Sunday, October 24, 2010

KEMBARA SEGITIGA EMAS DAY 1-13HBOKT 2010

Sebagaimana dijanjikan kami berkumpul di Restoran Jejantas Sg Buluh pada Rabu 13hb Okt 2010. Jam 7 pagi aku tiba diikuti dengan SM Khaidir, Pok Li, Dr Wan dan Mahadi. Ar mastor tiba dalam pukul 8.30 kerana menguruskan hal ehwal keluarga terlebih dahulu. Setelah bersarapan dan mengambil photo kenangan kami mula bergerak ke Bukit Kayu Hitam. Dugaan pertama datang setiba di Plaza Tol Ipoh Selatan apabila motor Ar Mastor kehabisan minyak..Disebabkan aku berada di group dihadapan bersama Mahadi dan Pok Li, kami tidak dapat membantu kerana tiada stesen minyak sepanjang laluan Ipoh- Sg Perak..jadi kami meneruskan perjalanan dan menunggu di RNR Sg Perak. Sementara itu group SM Khaidir dan Dr Wan keluar Plaza Tol Ipoh Selatan untuk mencari bekalan minyak dalam tong.


Kami regroup di Sg Perak dan meneruskan perjalanan ke utara. Perbincangan memutuskan bahwa Ar mastor akan menjadi penanda aras untuk mencari tempat berhenti dan mengisi minyak..Almaklumlah beliau menunggang motor sport, jadi minyak motor beliau hanya mampu bertahan untuk jarak 200-250km sahaja untuk pengisian semula berbanding dengan motor touring kami yang boleh pergi sehingga 350km. Setelah beberapa kali pengisian minyak di lebuhraya,kami berhenti rehat di Permatang Pauh untuk makan tengah hari.


Tiba di Changlun Kedah pukul 3.30 ptg dan membeli insuran kenderaan serta mengisi dokumen perjalanan untuk memasuki Thailand. Mula memasuki Thailand pada 4.00 ptg dan bergerak ke Hatyai setelah urusan imegresen dan penukaran wang di Sadao selesai. Dokumen perlu semasa di imegresen ini adalah pasport, permit membawa masuk kenderaan, geran kenderaan dan surat wakil kuasa untuk kenderaan yng bukan atas nama sendiri..Kami tiba di Hatyai pada pukul 5 ptg. Walaupun jarak perjalanan kurang dari 100km dari sepadan ke Hatyai, masa perjalan adalah lama kerana menempuh jalan amat sesak dan hujan ribut. Kebetulan pula di Hatyai ada perayaan keagamaan dimana terdapat perarakan tarian naga, penganut mengusung patung dewa dan penganut mencucuk anggota badan menggunakan besi tajam..sebijik macam perayaan Thaipusam.. Bunyi guruh dan mercun menggamatkan suasana. Kesesakam melampau ini menyebabkam motor kami overheating..Di Hatyai kami menginap di Hotel Lee Plaza.

Makan malam dengan menaiki Tut-Tut sebab serik menempuh kesesakan.

Group ke 3 terdiri dari Pak usop, Azman dan Nizam tiba di Hatyai dalam pukul 10 malam. Mereka tiba lewat sebab selepas pukul 2 ptg baru bertolak dari Kuala Lumpur.

Sedikit perbincangan diadakan di lobi hotel untuk membuat post mortem perjalanan dikuti dengan persediaan perjalanan hari kedua pada 14hb Okt 2010. Mahadi hanya dapat menyertai kami sehingga ke Hatyai sahaja kerana kekangan masa dan urusan kerja.

Jarak perjalanan hari pertama adalah sejauh 540km.

2 comments:

  1. kabare kang Latep,
    group superbike yg sering saya temui lazimnya memulakan perjalanan pada jam 4am dr KL dan mereka akan tiba d Chumphon sebelum malam
    utk kami yg On Smaller Wheel kami biasanya cover KL-Ratthaphum utk day 1

    ReplyDelete
  2. kita ride nk enjoy, argh malam lebih baik tido rehatkan badan kecuali terpaksa..next trip aku rasa kul 6 ptg dh mula cari penginapan..bahaya. kat tempat sendiri pun skuter aku bole sumbing rim..tempat orang lagi susah kalu terjadi apa2..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK