah pekena kari ni, mujur sempat sampai ke tempat penginapan..Walaupun terpisah sewaktu di pekan Maesot kami berjaya regroup di resort yang kami telah kenal pasti semasa memasuki pekan sebelah petang itu..Penginapan yang berbaki adalah sebuah rumah dengan dua bilik dan ruang tamu luas.. tak kisahlah kami duduk serumah. Sm Khaidir dan isteri untunglah dapat sebilik..kami yang lain pakat-pakat kongsi ruang yang lain..alaah badan penat ni tidur dimana pun jadi..dengkor jiran pun dah tak dengar daah..


jARAK PERJALANAN HARI KE 4 : 556KM
Jumlah jarak perjalanan sehingga hari ke 4: 2057km

3 comments:

  1. it kanchanaburi bukan kanchanapuri.. good report..

    ReplyDelete
  2. kang Latep,
    kami menggunakan laluan suphanburi-chainat-tak-ban tak-kamphaengphet-lampang ketika itu, jd kami terlepas utk menyaksikan permandangan pokok2 besar (super huge trees katanya) dlm perjalanan ke maesot, betul ke ada scene yg cam gitu dlm perjalanan ke maesot?
    we covered route hua hin-nakhorn pathom-chainat-nakorn sawan-kamphaengphet on that day

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK