click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, October 27, 2010

KEMBARA SEGITIGAEMAS DAY 9-21-0HB OKT 2010

Target asal adalah untuk sampai sehingga ke Phatalong. Phatalong dengan Hatyai sudah tidak jauh sekitar km sahaja. Tetapi hasrat ini tidak kesampaian. Kami tersesat semasa menuju ke Nakon Sawan dan dari Nakon Sawan Ke Suphanburi. Kami berempat tiada pengalaman ride di Thailand sejauh ini..,menunggang pun menurut papan tanda. GPS Goldwing menggunakan map lama, jadi banyak tempat baru tidak terdapat dalam data GPS. Sewaktu di Nakon Sawan aku terpisah dari dua riders lain sebab aku termasuk ke kawasan pekan..Puas aku tunggu, diorang tidak muncul, bila aku berpatah balik kelibat diorang sudah tiada. Berpusing-pusing aku mencari jalan keluar dari pekan..Aku telefon mereka tidak berangkat pulak..,kalau tidak menggunakan handsfree memang susahlah..Bluetooh handsfree aku pulak bateri nyawa-nyawa ikan..Aku dah bertekad kalau terus tidak dapat menghubungi mereka, aku akan meneruskan perjalanan sendirian.,berpandukan peta yang aku dah study..alah mat kapchai pergi London sorang-sorang, takkanlah aku baru sesat di Thailand sudah gelabah..Bandar Nakon Sawan tu pun tidak lah besar sangat.. Tapi dalam aku membetulkan bluetooh helmet aku, mereka menghubungi aku..Kami regroup di kedai makan muslim untuk makan tgh hari..

Semasa menghala ke Supanburi kami bertiga sesat lagi..,,nyaris termasuk ke Kota Bangkok. Kalau masuk Bangkok nayalah..di KL yang dah biasa pun tersesat inikan pula Bangkok yang kami tidak pernah pergi..Mujur kami kerap berhenti untuk mempastikan laluan menggunakan peta. Gabungan GPS dan peta memudahkan perjalanan. Ahamdulillah kami selamat sampai ke Chaam pada pukil 5.30 ptg untuk makan dan solat..Walaupun hari menghampiri malam dan hujan sepanjang perjalanan, kami terus menunggang sehingga ke distinasi akhir hari itu iaitu di Chumpun dan bermalam di Grand Hotel. Walaupun hajat untuk terus ke Phatalong tidak kesampaian kerana jam sudah pukul 8.30 malam., berhenti rehat adalah keputusan tepat kerana lebih baik tidur rehatkan badan untuk perjalanan esok daripada menyeksakan badan ride didalam kesamaran malam, hujan pulak tuu....

Jarak perjalanan hari ke 9: 890km
Jumlah jarak perjalanan sehingga hari ke 9 :4540km

1 comment:

  1. kang Lateb,
    kata kwn2 saya di nakorn sawan, hanya ada 1 saja restoran halal d n sawan (perantau dr selatan thai (org pattani aka org jawi ikut slang org siam) pun singgah makan di sini kalau berasa d n sawan), operated by chinese muslim yg terletak di lot kedai berhadapan jalan besar, di sini sajalah tmpt kami breakfast, lunch or dinner kalo di sini, kami sudah 2 kali berada di sini ('08 n '09), kami ada tinggal kan cenderamata di sini spt bendera malaysia n note rm1 dan rm5 yg telah ditandatangan dan dipamerkan pemilik restoran ini

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK