Saturday, December 29, 2012
Thursday, December 27, 2012
Jom Ayyuthaya-Lampang
Berdasarkan perjalanan terdahulu kami merasakan tiada
masalah untuk mencapai jarak 800km sehari...Lagipun berkembara menaiki
kenderaan empat roda mempunyai kelebihan berbanding menonggang motorsikal. Perjalanan
lebih selesa, stabil walaupun berkonvoi diwaktu malam yang gelap. Tiada kekhuatiran melanggar lobang ... Dan seronok
juga memandu berlarutan ke malam hari kerana kenderaan kurang
dijalanraya
Alang-alang
bercuti kami berpakat menjauhkan lagi destinasi kembara bukan hanya Bangkok bahkan terus ke Chiangmai
he he.. .....Hasil rujukan diinternet mendapati tidak banyak tempat unik menarik yang boleh dikunjungi di Bangkok. Check out di Prachuap Khirikhan dan singgah bersarapan digerai muslim di Cha Am seterusnya akan meneruskan
perjalanan selagi terdaya. Dari Petchaburi kami memilih lebuhraya No 35-No 9 dan seterusnya No
32 untuk ke utara. Aku berpendapat laluan ini lagi menjimatkan masa
berbanding melalui lebuhraya No 4
Petchaburi-Ratchaburi-Nakon Phatom dan memasuki semula Highway 32 di Chainat. Perjalanan
walaupun agak sesak sewaktu memasuki Highway no 9, tetapi lancar bila menjauhi
kawasan tumpuan kenderaan ke Bangkok. Walkie Talkie yang dibeli ternyata
memberi banyak kemudahan untuk berhubung dengan rakan sambil memberi tunjuk
arah.
Harga minyak tidak seragam di seluruh Thailand, ada tempat sedikit murah, tapi rata-rata melebihi 37 baht seliter
Berhenti rehat
solat dan makan di Nakon Sawan. Tips mudah untuk mencari restoran makanan
halal..tuju saja ke masjid insyaAllah anda akan mudah menemui restoran
berhampiran. Lokasi masjid pula mudah
diperolehi di internet.
Singgah membeli buaian ini yang dijual ditepi lebuhraya -300baht..ok not bad
Pemandangan biasa disimpang berlampu isyarat...
Salah satu masjid yang terdapat di Pekan Nakon Sawan...Masjid Pakistan
Gerai makanan Islam di Nakon Sawan terletak dipersimpangan Nakon Sawan-Pitsanuluk
Selesai makan dan
melegakan urat-urat yang tegang kami meneruskan perjalanan dan tiba destinasi bermalam berikutnya di
Lampang. Walaupun kami boleh saja terus ke Chiangmai, tapi adalah lebih baik
menginap dilokasi kurang tumpuan pelancong supaya mudah mendapat tempat
penginapan dengan harga yang murah. Kos penginapan di sini adalah 550 baht
sebilik.
Masjid Al Falah, LampangSetelah check in di hotel segera menuju ke Masjid Al falah di pekan Lampang.. membeli makanan di restoran berhampiran yang diusahakan peniaga dari Patani...tiada masalah komunikasi...dikhabarkan terdapat 2 bas pengunjung dari Malaysia yang akan berkunjung ke restoran beliau...
Jarak perjalanan hari ini 950KM
Labels:
kembara Ayathuya.,
vacation,
warna warni kehidupan
Wednesday, December 26, 2012
Kemalangan Maut di KM349.1 Lebuhraya PLUS arah utara...
Melepasi saja sempadan Thailand memasuki Malaysia, terima mesej dari kawan mengajak berkayuh di Cameron Highland pada cuti krismas. Pergh ..aku ON, teruja berkayuh dicelah-celah rimbunan dedaun teh di tanah tinggi dalam sausana dingin. Seawal 4.30 pagi 25hb Disember 2012, aku dah bersiap sedia untuk ke sana.
Dalam pada aku memasuki kereta untuk memulakan perjalanan mengambil kawan yang sedang menunggu di taman berhampiran, aku menerima panggilan. Selalunya panggilan seawal pagi begini memang mendebarkan, tapi tidak kali ini kerana menyangkakan kawan yang sedang menunggu membuat panggilan. Rupanya bukan... Jiran yang tinggal setaman tapi dilorong berbeza pula yang memanggil.
Sah, panggilan kecemasan. Beliau meminta aku menemankan ke Rumah mayat Hospital Tapah untuk mengecam mayat yang terlibat dalam kemalangan motorsikal di Lebuhraya PLUS . Anak mangsa bersahabat baik dengan anak jiran aku itu. Beliau yang belajar sekelas dengan anak jiran di Taylor College Subang Jaya, bergegas ke rumah jiran aku setelah menerima makluman dari pihak polis pada jam 4 pagi tentang kejadian.
Perancangan berkayuh dibatalkan. Kami terus ke Hospital Tapah dan tiba di sana jam 6.30. Memang betullah mangsa Azmi Abdul berasal dari Padang Ibul, Penanti Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan merempuh belakang lori di lebuh raya PLUS Km 349.1 arah utara berhampiran jalan susur Sungkai jam 1 pagi 25 hb Disember 2012. Beliau yang menonggang solo skuter BMW 650 yang baru didaftarkan pada 24hb Disember menemui ajal ditempat kejadian.
Sausana pilu menyelubungi sausana dihadapan bilik mayat,.
Seberang jalan KM349.1 adalah lokasi kejadian yang dapat aku rakamkan semasa balik semula ke Kuala Lumpur. Melihat kepada lokasi kejadian yang berbukit..aku berandaian mangsa tidak sempat mengelak trailer yang mungkin mengubah haluan untuk memotong. Kejadian sebegini sering terjadi dikawasan berbukit dilebuhraya dua lorong, bilamana kenderaan dilorong kiri cuba memotong kenderaan berat dihadapan yang bergerak perlahan kerana mendaki bukit. Mungkin sewaktu trailer mengubah haluan untuk memotong kenderaan berat lain dihadapan, mangsa gagal mengawal skuternya lalu merempuh belakang trailer tersebut. Kesan lekuk pada dahi mangsa dan kecederaan teruk didada mangsa memungkinkan teori aku...
Ajal maut ditangan tuhan. . Semoga roh mangsa dirahmati. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Al fatehah...
Monday, December 24, 2012
Jom Ayutayya-Lawatan singkat Koh Samui
Kembara Hari ke 3

Pemandangan di lorong penginapan The Fishermen's Village. Walaupun lorong-lorong sempit tapi persekitaran yang bersih menceriakan sausana...
Sepatutnya 2 malam diperuntukkan di Koh Samui..memandangkan tiada lokasi menarik boleh dilawati maka keesokan hari segera berkemas untuk menuju destinasi seterusnya. Semasa di sini bertembung dengan 2 buah bas berpletkan no Malaysia dan bertemu pasangan muda dari Sungai Buloh Selangor semasa menikmati juadah malam digerai muslim berhadapan Bangkok Hospital...Mereka turut berkonvoi dengan 3 buah kereta bersama ahli keluarga lain.
Bila datang berfamili memang kena peruntukkan pelan A, Pelan B, C dsb.. Jadual yang disediakan jarang boleh diikuti..Suruh bersiap awal, memanjang terkeluar waktu diperuntukkan...bukannya sibuk menikmati pemandangan, tapi berlingkar diatas katil. Sepatutnya jam 8 pagi keluar rumah penginapan untuk menaiki feri jam 9 pagi, terlajak jam 10 baru keluar. Bukan itu saja sebelum tiba di terminal menyinggah lagi ke destinasi perkampungan orang islam dan kawasan rekreasi bergajah...Hasrat menonggang gajah dipendamkan walaupun anak kecil kawan beriya benar ingin menonggang....Tiket menonggang adalah mahal dalam 700 baht...Lagipun kami akan ke Chiangmai, elok saja menonggang disana.
Lorong menuju perkampungan orang islam...Mendapatkan makanan halal di pulau tiada masalah...ramai peniaga dari patani berniaga disini..terdapat juga masjid diperkampungan ini..

Biasalah lawatan ke pulau..pusing-pusing jumpa tempat sama...argh tak maulah menghabiskan masa di sini lebih baik balik segera ke tanah besar untuk distinasi berikutnya...anak-anak pun dah merungut.
."Tak rasa macam bercuti pun..." Aku pun tak taulah bercuti yang macamana yang anak-anak remaja inginkan...
Sampai diterminal hanya dapat slot jam 2 petang menaiki feri ke tanah besar...
Jam 4 petang tiba di terminal feri Donsak. Terus saja bergerak ke distinasi berikutnya...Huahin, jarak perjalanan dalam 600km.. Namun hasrat itu terpaksa dipadamkan apabila mata tidak mengizinkan. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Kami menginap di Prachuap Khirikhan berjarak 100 km lagi ke Huahin. Kos penginapan sebilik 480 Baht.
Jarak perjalanan hari ini. 470 KM
Lagi foto di Koh Samui boleh diakses disini..
Labels:
kembara Ayathuya.,
vacation,
warna warni kehidupan
Jom Ayutthaya- Foto-foto di Klong Hae
Alhamdulillah kami berjaya selesaikan misi kembara dan tiba di rumah 10 minit sebelum azan zuhur berkumandang di corong masjid taman perumahan kami pada 20hb Disember 2012... Segala perancangan diikuti bahkan menokok destinasi sepanjang kembara iaitu Chiangmai. Jarak keseluruhan dicatatkan adalah sedikit lebih 5000km berbanding 3500 jarak asal. Sekiranya masa mengizinkan nescaya jarak lebih jauh berjaya dicatat dengan mengunjungi sempadan Thailand/Myanmar di Maesai... Walaupun agak lama untuk mengemaskini, diharap ada manfaat yang boleh dikongsi bersama coretan perjalanan ini...Pandangan anda dialu-alukan untuk menambah baik catatan diari kami...selepas daripada ini banyak lagi tempat yang ingin aku jelajahi...waktu terdekat ini adalah Kembara bermotorsikal ke Kemboja pada Cuti Tahun Baru Cina Febuari 2013 nanti...berbaki sebulan lebih saja lagi...
Foto-foto berikut dirakamkan semasa kami berada di Riverside Market, Klong Hae,Hat Yai...destinasi pertama setelah berada di bumi Thailand...Lagi foto-foto di Klong Hae...boleh di layari disini...
Pandangan peribadi aku, sekiranya ingin berbelanja lebih disini sediakan saja wang lebih kerana harga makanan tidaklah begitu murah sangat...biasa-biasa saja...
Labels:
kembara Ayathuya.,
vacation,
warna warni kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.






















































































