click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, July 15, 2018

UsCanada2018-D3 Kamloops

Hari ke 3 11 July2018.. Jam 8.30 pagi check out homestay di Richmond... Menuju destinasi berikutnya Kamloops berjarak dalam 350km dari Vancouver. Keseluruhan perjalanan agak lancar berpandukan kepada  googlemap..

 Hasil pemerhatian harini kenderaan lori disini agak berbeza dengan tanahair.. Bas- bas juga agak kurang kelihatan di sini. Pacuan empatroda pikap bersaiz besar sangat banyak disini. Sementara kenderaan kereta lain lebihkurang sama.





Hariini berpeluang buat pertama kalinya memandu kenderaan sebelah kiri... Mulanya agak kekok tapi lama kelamaan mulai selesa.

Highway antara bandar Canada sangat baik tanpa tol.



Tiba di Kamloops pukul 1.30ptg . Check in di hotel Accadian Inn yang tidak jauh dari lebuhraya..tengahari hanya menikmati meesegera.

Makan malam menikmati biryani ayam dan ikan tikka. Makan untuk 3 orang dikenakan caj 65 CAD termasuk cukai 12peratus dan tips.. Di Kanada dan US tips seakan budaya wajib yang perlu diambik kira ketika menggunakan perkhidmatan disana seperti makan makan di restoran.. Menaiki teksi dsb. Kebiasaannya tips dalam 15-20 peratus dari harga yang dibelanjakan.

Syoknya meronda segala maklumat dihujung jari.. Tak sangka ada restoran menyediakan makanan halal dikawasan yang agak jauh dari bandar besar. Membaca senaraian internet restoran halal dan membaca menu tanpa berfikir panjang terus berkunjung ke sana.



Masjid Aeisya Kamloops

Diperkarangan restoran yang yang menyajikan makanan halal

Berlatarbelakangkan pemandangan gunung.. Ketika musim dingin pemandangan sangat indah bila gunung gunungan tersebut diliputi salji..

Sesudah makan berkunjung ke taman tepian sungai.

Olehkerana waktu magrib pukul 9.15 malam banyak waktu diluangkan untuk bersantai di taman tepi sungai...





Sekembali dari situ terus ke pasaraya Wallmart  membeli bekalan makanan untuk perjalanan keesokan hari ke Golden.. Berdasarkan carian internet ternyata bandar kecil ini sangat sukar mencari restoran halal jadi kami membeli roti saja untuk hidangan siang dan malam..

Di Kamloops kami hanya bermalam satu hari... 

Kembara US Kanada 2018 D1D2 Vancouver


Kembara 2018 datang lagi..



8hb July 2018 Ahad menghantar anak ke 4 ke Klia untuk sambung belajar di NewZealand. 9hb pula penerbangan kami ke Vancouver Kanada. Malas berulang alik kami terus saja menginap di hotel berhampiran Klia.

Penerbangan anak Ahad jam 11.30 mlm manakala kami Isnin jam 2.0ptg keesokan hari. Flight Malaysia Airline kami akan transit 2 jam di Hongkong. . Menerusi pengumuman kapten pendaratan pesawat  ke Hongkong terlewat hampir 20 min dari jadual asal. Mujur di airport terdapat petugas yang sedia menunggu dipintu keluar pesawat. Kami dibawa tergesa gesa untuk menaiki pesawat berikutnya Air Canada.. Setelah menempuh hampir 20jam penerbangan  kami tiba di Vancouver pukul 5.30ptg 9hb. Akibat dari  kelewatan tadi bagasi kami tertinggal penerbangan dan hanya diterbangkan keesokan harinya. Sangat penting untuk menyimpan stiker bagasi sewaktu check in untuk menghadapi kemungkinan seperti ini.

Anak yang belajar di Ohio Amerika  akan turut serta dalam trip ini telah sedia menunggu di airport...terus membeli simkad telefon tempatan.. Sangat mahal sekiranya menggunakan perayauan data antarabangsa.

DiVancouver kami menginap di homestay yg ditempah melaui aibnb..Menaiki teksi airport untuk kesana. Tempahan penginapan melalui Air bnb sangat sesuai untuk pengembaraan bajet.

Hari ke 2..Kembali semula ke airport untuk mengambil kereta sewa. Memandangkan kami akan melalui perjalanan jauh dikawasan pergunungan kami bersetuju dengan saranan untuk menukar kereta bersesaran tinggi ... Toyota Yaris ditukar kepada kia soul.. Mujur caj lebihkurangsama lebihkurang rm 250 sehari.









Setelah memperolehi kenderaan lengkap dengan insuran komprehensif terus ke destinasi pilihan yang diperolehi melalui internet...



1. Capilano suspension bridge

Caj yang dikenakan untuk memasuki kawasan taman agak mahal sekitar 45CAD seorang.  Pelajar mendapat diskaun 15 dollar. Caj letak kereta 6 dollar.

2. Stanley Park...
Kami tidak menyinggah disini sekadar lalu kerana untuk ke capilano bridge sememangnya akan melalui taman ini. Tiada sausana  berbeza ketara antara keduanya kerana kedua duanya adalah taman

3. Sekembali dari 2 tempat diatas terus ke downtown Vancouver.. Perut telah lapar.. Membeli kebab di Koala Kebab Downtown Vancouver. Logo halal terpampang dipintu masuk. Seterusnya berjalan jalan di kawasan tumpuan bandar... Mujur kawasan tumpuan berdekatan antara satu dengan yang lain.. Robson square.. Gastown Observation tower.



4. Chinatown



Di Vancouver etnik cina memang ramai.. Homestay kami juga dimiliki oleh etnik cina...Rupa agak berbeza dari cina ditanah air.. Membeli cenderahati disini seterusnya makan makan lagi di Tim Houstin... Menikmati donut dan kopi..

5. Grandville

Satu lagi destinasi wajib berkunjung ke Vancouver... Bersiar siar sambil membeli buahan di open market... Turut membeli fish n chip di pasar makanan laut.. Seterusnya melepak didataran tepi sungai sambil mendengar nyayian artis jalanan






Esok kami akan meninggalkan Vancouver untuk ke Kamloops.

Friday, February 23, 2018

Europe17-Sorento&Pompei Italy

Sambung semula coretan kembara.

Nampaknya mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan coretan  kembara..Pengalaman kembara yang didiarikan untuk bacaan akan datang disamping dikongsikan dengan pembaca yang bertandang ke sini...Pastinya akan menggamit kenangan..


Minggu terakhir di Napoli kami melawat sisa sisa runtuhan kota Pompei yang ranap terkambus abu gunung berapi. Kota maksiat yang menghalalkan sex bebas terutama sex sesama jenis kini menjadi mercutanda yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada orang terkemudian.


Gunung berapi Vesuvius dibelakang itulah yang memuntahkan lahar pada 79AD sehingga menutupi keseluruhan kota Pompei... Kota yang hilang ini hanya ditemui pada tahun 1748



Untuk melawat kota Pompei kami menggunakan pas harian pengangkutan awam bas dan train . Perjalanan ke Pompei mengambil masa dalam sejam lebih..

Walaupun hari biasa train sentiasa padat dengan penumpang..Keadaan train juga kelihatan agak uzur..Unsur unsur vandalisma didinding train adalah pemandangan biasa.



Memanfaatkan pas harian..kami melawat Bandar Sorento lagi...Semasa ke Amalfi melalui bandar ini juga tapi tidak berkesempatan untuk meronda. Sempat melawat kebun lemon di Sorento

Selatan Itali memang terkenal dengan buahan citrus...Terdapat outlet penjualan jenama sendiri produk citrus dihampir kesemua kebun disana.



Berbanding Napoli..Sorento lebih kemas dan bersih. 

Selesai melawat Sorento terus ke Pompei.

Memasuki kota warisan dunia unesco pompei dikenakan bayaran stebanyak €15

Keluasan kota runtuhan pompei adalah seluas 170ekar...Berpakaianlah yang sesuai jika ingin melawat keseluruhan kota..





Beginilah keadaan mangsa yang terperangkap timbusan abu gunung berapi..Mereka tidak sempat menyelamatkan diri..lebih 2000 mangsa terkambus runtuhan abu panas.

Sebagaimana kemusnahan umat terdahulu seperti kaum Ad..Kaum Tsamud dsb kerana keingkaran yang mereka lakukan ..Peristiwa di Pompei ini juga barangkali balasan tuhan sebagai peringatan untuk kaum kaum terkemudian.

Penduduk di Pompei terkenal mengamalkan sex bebas.




Ini merupakan sebahagian  bilik yang menawarkan khidmat pelacor..Didinding rumah pelacor ini  jelas terlukis imej imej erotik.

Dek kerana asyiknya manusia ketika itu berbuat maksiat dikhabarkan terdapat mangsa timbusan yang masih berposisi erotik...



Sebahagian lagi mangsa timbusan yang dipamirkan di mana mayat mayat ditemui..

Tamadun masyarakat pompei ternyata tinggi..Bayangkan pada ketika itu telah terdapat binaan stadium canggih sebegini...Upacara keramaian seperti lawan pedang..laga haiwan diadakan disini..




Melengkapkan  lawatan untuk mengetahui lebih lanjut peristiwa Pompei kami berkunjung ke Muzium Arkeologi di Napoli...Banyak catatan sejarah Pompei di tempatkan disini




Dengan berakhirnya lawatan muzium arkeologi berakhir sudah lawatan eropah...lawatan yang sangat membuka  minda ...

In sha Allah ada kesempatan dan rezeki akan datang lagi di daerah lain eropah..Masih terlalu banyak tempat eropah yang belum dikunjungi.

Tahun ini jika tiada aral akan mengembara ke Kanada dan Amerika pula..

Jumpa di lain coretan..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK