Sunday, December 30, 2012

UPSI Xtreme Rainforest MTB Jamboree 2012...

Aku tangguh dulu cerita Kembara Ayuthaya untuk memberi laluan cerita riadah berbasikal.





 Aktiviti berbasikal nampaknya menduduki carta teratas aktiviti riadah aku sekarang berbanding bermotorsikal..Memang memenatkan tapi keinginan  berbadan sihat menjadi pendorong aku berbasikal. Bermotorsikal aku reserve untuk riadah jarak jauh.   Khamis 27hb Disember berkayuh dari UIA Gombak ke  Genting Sempah sejauh 34KM pergibalik. Memang dekat tapi laluan pergi sejauh 17km adalah mendaki sahaja...






Dan semalam Ahad 30hb Disember 2012 aku dan sparring partner menyertai Xtreme Rainforest MTB Jamboree 2012 anjuran UPSI Tanjung Malim. Penyertaan sangat menggalakkan bilamana lebih 1200 peserta menyertai acara ini. Peserta dihidangkan dengan kombinasi trek  ON Road dan OFF Road sejauh 43km.
                                 
                               
Seawal maghrib 29hb kami dah tiba di  UPSI untuk pendaftaran...takdalah bersemangat sangat untuk menyertai perlumbaan cuma teruja bermalam dikhemah yang kami pacakkan diperkarangan universiti. He he ramai juga yang turut berkhemah seperti kami. Sesekali berkamping mengembalikan  nostalgia zaman remaja...adat berkongsi kemudahan asas tandas dengan ramai orang, terpaksa bersabar...terasa lama semasa menunggu tetapi terasa singkat bila tiba giliran kita menggunakannya...rasanya seolah tak sempat berbuat apa-apa, pintu tandas sudah diketuk memberi isyarat ada orang yang  ingin menggunakan tandas ..huhu..




                           

Berbanding jamboree yang aku sertai terdahulu nampaknya ada sedikit peningkatan dalam pencapaian kedudukan. Jamboree pertama di Sg Buaya, Hulu Selangor dulu aku mendapat tempat ke 700 dan kini nampaknya naik ke 292 dari jumlah penyertaan yang hampir sama...Ada beberapa faktor yang melonjakkan pencapaian yang lebih baik. Stamina yang semakin baik  mungkin memberi kelebihan, tapi yang melonjakkan ranking sebenarnya bergantung kepada permulaan perlumbaan. Kali ini aku berlepas serentak dengan peserta lain berbanding dulu entah berapa minit tertinggal baru kami bermula. Untuk ride yang akan datang sekiranya ingin kedudukan yang lebih baik selain stamina dan skill, beradalah dibarisan hadapan...seawal 4 pagi sudah parking basikal digarisan permulaan..he he...



                                   
Ini adalah contoh halangan yang bakal dihadapi semasa berlumba...walaupun stamina hebat anda kena beratur untuk melepasi halangan sebegini...lagi ramai peserta, lagi lama terpaksa menunggu..masa itu orang dihadapan anda telah jauh berlalu meninggalkan peserta dibelakang walaupun berkayuh seperti itik pulang petang....


                                       
Ranking bukanlah matlamat utama kebanyakan peserta menyertai jamboree...sebahagiannya sekadar beriadah...sebab itu peserta berkayuh santai sambil lepak-lepak setelah beberapa kilometer berkayuh. Cuma bagi aku teringinlah juga mengetahui sejauh mana peningkatan stamina dan skill hasil berkayuh hampir saban minggu.
                                  
Kali ini aku tak pasti siapa pemenang keseluruhan kerana kami terpaksa bergegas pulang setelah mendapat panggilan dari isteri memaklumkan anak saudara sebelah isteri aku meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan membuang tumor di otak...seorang lagi saudara meninggal disebabkan masalah kesihatan...arwah Firdaus Syahmi bin Mohd Radzi merupakan seorang hafiz al quran...tidak mengapalah dia pergi diusia muda 16 tahun...Semoga rohnya dirahmati..alfatehah..




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK