click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, July 9, 2023

Bukit Larut...Taiping

Sesudah menghantar cucu ke tadika, Selasa, kita pun  beredar meninggalkan Bagan Serai, kembali semula ke Lembah Kelang..Rabu seperti biasa akan ke kebun..sudah 2 minggu  tidak menjenguk kebun.

Menunaikan hajat dulu berkunjung ke Bukit Larut di Taiping. Bercadang untuk melepak di puncak. Dari bawah kelihatan puncak diliputi kabus..Dah terbayang suasana dingin., mesti syok menghirup kopi sambil menikmati pemandangan tanah tinggi. 

Dulu tak dapat naik kerana hari jumaat pengangkutan terhad untuk ke puncak. Pengangkutan akhir ke puncak hanya dibenarkan selewatnya jam 4 petang. Kenderaan awam tidak dibenarkan ke puncak, perlu menaiki landrover dengan tambang rm10.



Ermm...hajat tak kesampaian lagi...terdapat cerun runtuh dan laluan ditutup kepada semua trafik..

Lepas sarapan di gerai kaki bukit, kita pun baliklah..Bermain dibenak pemikiran destinasi makan tenghari pula. Singgah Ipoh awal sangat, singgah Nasi Bamboo Sg Klah,  sudah terlalu kerap ke sana..

Teringat kawan ada kongsi lokasi Anuar Rusa Steak House di Felda Gedangsa, jadi terus ke sana..sedang elok anggaran 12.30 tiba ke lokasi..

Kuasa viral tempat makan hujung dunia pun orang sanggup datang. Lokasi premis di  Felda Gedangsa..Boleh tahan jauh juga dari plaza tol Behrang.







Hari biasa pengunjung tak ramai, tapi hujung minggu padat.. gerai makan dari khemah biasa-biasa dipacak di halaman rumah...kini terdapat binaan tambahan untuk menampung pengunjung yang bertambah. Terdapat menu pelbagai tapi menu daging rusa yang menarik minat orang ramai untuk mencuba.
 


15 ekor rusa yang dibela dibelakang rumah...ini sekadar pameran/gimik..Tak cukup untuk kegunaan restoran, bekalan daging diperolehi dari luar... Dah cuba 2 menu daging rusa  salai dan daging masak cili api. Satu set hidangan rm35 termasuk air.. 

Citrasa peribadi, penulis beri rating 5/10  untuk rasa dan 3/10 untuk suasana.


Saturday, July 8, 2023

Ubi Gorbus...




Hehe ini nama baru ubi rebus goreng. Ubi Gorbus, pertama kali cuba, hasil tidak mengecewakan. Ubi putih banyak yang sudah matang di kebun tumpang, banyak pokok yang dah tumbang...mengenang spesis ini keras tak begitu sesuai untuk di goreng maupun direbus begitu saja, lemah untuk menuainya..sangat sesuai untuk  dibuat kerepek atau bingka.. Sebelum ini  pokok yang telah dituai, batasnya diganti dengan ubi merah yang lebih empok.




Harini mencuba merebus dulu ubi putih supaya lembut kemudian digaul dengan tepung goreng pisang dan digoreng semula...ternyata menjadi..Rangup diluar lembut didalam, rasa begitu enak sekali..cicah dengan sambal kicap pedas woww..menitik air mata...krup krap krup tak perasan dah memakan gorengan kali ke 2.



Mengopi panas ketika hujan dengan rakan setaman di bawah wakaf, rakan pun bersungguh menikmati ubi gorbus...Tak pernah makan banyak ini katanya.



Untuk lebih advance, ubi rebus dilenyek bersama kelapa muda dan gula secukup rasa, balut dengan tepong pisang goreng lepas tu goreng..pergh mantapp..

Kena kutip balik batang ubi yang dah dikumpulkan untuk dibakar. Mau menanam lagi  diruangan yang masih kosong...ingatkan nak ganti semua dengan ubi berkulit merah, tak jadi nampaknya..





Friday, July 7, 2023

Hentian Titiwangsa Gerik..

Sambungan...

Tak mau merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam, ambil keputusan menginap di rumah tumpangan Jeli..Huh mujur ada kekosongan

Jeli bandar terpencil, dah pusing tak jumpa di mana pusat bandar. Hilang arah apabila banyak melalui jalan kebun. Pernah sekali menginap di Jeli,  rumah tumpangan koperasi MRSM Jeli. 

Tak sanggup berpusing-pusing lagi menempuh jem yang teruk. Hari beransur malam, penginapan perlu dicari. Amat berisiko meneruskan perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam. 

Serik dah tak mendengar bisikan hati supaya berhenti bermalam ketika melepasi rintangan pertama  melalui laluan  bergunung  ketika hujan lebat semasa  meronda Pulau Sumatera dulu. Dengan andaian rintangan sudah diatasi dan jalan didepan mudah rupanya disajikan dengan ujian lebih mencabar ketika menyusuri laluan berliku  Danau Toba ketika hujan dikegelapan pekat tengah malam. . jalan teruk, bongkah batu gelongsoran cerun banyak memenuhi jalan. Tak jauh 20km dari simpang utama tapi mengambil masa lebih 4 jam bermotor untuk sampai...giler

Terfikir perkara sama jika tetap teruskan merentasi Banjaran Titiwangsa. Macam-macam boleh berlaku membelah hutan rimba ditengah malam..kot lah ada tanah runtuh, kotlah ada gajah melintas dsb

Pukul 10 pagi check out motel Jeli. Pagi Isnin  jalan lapang.


Pemandangan tanah tinggi R&R Tiriwangsa adalah superb.

Tiba di hentian Titiwangsa hampir 11.30.. ingatkan singgah untuk bersarapan, rupanya tiada satu gerai yang buka..kelihatan pekerja sedang bersiap- siap membuka gerai..mungkin semalam tutup lewat  melayan permastautin yang sangkut dalam kesesakan.

Melawat tandas saja sebelum meneruskan perjalanan..tandas berbayar ok bersih.

Berbanding kunjungan dulu, kini persektaran hentian lebih bersih...penulis beri 5/10..cuma tempat parking perlu diperbaiki, banyak berlopak mungkin tak cukup bajet. Pengalaman penulis di luar negara walaupun ceruk, caj parking tetap dikenakan namun berbaloi dengan mutu prasarana yang disediakan.




Tiba di Tasik Banding, disini pun semua gerai masih belum dibuka sepenuhnya...hanya minum air, makanan belum siap. Peniaga memaklumkan semalam tutup lewat kerana terlalu ramai permastautin singgah.

Mujur ikut gerak hati tidur di Jeli. Rumah rakit tidak menerima penginapan, ia lebih kepada sewaan keseluruhan bot. Satu-satunya resort, Tasik Banding Resort pula tiada kekosongan.
 

Bila siang  boleh memandu dengan santai, bila-bila masa boleh singgah melepaskan lelah. Kalau terlalu awal sampai Bagan Serai pun  anak cucu bukan ada di rumah...

Jadi kami merayap dulu, lalu jalan kampung, jalan ladang Felda,Felcra Risda dsb..

Tenang- tenang saja Google kan ada...


Thursday, July 6, 2023

Jeli Kelantan...

Ahad 2/7 anak- anak  pulang ke KL melalui LPT, Isnin berkerja, sesudah river cruising kami meneruskan perjalanan ke barat semenanjung melalui Lebuhraya Timur Barat Jeli/Gerik. 

Melalui jalan pesisir pantai K.Trengganu- Permaisuri-Besut mengembalikan kenangan silam berulang alik melalui jalan ini ketika anak no 4 bersekolah di MRSM Besut. Sayu dikenang semula, hari khamis telah bergerak ke pantai timur kerana disebelah sini Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu. Balik singgah di MRSM Kuantan melawat anak sulong di sana sebelum bersambung ke bawah semenanjung timur selatan Johor melalui Laluan Kuantan-Pekan-Mersing melawat anak no 5 di MRSM Mersing pula..Ketika itu Johor masih lagi cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kekadang hari Isnin baru kembali semula ke KL. Hampir 4 tahun mengulangi rutin yang sama.

Leburaya Timur Barat Jeli- Gerik pun sering melalui jalan ini kerana anak ke 2 pernah sekolah di Kuala Nerang Kedah, persediaan sebelum berangkat ke luarnegara ...Fuh anak- anak sekolah bertebaran satu Malaya . Seorang saja anak ke 3 sekolah berasrama berhampiran dengan rumah...hujung minggu boleh seludup keluar.

Disangka jalan lancar rupanya tidak,  sesudah Tanah Merah, trafik mulai padat, terpaksa bersesak bersama permastautin yang ingin kembali ke Lembah Klang. Kini ramai yang menggunakan laluan ini kerana tidak mau terperangkap di jalan Gua Musang -Lipis

Dulu mungkin boleh diistilahkan sebagai lebuhraya kerana jalan tersangat sunyi hanya sesekali bertembung dengan kenderaan, kini istilah itu tidak lagi sesuai.. jalanraya 2 lorong sudah tidak menepati ciri ciri lebuhraya.



Hasrat untuk bermalam di Tasik Banding Perak terpaksa dibatalkan. Berpandukan google map untuk melepasi Jeli terpaksa melalui jalan kebun. Tak mau merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam, ambil keputusan menginap di rumah tumpangan Jeli..Huh mujur ada kekosongan

Bersambung...









 

Wednesday, July 5, 2023

River Cruising Kuala Trengganu

Apabila feri ke Pulau Redang di pindahkan dari Jeti Shahbandar ke Jeti Tmn Tamadun Islam/TTI, barulah suasana di TTI nampak sedikit bernafas. Tanpa kehadiran pengunjung ke Pulau Redang, TTI memang sendu. Jika kehadiran pengunjung sendu bagaimana tempat itu boleh menjana pendapatan, perbelanjaan mentenen TTI bukan sedikit..tanpa mentenen, monumen-monumen yang ada akan semakin uzur lalu semakin menjauhkan pengunjung.





Sempena cuti Aidil Adha kami ber river cruising. Hari Ahad adalah hari berkerja Trengganu, jadi orang  tidak begitu ramai berbanding hari sebelumnya Sabtu.



Bawak budak kecik yang belum pun berusia 2 bulan.


Tiket dewasa ada Rm25 seorang. 





Anak anak kecil walaupun percuma, sumbangan kewangan mereka secara tidak langsung jauh lebih mahal. Semua benda dimintanya, dah congak- congak hampir rm200 juga wang terbang membeli makanan, mainan, pakaian...tak dibelikan menangis..dituruti semua kita yang menangis huaa




Mercutanda K.Trg. Jambatan Angkat/Drawbridge. Seingat penulis semasa mula- mula dibina dulu banyaklah suara sumbang mengatakan jambatan ini projek pembaziran..

Kini disebabkan jambatan inilah Teregganu mendapat kunjungan ramai setiap kali cuti umum.





Setiap pengunjung juga akan diambil gambar oleh jurugambar  sebelum menaiki feri, selesai river cruising, pengunjung diberi pilihan untuk membeli gambar. Sebagai sokongan sebaiknya pengunjung belilah...sekeping hanya Rm35.


Jom jom kita meriahkan destinasi pelancongan tempatan.

Tuesday, July 4, 2023

Pantai Ketapang ..Kuala Nerus, Trg


Trengganu banyak pantai- pantai cantik. Jika sebelum ini bersantai di pantai Batu Burok, kunjungan berikut ini di Pantai Ketapang di daerah Kuala Nerus berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pantai Tok Jembal juga tidak jauh dari sini.. suasana di sini sangat meriah dengan aktiviti sepanjang pantai...menunggang kuda, kereta kuda, bermain layang layang bermandi manda, berkhemah dll. Untuk makan-makan pun senang, banyak gerai di sepanjang pantai...makanan laut goreng celup tepung memang popular di Trengganu selain keropok lekor.

Sejak Jambatan Angkat dan jalan persisir pantai KTrg-Seberang Takir dibuka, Pantai Ketapang dan Tok Jembal turut menerima limpahan kunjungan orang ramai, jika dulu hanya Pantai Batu Burok yang menjadi tumpuan.

Bab kebersihan sepanjang pantai penulis beri 7/10. 




Kehadiran  anak-anak no 2 bersama cucu dan anak no 4  memeriahkan suasana...yang lain tak dapat bersama kerana kekangan kerja. 









 Muahh...

Monday, July 3, 2023

Qurban 2023...

Raya Aifil Adha 2023 pulang ke Kuala Trengganu meraikan sedara yang membuat majlis qurban.




 

Kita rewang-rewang...memasak bahagian peserta setelah ditolak bahagian asnaf dan jiran tetangga..












Sup tulang, gulai kari makan panas-panas fuh mantapp..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK