click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, September 19, 2012

Cuti-cuti Satu Malaysia lagi....

Hujung minggu lepas sempena cuti Hari Malaysia, merupakan hari yang sibuk bagi kami dan pastinya kepada mereka yang mempunyai anak tinggal di asrama. Walaupun baru 2 minggu sekolah bermula setelah cuti panjang sempena hari raya, anak anak diberi peluang bercuti lagi namun tidak untuk pelajar yang akan menduduki SPM dan PMR. Memandangkan hanya sebulan lagi pelajar PMR akan menduduki peperiksaan maka sebagai ibubapa kenalah pulak melawat  mereka  untuk memberi sokongan moral.

Dan tahun ini   2 orang anak aku terlibat dalam kedua-dua peperiksaan itu.. Sesudah subuh Sabtu 15 Sept 2012 kami menjemput anak yang bersekolah di MRSM Trolak sebelum meneruskan perjalananan ke MRSM Besut Trengganu melalui Cameron Highland -Gua Musang-Kuala Krai-Macang-Jerteh...Laluan ini akan menjadi antara laluan tetap kami ke Besut untuk  tahun mendatang selain laluan Kuantan-K.Trg melainkan anak aku dapat berpindah ke sekolah lain . Beliau berpeluang untuk berpindah ke sekolah  berhampiran dengan keluarga setelah PMR nanti. Itupun sekiranya permohonannya diterima.

Seorang pengusaha gerai mencadangkan kami mengikuti laluan C.Highland-Gua Musang-Felda Aring-Kuala Berang-Jertih...ho ho..Kami tak sanggup, kecuali jalan di Felda Aring telah dinaik taraf. Kami pernah bermotor melalui laluan itu dulu  Kenyir-Felda-Aring-pertama kali lalu.

  Kami tak singgah di Hentian Bharat Tea House..ramai pengunjung di sana sebaliknya makan tengahari di Tanah Rata...

Seperti biasa  C.Highland ramai dengan pengunjung, Jalan melalui Tapah  sesak dengan kenderaan sebelum menghampiri Tanah Rata juga apabila menuruni puncak menuju simpang ke Gua Musang..  Berselisih juga dengan kumpulan mat-mat motor besar...tapi tak ramai...hairan.. biasanya ramai mat-mat  motor perang melayan konar Simpang Pulai- C.Highland...

Setiap kali melalui CH aku sering terdetik alangkah baiknya sekiranya usaha naik taraf terus dilakukan untuk menjadikan CH kawasan tarikan pelancong dunia. Aspek kebersihan, landskap dalam bandar, susunatur gerai-gerai dan pembangunan lain perlu diberi perhatian. Yang merosakkan pemandangan adalah gerai yang berselerak selain kebersihan masih ditahap rendah. Payung digunakan pula ibarat pasar malam.. berkeladak pulak tu..Seeloknya diperkenalkan garis panduan penggunaan payung-payung atau bumbung di setiap gerai mahupun kedai. Larang sama sekali penyambungan/pengubahansuaian setiap gerai atau kedai yang merosakkan pemandangan ...Dan paling penting penguatkuasaan segala garispanduan itu..Ishh kenapa tempat pelancongan orang lain sangat menarik dilawati... sayang sausana nyaman sebegini tidak dieksploitasi sebaik mungkin.

Pemandangan yang menarik di Kuala Besut...Muara dilihat dari gerai santapan malam kami...masih kurang pengunjung sebab hujan baru berhenti...

Tiba di Besut jam 6 ptg, bermakna 12 jam perjalanan kami. Paling membosankan laluan antara Gua Musang -Macang- Air Putih..Taktaulah samada keletihan atau keadaan jalan memang teruk atau kedua-duanya. Malam itu kami bermalam di Rumah Tamu MRSM Besut...Yea aku nak tulis pasal Rumah Tamu di entry akan datang...



Wednesday, September 12, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Saman menyaman...hu hu...

Kesah di Trg bapa menyaman anak kerana mengabaikan nafkah terhadapnya dan  2 orang cucunya.. Kesah yang paling hampir dengan aku melibatkan seorang rakan yang  rapat, seorang  anak menyaman bapak kerana tidak berpuashati pengagihan harta pusaka. Dalam kes pertama bagi aku adalah wajar. dan dalam kes kedua  pada pandangan aku tersangat kurang ajar. Dalam kes kedua ini walaupun pelbagai alasan diberikan, sebagai rakan aku tetap berpendapat tindakannya adalah salah...tapi aku hanya mampu sesekali bersuara dan selebihnya menjadi pendengar yang setia..

Dalam kedua-dua kes melibatkan anak dan bapak .  Apa nak jadi dengan kita erk..? Masing-masing sanggup berpatah arang, merungkaikan ikatan kekeluargaan. Pembahagian harta pusaka ni memang cukup sensitif. Kebiasaannya jika lapisan generasi pertama tiada masalah, kekadang generasi berikutnya pulak yang membawa masalah...Api semakin marak bila pasangan , ipar duai  adik beradik dsb berbeza pendapat dan menyebelahi regu pilihan. Mungkin kes sebegini sudah banyak berlaku dahulu, tapi kurang pendedahan dan sikap malu  membataskan tindakan mereka yang bertelagah..Tapi kini saluran mahkamah terbuka sudah menjadi pilihan dan masing-masing bersedia membogelkan keaiban lawan hatta antara makayah dan anak...! Adakah si anak sudah hilang rasa takut digelar siTanggang., kesah tauladan yang sering dipaparkan apabila si anak mendapat bala  didunia lagi...wallahualam...

Hidup ibarat roda. Apa yang kita lakukan terhadap orang lain akan kembali kepada kita bila tiba masanya nanti. samada disedari atau tidak...Renonglah sejenak, mungkinkah setiap ujian yang berlaku terhadap kita, tak kesahlah kita dipihak mana, adalah hasil tindakan kita terdahulu...Jom fikir-fikirkan...

Semoga kita terhindar dari ujian yang berat..Amin

Monday, September 10, 2012

Ukur Baju di Badan Sendiri...


Sebagaimana ride terdahulu, aku cuba mengelak menonggang motor diwaktu malam...tapi selalunya perkara yang cuba dielakkan tetap juga terjadi...Ride balik dari K.Trg ke KL baru-baru ni terpaksa juga menempuh perjalanan diwaktu malam. Selesai membaiki kebocoran pada tangki motor jam 3 ptg, selepas dari itu bersembang lagi dengan kekawan di Ajil..Jam 5 ptg baru mula bergerak menuju KL..Sebagaimana jangkaan, kami sempat solat magrib di R n R  Temerloh...Selepas dari ini terpaksa menempoh jalan berliku Lebuhraya Karak..diwaktu malam...

Aku tak taulah, nak kata baru menonggang motor, hampir 4 tahun ke hulu ke hilir menonggang motor...Berbanding motor kekawan yang lain mileage motor aku rasanya jauh lebih tinggi...Dalam tempoh tersebut dua biji motor aku sudah melewati 100000KM..! Tapi bab menonggang diwaktu malam awal-awal aku menyerah kalah...Aku merasakan kaku mengawal motor...menonggang pada kelajuan 14 dirasakan macam nak terbang motor..huh...Jadi terpaksa bawak dalam lingkungan 12-14 saja..Diwaktu siang kalau mat superbike memimpin di lebuhraya lurus dengan kelajuan 18-200 atau lebih 200 sikit aku rasa takda masalah untuk mengekori. dan barangkali untuk perjalanan yang jauh mat superbike akan angkat bendera putih untuk mengekalkan kelajuan tersebut, namun tidak untuk motor jenis sport touring yang berpenghadang angin besar macam motor aku...ha ha..

Merasakan motor kecik, mat-mat motor kapchai terlebih berani cilok mencilok, tak perasan halangan dihadapan...sebab tu aku suka motor bertong untuk mengingatkan aku supaya jangan selit menyelit dicelah-celah kenderaan..ada alasan untuk bawak slow..ha ha..

Awal-awal aku bagitau pada Pokli jangan ikut rentak aku..jumpa saja di Tol Gombak sekiranya dia tak selesa dengan kelajuan aku...

Mungkin sebab aku bawak lembab sangat kot maka mat-mat motor bercc kecik selalu mengacah ...malam itu sebiji motor RZ mengekori rapat aku...bila aku perlahankan motor untuk beri laluan, tak mau pulak dia memotong...Aku perasan dari Temerloh lagi dia mengekori rapat kami pada kelajuan 12-14...Aku perlahan dia perlahan, laju dia turut laju...Separuh perjalanan menghampiri exit Lanchang kelihatan sayup-sayup cahaya lampu motor rz tersebut...tak tahan kot menahan gegaran dan rempuhan angin...he he..kekadang mat-mat motor ni lupa mengukur baju dibadan sendiri.

Semasa di lebuhraya Karak selepas Genting Sempah bertembong dengan segerombolan mat-mat motor besar baru turun dari Genting..pergh melihat cara tonggangan mereka kecut perut aku wei...Takpalah menonggang ikut kemampuan masing-masing...aku percaya selaju mana pun anda, tak lebih sepuluh minit kami yang slow ni akan tiba juga..


Ada orang memberi tips semasa menonggang/memandu,  bawa kenderaan tidak melebihi 80 peratus tahap maksima  prestasi kenderaan. Sekiranya meter motor anda mampu berkelajuan  maksima 160km/jam, tapi ingin mengekalkan kelajuan pada 140km/jam untuh tempoh yang lama..memang anda mendera motor  dan diri anda...begitu juga dengan kereta..bila dipandu atau ditonggang pada tahap bukan kemampuan maka mudahlah sistem brek, suspensi dll memberi masalah...dan lagi cepatlah enjin kenderaan anda terbarai/rosak..

Dan diwaktu malam jugak kereta-kereta kecik suka sangat membesit...dan aku rasa dipandu diluar kemampuan kereta tersebut...tak sabar sangat nak memotong, siap memberi lampu tinggi dari kejauhan...memang selalu aku terpedaya, ingatkan kereta sport berprestasi tinggi, bila dekat baru perasan..Myvi, Viva, Avanza, Vios., City..huh handal korang...Jangan ditiru pemanduan kenderaan canggih lain..kenderaan mereka mungkin lengkap dengan sistem keselamatan terkini...Bagaimana dengan kenderaan anda...?

Wednesday, September 5, 2012

Bila tinggal di rumah tinggi...

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini...Berita selanjutnya boleh diakses di. Kosmo online

Salam takziah kepada keluarga mangsa kerana adik Muhammad Alias menjadi korban hasil kecuaian orang  lain.

Sedang memandu kereta mendengar berita di atas, semasa makan pula terbaca artikel di akhbar Utusan Malaysia perihal rakyat Malaysia tersenarai antara terbiadab di dunia hasil kajian majalah Reader's Digest...Sejauh mana kesahihan kajian itu wallahualam...argh apa nak jadi dengan kita...Kes di atas barangkali tak disengajakan. Kesalahan penghuni itu barangkali tidak mengikat kayu penyidai dengan kemas..Duduk pulak ditingkat 12 dimana tiupan angin pastinya sentiasa kencang... tidak sepatutnya penghuni tersebut menggunakan buluh untuk menyidai pakaian. Bukankah  penyidai pakaian biasanya menggunakan dawai/wayar yang direntang pada braket besi. Aku dulu semasa baru-baru kahwin pun pernah tinggal di flat juga...

Jika benar kes di atas tidak disengajakan bolehlah sedikit dimaafkan..Namun perangai buruk berikut langsung tidak  boleh dimaafkan-Sesetengah penghuni sengaja melontar objek-objek buangan dari unit kediaman masing-masing ke tempat pembuangan sampah. Penghuni sebegini memang tolol setolol-tololnya...! Kekadang bukan bahan buangan kecil yang dilempar, barang sebesar perabut, tilam dsb turut dilempar keluar melalui tingkap...goblok peringkat tertinggi nih..!...Kesedaran sivik langsung tiada.

Baru-baru ini nyaris terjadi tragedi serupa kepada penyewa flat aku di Shah Alam. Kalau kejadian di JB batang buloh melayang dari tingkat 12, peristiwa di Shah Alam botol kaca yang dilempar dari tingkat 13 nyaris terhempas ke atas kepala anak penyewa yang kebetulan baru keluar dari kereta.. Penghuni bahalol itu melempar botol ke tempat buangan sampah tapi tersasar dari tempat buangan lalu jatuh ke tempat parkir kenderaan.. Akibat peristiwa itu  aku kehilangan penyewa yang setia membayar sewa. Tidak mengapalah, penyewa boleh dicari ganti...kalau nyawa terbang tempoh hari, nescaya bertambah lagi statistik korban gara-gara tindakan bodoh segelintir manuasia yang terlalu mementingkan diri sendiri ..

Wahai penghuni kediaman tinggi, gunalah otak sebelum membaling apa-apa objek keluar dari kediaman anda...jangan bikin malu penghuni bangunan tinggi  lain atas tindakan bodoh anda...Anda mampu mengubahnya...




Monday, September 3, 2012

Hose pam petrol motor bocor..hu hu...

Masa tiba di Ajil aku  terhidu bau petrol. Bau ini segera mengingatkan aku peristiwa 5 tahun dulu bila mana MPV Renault aku ketika itu turut mengeluarkan bau petrol yang sangat kuat. Periksa punya periksa rupanya petrol menitis tanpa henti dibawah lantai mpv. Alhamdulillah dalam keadaan begini sempat kami sampai ke KL dan terus dibawa ke bengkel. Cuak juga memandu kenderaan dalam keadaan begitu..Takut-takut terdapat percikan api nescaya rentung mpv disambar api...! Pemeriksaan mendapati  terdapat keretakan pada pangkal hose pam minyak petrol .. Pastinya kesan mpv terjerlus dilubang jambatan kampong semasa beraya mengunjungi saudara mara ketika itu.

Masa tiba dihotel kerisauan aku terjawab. Kedapatan petrol menitis dari fairing motor..Sudah..! Segera aku menalifon pomen. Benar...Jawapan diterima lebih menjurus kepada kebocoran pada pangkal hose di pam petrol juga. Beliau pernah membaiki kerosakan sebegini. Kalau dulu aku tahu punca keretakan pada mpv aku, tapi kini aku musykil  dengan apa terjadi pada motor ini...takkan kesan gegaran kot dan aku dapat tahu kerosakan sebegini sering berlaku pada model motor yang aku guna. ishh...yang lebih tak enak didengar kalau tukar satu set mau terbang ribu riban juga...MPV aku dulu terkena RM1200.. 

 Selepas sarapan pagi, Sabtu 1 Ogos 2012 terus mencari bengkel motor besar...hasil maklumat rakan motor  kami ke Maju Motor...pergh tak sangka terdapat banyak model motor terkini disini.. model terkini Ducati, Yamaha, Honda dll. Tak perasan pulak selama melalui jalan disini...Bilik pameran terletak di jalan utama Kuala Trg-Kuala Berang...Namun pomen motor besar tiada dibengkel kerana mengetuai konvoi bermotorsikal beraya...arghh...


Hasil maklumat tuan kedai Maju Motor dan rakan bikers terdapat bengkel motor besar lagi di Wakaf Mempelam... sedang eloklah tuu... kami memang ingin kesana menghadiri rumah terbuka sahabat PokLi.. Jemputan makan percuma wei... Singgah jela..Dek kerana ramai tetamu kami hanya meneguk air dan terus meminta diri  kebengkel yang kebetulan terletak tidak jauh dari majlis jamuan hariraya...

 Mujur pomen biasa dengan model motor aku..segera ditogelkan baju motor...

Bila dibuka begini rupanya hose pam petrol yang aku maksudkan...aku pun tak pernah tengok sebelum ini....Bila dipulas throttle, petrol bukan menitis bahkan memancut bak pistol air lajunya...alamak...sah pangkal hose pam petrol bocor...

 Tengok.. tiada lagi kebocoran...! hasil tampalan menggunakan gam fibreglass...superkuat...insyaallah...

Kalau bawa ke bengkel bertauliah nescaya disuruh tukar keseluruhan set pam motor ini...Tentunya akan berlaku kebocoron besar pada poket tuanpunya motor..ha ha tapi kelebihan pomen persendirian...akan dicari jalan untuk meminimakan kos pembaikan..selagi boleh guna..guna..! ...panjangkan hayat apa yang ada...jangan dibazirkan dengan membeli yang baru....sedangkan motor lama boleh diubah suai menjadi model terkini hasil kreativiti mereka inikan pula  masalah kebocoran pada pangkal hose...Kebocoran ditampal menggunakan gam fibreglas...superkuat...! Alhamdulillah masalah kebocoran selesai...Kos pembaikan...?..RM 50...!

Sekiranya anda pemilik motor dan ingin mengubah suai atau membaiki kerosakan pada peralatan berkaitan fibreglass  boleh lah dibawa kesini...Tuan punyai kedai selain pakar dalam membaiki kerosakan am, beliau turut pakar mengubah suai motor...Projek terkini mereka mengubahsuai motor zzr 650 model awal tahun 90an kepada model terkini menyerupai Binelli ...gam fibreglass yang digunakan untuk pengubahsuaian motor menimbulkan idea  menampal kebocoran pada hose motor aku...yihaa...! Selamat duit aku beb..!

 Amacam berkenan tak.? Kawa ZZR tua menjelma menjadi Binelli...semua boleh bikin bro...!

Sunday, September 2, 2012

Jom Ajil Trengganu...!


Tarikh 31hb Ogos 2012, Jumaat
Peserta, Pok Li dan aku bersama jentera BMW RT1200
Ride kali ini kami  ke Ajil untuk meninjau tapak tanah milik PokLi  bersebelahan jalan utama Ajil-K.Trengganu. Kami bercadang untuk membangunkan sebagai Pusat Cucian Kenderaan bersepadu. Jalan-jalan cari peluang menjana pendapatan tambahan  lah nih...

Bertemu diBHP Gombak jam 8.30, start ride 9 pagi. Keadaan trafik walaupun banyak kenderaan tapi lancar. Mat-motor lain dengan pelbagai jenis dan jenama motor pun ramai 


Tiba di Shell Chenor untuk mengisi minyak dan membasahkan tekak jam 10.30 pagi. Nilaian semula tangki dalam RM35. Tonggangan sedikit laju 180-200km/jam.

Kapasiti jentera dan cara tonggangan lebihkurang sama membolehkan kami menonggang dengan rentak yang tidak banyak berbeza.
Bertemu janji dengan sahabat PokLi di Ayer Putih Trengganu, dalam perjalanan antara Jabor dan Bukit Besi untuk mendapatkan stok ubat herba...ha ha..patutlah walaupun berusia tapi PokLi ni masih gagah perkasa. Ada minuman rahsia rupanya... Tiba di Ajil dalam 12 tghhari dan sempatlah bersolat jumaat disana.

Kalau berjalan dengan Bro Rosli ke Trg tempat lain takda asyik-asyik Hotel Permai In K.Trengganu...Pengawal keselamatan seolah dah kenal dan terus menunjukkan tempat parking didepan pintu masuk utama. Penginapan RM140 semalaman untuk bilik standard dengan dua katil. Tapi kami dapat 3 katil dengan kadar yang sama. Seorang rider disaat akhir menarik diri kerana mempunyai urusan lain perlu diselesaikan

Masih available..he he...Macho bro...!
Walaupun macho, cara tidor menggambarkan jiwa yang tetap sentimental ha ha...  stokin pun tak sempat nak tanggal...ish..ish

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK