click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 27, 2012

Jom Ayyuthaya-Lampang



Berdasarkan perjalanan terdahulu kami merasakan tiada masalah untuk mencapai jarak 800km sehari...Lagipun berkembara menaiki kenderaan empat roda mempunyai kelebihan berbanding menonggang motorsikal. Perjalanan lebih selesa, stabil walaupun berkonvoi diwaktu malam yang gelap. Tiada kekhuatiran melanggar lobang ... Dan seronok juga memandu berlarutan ke malam hari kerana kenderaan kurang dijalanraya



 Pusat peranginan baru berskala kecil yang terletak di Chaam tempat bersarapan kami..

Alang-alang bercuti kami berpakat menjauhkan lagi destinasi kembara bukan hanya  Bangkok bahkan terus ke Chiangmai he he.. .....Hasil rujukan diinternet mendapati tidak banyak tempat unik menarik yang boleh dikunjungi di Bangkok. Check out di Prachuap Khirikhan dan singgah bersarapan digerai muslim di Cha Am seterusnya akan meneruskan perjalanan selagi terdaya. Dari Petchaburi kami memilih lebuhraya No 35-No 9 dan seterusnya No 32 untuk ke utara. Aku berpendapat laluan ini lagi menjimatkan masa berbanding  melalui lebuhraya No 4 Petchaburi-Ratchaburi-Nakon Phatom dan memasuki semula Highway 32 di Chainat. Perjalanan walaupun agak sesak sewaktu memasuki Highway no 9, tetapi lancar bila menjauhi kawasan tumpuan kenderaan ke Bangkok. Walkie Talkie yang dibeli ternyata memberi banyak kemudahan untuk berhubung dengan rakan sambil memberi tunjuk arah.
Harga minyak tidak seragam di seluruh Thailand, ada tempat sedikit murah, tapi rata-rata melebihi 37 baht seliter

Berhenti rehat solat dan makan di Nakon Sawan. Tips mudah untuk mencari restoran makanan halal..tuju saja ke masjid insyaAllah anda akan mudah menemui restoran berhampiran.  Lokasi masjid pula mudah diperolehi di internet.

  


Singgah membeli buaian ini yang dijual ditepi lebuhraya -300baht..ok not bad



Pemandangan biasa disimpang berlampu isyarat...



Salah satu masjid yang terdapat di Pekan Nakon Sawan...Masjid Pakistan



Gerai makanan Islam di Nakon Sawan terletak dipersimpangan Nakon Sawan-Pitsanuluk

Selesai makan dan melegakan urat-urat yang tegang kami meneruskan perjalanan dan  tiba destinasi bermalam berikutnya di Lampang. Walaupun kami boleh saja terus ke Chiangmai, tapi adalah lebih baik menginap dilokasi kurang tumpuan pelancong supaya mudah mendapat tempat penginapan dengan harga yang murah. Kos penginapan di sini adalah 550 baht sebilik.
Masjid Al Falah, Lampang





Setelah check in di hotel segera menuju ke Masjid Al falah di pekan Lampang.. membeli makanan di restoran berhampiran yang diusahakan peniaga dari Patani...tiada masalah komunikasi...dikhabarkan terdapat 2 bas pengunjung dari Malaysia yang akan berkunjung ke restoran beliau...

Jarak perjalanan hari ini 950KM

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK