Riding hari ke 7 adalah ke Chiangrai. Hanya 3 biji motor meneruskan cabaran 2 BMW dan sebiji Goldwing. Geng Gtr terpaksa menamatkan cabaran kerana kekangan masa. Mereka perlu berada di Kuala Lumpur selewat-lewatnya Jumaat pagi.. Kembara terganggu kerana kemalangan tidak diingini yang dialami oleh Ar mastor. Jadi perancangan sudah lari dari pelan asal., tetapi tidak mengapa mungkin ada hikmahnya..
Pagi itu setelah menemui Ar Mastor di PB hotel Chiangmai dan bersarapan bersama di gerai muslim kami berempat meneruskan cabaran manakala geng gtr terpaksa pulang ke Malaysia.
Laluan dipilih adalah jalan biasa bukan highway..di tengah perjalanan hujan lebat ..ituu dia memang sah jalan bengkang bengkok walaupun jalan tidak berapa mencabar sebagaimana semalam tetapi amat bahaya jika menunggang diwaktu malam..Keputusan semalam adalah tepat tidak meneruskan perjalanan.
Kami tiba di Chiangrai pada pukul 2 ptg dan menginap di Wangcome Hotel- WangMari Hotel?. Kesempatan tiba awal digunakan dengan menyambung tidur, memulihkan stamina setelah makan tengahhari di kedai muslim Myanmar berhampiran masjid besar Chiang Rai..
Tidak pula kami menyangka tempat yang kami kunjungi terdapat masjid jadi senang mendapatkan restoran halal.
Bangun tidur kami menghabiskan sebahagian stok Maggi cum makan malam untuk memberi ruang kepada barang-barang cenderahati yang semakin bertambah..Sebelah malam urut kaki meredakan kepenatan setelah berkunjung ke bazar malam sambil membeli cenderahati kenangan lagi.
Jarak perjalanan hari ke 7 : 136km
Jumlah jarak perjalanan sehingga hari ke 7: 2900km
kang Latep,
ReplyDeletesaya bermalam di Phayao dan tidak di Chiang rai krn hari weekend ketika itu dn dikhabarkan harga bilik akan naik mendadak sbb Chiang Rai juga dikenali sebagai 'dirty weekend for thais'
oh yea ke..masa aku duduk situ harga 680baht duduk berdua..
ReplyDelete