Trengganu banyak pantai- pantai cantik. Jika sebelum ini bersantai di pantai Batu Burok, kunjungan berikut ini di Pantai Ketapang di daerah Kuala Nerus berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pantai Tok Jembal juga tidak jauh dari sini.. suasana di sini sangat meriah dengan aktiviti sepanjang pantai...menunggang kuda, kereta kuda, bermain layang layang bermandi manda, berkhemah dll. Untuk makan-makan pun senang, banyak gerai di sepanjang pantai...makanan laut goreng celup tepung memang popular di Trengganu selain keropok lekor.
Sejak Jambatan Angkat dan jalan persisir pantai KTrg-Seberang Takir dibuka, Pantai Ketapang dan Tok Jembal turut menerima limpahan kunjungan orang ramai, jika dulu hanya Pantai Batu Burok yang menjadi tumpuan.
Bab kebersihan sepanjang pantai penulis beri 7/10.
Kehadiran anak-anak no 2 bersama cucu dan anak no 4 memeriahkan suasana...yang lain tak dapat bersama kerana kekangan kerja.
Muahh...
Menarik tempatnya.
ReplyDeleteWak pernah bermalam kat homestay di pantai ketapang sekeluarga suatu masa dahulu
Terengganu memang menarik pantainya
ReplyDelete