click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, December 24, 2012

Jom Ayutthaya- Foto-foto di Klong Hae


Alhamdulillah kami berjaya selesaikan misi  kembara dan tiba di rumah 10 minit sebelum azan zuhur berkumandang di corong masjid taman perumahan kami pada 20hb Disember 2012... Segala perancangan diikuti bahkan menokok destinasi  sepanjang kembara  iaitu Chiangmai. Jarak keseluruhan dicatatkan adalah sedikit lebih 5000km berbanding 3500 jarak asal. Sekiranya masa mengizinkan nescaya jarak lebih jauh berjaya dicatat dengan mengunjungi sempadan Thailand/Myanmar di Maesai... Walaupun agak lama  untuk mengemaskini,  diharap ada manfaat yang boleh dikongsi bersama coretan perjalanan ini...Pandangan anda dialu-alukan untuk menambah baik catatan diari kami...selepas daripada ini banyak lagi tempat yang ingin aku jelajahi...waktu terdekat ini adalah Kembara bermotorsikal ke Kemboja pada Cuti Tahun Baru Cina Febuari 2013 nanti...berbaki sebulan lebih saja lagi...



Foto-foto berikut dirakamkan semasa kami berada di Riverside Market, Klong Hae,Hat Yai...destinasi pertama setelah berada di bumi Thailand...Lagi foto-foto di Klong Hae...boleh di layari disini...

Pandangan peribadi aku, sekiranya ingin berbelanja lebih disini sediakan saja wang lebih kerana harga makanan tidaklah begitu murah sangat...biasa-biasa saja...

Friday, December 21, 2012

Koh Lanta-Terkenang suatu masa dulu...

Bila membelek album lama, segera kenangan lama menggamit memori....pengalaman indah untuk dikongsi bersama...

Gambar-gambar kenangan semasa pertama kali berkonvoi ke negara jiran...Ketua konvoi kami ketika itu Sdr Sham telah kembali ke rahmatullah..Al fatehah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang beriman...

Tuesday, December 11, 2012

Jom Ayuthayya....Koh Samui

Day1

Bermula di Parit Buntar..Singgah di Jitra melawat rakan vespa Pak Ad yang baru pulang dari 1000 konar dan Chiangrai bersama 9 rakan lain selama 16 hari...Memahami keadaan beliau yang kepenatan jam 12 kami terus   ke sepadan membeli insuran RM65 untuk sebulan perjalanan., isi minyak penuh dan masuk ke sepadan..harga minyak semasa di Thai 3.89 seliter untuk RON 95. Urusan imegresen adalah lancar ke Thai   berbanding dari Thai ke Malaysia..ramai yang kembali semula ke Malaysia setelah berhujung minggu di Thai barangkali...sementara menunggu rakan tiba disempadan aku meliliau sekitar Danok ..Membeli walkie talkie, 280bhat untuk memudahkan perhubungan dengan rakan yang berkenderaan berasingan... juga beli sim kad berintenet untuk memuat turun peta Thai..kami akan bergerak berpandukan peta dan gps. Peta untuk mendapatkan gambaran lokasi keseluruhan manakala gps untuk memandu arah...Perjalanan lebih mengujakan bila kita faham lokasi semasa berbanding hanya menurut perintah robot gps...

Destinasi pertama adalah Klong Hae, floating market, tiba di sana jam 6 petang. Lokasi berada di pinggiran pekan Hadyai..Lokasi agak terpencil..namun berpandukan gps tiada masalah untuk tiba disana. Dikhabarkan pasar hanya beroperasi pada hujung minggu dari jam 3 ptg sehingga 9 malam..Kedapatan ramai pengunjung dari Malaysia dan Singapura..Penjual bersampan hampir semuanya muslim melihat kepada penampilan penjual yang bertudung dan berketayap

Tidak jadi bermalam di Haadyai sebaliknya  kami akan tidur dilokasi berhampiran dengan jeti supaya dapat menaiki feri awal pagi...melalui Phatthalong dimalam hari dalam hujan lebat ke Nakon Sithamarat..singgah solat jamak magrib dan isya jam 11 mlm dimasjid..tidur dalam kenderaan dan sebahagiannya tidur  di masjid..jam 4 pagi meneruskan perjalanan ke Dong Sak.  tiba jam 5.30 pg...Selesai solat suboh dan mengisi minyak terus bergerak ke Seatran pier untuk menaiki feri ke Koh Samui jam 7 pagi..tiket 450 bhat untuk pemandu dan kenderaan..penumpang 150 bhat..perjalanan mengambil masa 1jam 45 minit..tiba saja terus keliling pulau..tiada masalah dengan makanan orang islam...Bermalam di Fishermen's Fishing Village..sebuah perkampungan nelayan yang kini dihuni ramai mat-mat salleh..rumah tumpangan kami ini adalah milik mat salleh..Sekejap lagi kami akan ke jeti untuk ke tanah besar semula ..perjalanan akan di teruskan ke Huahin...semoga perjalanan kami selamat...Amin

Gambar-gambar akn menyusul kemudian...


Thursday, December 6, 2012

Kembara Ayutthaya...


View Larger Map


Tinggal sehari saja untuk kami bersiap sedia  memulakan Kembara Ayathuya bersama keluarga  Sabtu 8hb Disember 2012. 5 orang rakan motor bersama  pasangan masing-masing yang menggelarkan ride kali ini  Darling Ride turut memilih tarikh yang sama ke Thailand..namun mereka memilih destinasi Koh Lanta...Ini kali kedua kami ke Thailand menaiki kereta, tapi dulu hanya setakat Hatyai dan persekitaran... Perancangan asal setakat Koh Samui...tapi nampaknya telah berubah fikiran...Rakan yang turut menyertai kembara ini mencadangkan supaya meronda lebih jauh dari itu..dia cakap tak berbaloi perbaharui pasport kalau meronda setakat 4-500km dari sempadan..pergh...ok-ok..maka destinasi dijauhkan sehingga ke Ayathuya.

 Jumlah hari diperlukan aku jangkakan mengambil masa minima 10 hari. tapi lebih selesa jika sehingga 12 hari dengan jarak perjalanan sehari dalam3-400km sahaja. Tapi kawan aku  memberitahu pernah memandu selama 15jam tanpa henti dari Haatyai ke Bangkok. Kalau macam itu senang saja mencapai jarak 1000km sehari.. Tak sampai seminggu dah boleh  balik ..hehe Berdasarkan pengalaman bermotor dulu, sangat sukar kot  mencapai jarak sejauh ini sehari ,  sementelah lagi kembara bersama keluarga.. Kembara bersama keluarga tak boleh disamakan berkembara  bersama rakan-rakan..Rehat kena banyak, perjalanan kena santai.

Seronok kot merasai pengalaman mengembara dengan cara berbeza..Untuk tempoh 10hari itu,  Kembara SegitigaEmas dulu dengan motorsikal besar berjaya menempoh jarak  6000km.  Kembara Laos/Cambodia menonggang skuter pula  menempoh jarak 6000km dalam masa 12 hari ..Dengan kereta kali ini, kami merendahkan unjuran jarak perjalanan setelah mengambilkira kesesakan dan kelajuan yang bakal dilalui.....Kelebihan kembara kali ini kami tak begitu risau sekiranya sukar mendapatkan makanan halal...bahan mentah, periuk belanga kami bawa sekali he he....sekiranya sukar menemui penginapan pun kami ok...cari saja stesen minyak dan tidurlah dalam kereta ...

Destination Distance  embark date embark time   arrive date  arrive time  No of days
Rawang 08-Dec 7am
Pt Buntar 274 08-Dec 3pm 1d
Hatyai 234 09-Dec 2pm 09-Dec 6pm 1d
Koh Samui 355 10-Dec 7am 10-Dec 6pm 2d
chumpon 301 12-Dec 11am 12-Dec 6pm 1d
samut sakhon 412       13-Dec 7am 13-Dec 6pm 1d
Khao yai National park/Ayutaya city/Bangkok 221       14-Dec   8am 14-Dec 8pm 1d
river cruice/skytrain/shopping       15-Dec 7am 15-Dec 8pm 1d
Chumpon 453       16-Dec 9am 16-Dec 6pm 1d
Phatthalong 402       17-Dec 9am 17-Dec 6pm 1d
Kotabahru 395 18-Dec 9am 18-Dec 6pm 1d
K.trg 168 19-Dec 2pm 19-Dec 5pm 1d
Rawang 440
Total 3655 12d
Keperluan lain
Walkie talkie
gps
peralatan memasak
kompas
makanan
geran kenderaan


Kekurangan berkereta pula pastinya kos minyak yang tinggi disebabkan harga minyak di Thailand 2 kali ganda berbanding harga minyak di Malaysia...Berdasarkan pengalaman rakan yang pernah berkereta kesana baru-baru ini aku rasa 5-6 ribu sudah memadai untuk perbelanjaan keseluruhan... dengan jumlah ahli keluarga seramai 6 orang dan pelbagai tempat yang bakal dilawati..aku rasa sangat berbaloi untuk mengembara melalui jalan darat....


Pengalaman terdahulu nampaknya amat berguna...tips dari rakan yang pernah kesana juga sangat membantu...walaupun keterujaan aku taklah membuak-buak sebab pernah beberapa kali menggunakan laluan yang sama, tapi untuk ahli keluarga yang dibawa, ini merupakan pengalaman pertama mereka berjalan darat sejauh ini..harap-harap mereka tidak serik duduk berjam-jam di dalam kereta...jangan  sekerat jalan sudah mengajak balik sudaah ler..haha.

Tuesday, December 4, 2012

Motorsikal diharamkan di Lebuhraya...?

 Keratan akhbar yang aku ambil dari rakan fb

Argh ada lagi cadangan seumpama ini...Berdasarkan  pemahaman aku mengenai artikel tersebut, dua sebab utama diutarakan penulis berkenaan  supaya motor besar diharamkan dari menggunakan lebuhraya.  Pertama, orang asia/Malaysia bertubuh kecil berbanding orang Amerika atau Eropah maka sangat berbahaya menonggang motor  besar lagi berkuasa tinggi serta terdedah kepada risiko kemalangan ..Kedua,  mat-mat motor tidak membayar tol . Apa yang tersirat, keistimewaan yang dikecapi penonggang motor mesti ditarik balik untuk membolehkan mereka menggunakan lebuhraya...

Pada hemat  aku...motor besar atau kecil hanyalah sekadar alat tonggangan..tidak timbul pasal besar atau kecil.. kita yang mengendalikan motor tersebut...Lagipun bukannya kita perlu memikul motor tersebut yang mengkhendaki kita bertubuh sasa dan besar ..Mereka yang bertubuh besar belum tentu lebih berupaya atau cekap mengendalikan motor berkuasa tinggi... Zulfahmi atau pelumba asia lain yang bertubuh kecik pun boleh tapau Mat salleh yang berbadan jauh lebih besar dan tinggi...dan lagi adakah di Eropah atau Amerika sememangnya bebas dari kemalangan motorsikal sebab mereka berbadan besar...?

Aku berpendapat kemalangan adalah kemalangan, boleh berlaku tanpa diduga bukan saja oleh penonggang motorsikal hatta kenderaan lain juga...Sekiranya kita mengambil pendekatan simplistik, maka sepatutnya tiada satu kenderaan pun dibenarkan berada dijalanraya...Bila berita kemalangan melibatkan kenderaan berat..haramkan kenderaan berat..., melibatkan bas, haramkan bas begitulah seterusnya..Hanya kebetulan risiko bermotor lebih tinggi berbanding kenderaan bukan dua roda lain, maka janganlah mengambil pendekatan mudah mengharamkan motorsikal berada dilebuhraya...

Benar kemalangan melibatkan motorsikal adalah lebih tinggi berbanding kenderaan lain sehingga pihak pengendali lebuhraya memaparkan di skrin elektronik statistik kemalangan maut melibatkan penonggang motorsikal..tapi jika diselusuri semula punca kejadian, kebanyakan kemalangan bukannya disebabkan oleh penonggang motorsikal itu sendiri tetapi kecuaian pengguna jalanraya lain ..Kemalangan maut melibatkan 5 atau 6 biji motorbesar berkuasa tinggi  di Lebuhraya Plus berhampiran susur Kota Damansara baru-baru ini secara terangan pemandu suv tu yang patut dipersalahkan bila menukar haluan dan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba...

Aku baru saja balik melawat anak saudara yang terlantar dihospital, tidak kurang 2 pesakit yang sedang bertarung nyawa..Kes pertama  kerana terlanggar lubang dan yang kedua kes langgar lari...adakah ini juga salah penonggang motorsikal...?

Alasan kedua penonggang motorsikal dikecualikan membayar tol...

Aku hairanlah kenapa perlu irihati penonggang motorsikal tidak dikenakan tol dilebuhraya...sedangkan  keistimewaan itu tidak hanya  dikhususkan kepada pemilik motorsikal  sahaja bahkan kepada semua orang.....sekiranya penulis berkenaan ingin dikecualikan dari membayar tol maka bermotorsikallah...Pilihan ditangan anda..Yea benar beliau bersungguh sekarang supaya tol turut dikenakan kepada penonggang motor..., tidak kah menjadi satu kekesalan sekiranya suatu hari nanti beliau juga beralih selera bermotorsikal dan terpaksa membayar tol...?

Untuk pengetahuan umum, tol hanyalah salah satu kaedah supaya orangramai membayar cukai kepada pemerintah..sedangkan pemilik motor besar telah 'ditolkan' dengan cara lain oleh pihak kerajaan...eksais duti  motor besar adalah tinggi sehingga mencecah 200 peratus...cukai jalan dan insuran juga kekadang jauh lebih tinggi dari kenderaan empat roda lain..itu belum lagi tol alat ganti yang tinggi..tayar dsb..lagipun apalah sangat kerosakan yang mat-mat motor akibatkan terhadap jalanraya-jalanraya yang ada.. tak jadi kudis pun kepada operator lebuhraya . kami hanya menumpang sebahagian jalan ...Takkan itupun nak berkira dengan kami..

Sepatutnya pengguna jalanraya lain bersyukur kerana ada segelintir orang yang suka/terpaksa bermotor, setidak- tidaknya kuranglah kesesakan jalanraya..Bayangkan  kesesakan yang bakal dihadapi oleh semua orang bilamana  mat-mat motor  beralih arah memandu kenderaan. Tak ke haru jadinya...

Selagi ada matahari dan bulan, perdebatan seumpama ini tak kan pernah selesai.. Jadi berlapangdadalah... Kepada mat-mat motor pun ambillah iktibar dari kritikan penulis artikel diatas..dia mungkin  sebahagian dari ribuan lagi perungut-perungut lain terhadap sikap-sikap mat motor dijalanraya...

Apa yang penting hormat-menghormatilah sesama kita...Jalanraya untuk dikongsi ok...!





Sunday, December 2, 2012

Sembang Hujung Minggu--Jom ronda-ronda...


 
Sahabat biker yang aku kenali di alam maya...Pergh ..hati wanita mana tak cair dengan lerekan mata Cikgu Mat...ha ha..


Perghh Abe mat sudah tayang pada wa..dia pergi Laos naik kapchai dengan isteri beliau Cikgu Zimah...Wa ada sedikit terkilan dia hanya memberitahu melalui FB..kalau dia hello awal teringin juga wa ikut serta..hati wa sedikit kecik untuk ronda sorang-sorang.. lagipun wa fikir elok bergerak berjemaah, paling tidak ada teman berkongsi masalah...lainlah kalau terpaksa...Macam Abe Mat dia berkelebihan..Pasangan beliau berkongsi minat yang sama..takda masalah duduk berjam atas motor...Tapi kalau berteman cara mana nak pergi wa tak kesah....kapchai pun kapchailah janji sampai. Nak naik basikal pun boleh...lama niat terpendam ke sana tapi belum kesampaian. Dulu bersama geng vespa hanya sampai ke sepadan Laos dan Cambodia saja..kali ini teringin meronda-ronda di Laos atau Vietnam atau Cambodia itu sendiri dengan cara sempoi begini...sampai hati Cikgu Mat tak bagitau wa...Mungkin dia nak ronda-ronda dengan pasangannya saja..ok-ok wa tak mau kacau ...Pengalaman kembara beliau boleh dikongsi DISINI

Lagi bersemangat bila tengok sepasang Mat Salleh berbasikal  di Jalan Batu Pahat ke Muar minggu baru nih....entah  berapa negara sudah dijelajahi..cukup sempoi...wa berhenti dan abadikan gambar mereka sebagai pencetus semangat sambil tunjukkan isyarat bagus kepada mereka...Orang lain terus mengorak langkah..,sedangkan wa hanya mampu menulis  menyatakan hasrat berbasikal tapi belum tertunai...siapa lah yea yang sudi menemankan wa..huhu...

Thursday, November 29, 2012

Bila cuti sekolah datang lagi...





Pergh...hebat punya posing bro...Tak sangka baru saja menghabiskan konvoi 1MBW, sahabat aku Ar Mastor dan Azman JO menyertai lagi konvoi cuti-cuti 1Malaysia anjuran Big Bike Shop dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia .  Mereka tak puashati konvoi 1MBW..hehe..Takdapat pulak maklumat jumlah penyertaan kali ini..tahun lepas dikhabarkan seramai 50 peserta menyertai konvoi tahunan ini.
                           
Hujung tahun begini memang banyak betul aktiviti konvoi diadakan. Habis motor-motor kena gasak oleh tuanpunya...dari satu konvoi ke satu konvoi...Nak menghabiskan cuti tahunan kot..Bukan setakat dalam negeri bahkan sudah merebak ke negara-negara jiran... Kalau dulu  destinasi pilihan hanya berlegar di Siam , tapi kini seluruh Indochina menjadi tumpuan...Bagus-bagus...Jauh perjalanan luas pemandangan dan bertambahlah pengalaman. Bila bersembang dengan rakan dibengkel  Mail Motor, Rawang baru ni, ramai benar mat-mat motor akan ke negara-negara Indochina  seperti Laos, Vietnam Cambodia dan pastinya Thailand bermula 8hb Disember 2012 ini...

Kebetulan sahabat yang aku sebutkan diatas pun akan berkonvoi lagi bersama beberapa peserta lain ke Koh Lanta,  Thailand pada tarikh yang sama..Tak pasti pulak kenapa tarikh ini menjadi tumpuan..Mereka cakap Darling Ride..bawak bini ride bro haha...Kekawan mempelawa juga, tapi nampaknya kali ini wa tak dapat join kalian. Pertama, wa tak biasa membonceng...kedua bini wa tak pernah dan tak berani naik motor,  ke3..Koh Lanta wa dah pergi...Ingatkan nak join mereka dengan berkereta, memandangkan faktor ke 3, wa pelawa sorang rakan dari Penang untuk menyertai konvoi berkereta bersama famili sempena cuti sekolah ini ke Koh Samui pada tarikh yang sama...Pantang pelawa dia ok saja...Cuma destinasi saja yang belum betul-betul pasti...Koh Samui terasa macam dekat pulak...setahu aku kawan aku ni pun kaki ronda-ronda...Kita terus ke Chiangmai lah brader...ha ha..





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK