Rutin mingguan selang sehari akan berkujung ke lokasi riadah, supaya tidak jemu dan kekal istiqamah, sebaik mungkin akan berpindah randah lokasi.
Jika hari berkerja selalunya akan ke lokasi berhampiran yang tidak perlu bersesak di jalanraya dengan warga kerja lain..
Namun sesekali bersesak juga dengan yang lain jika telah jemu dengan lokasi sama walaupun pada hari berkerja.
Jika hujung minggu baru ini kami ke Bukit Dinding Wangsamaju KL, jom sihat Khamis kami ke Denai Alam, di Shah Alam. Elmina taman berjiran kerap juga ke sana, tapi kalini ingin mencuba lokasi baru..ada beberapa tempat lain telah dikenal pasti hasil perkongsian orangramai di Utube, berkelapangan nanti akan ke sana pula.
Walaupun kecil, terdapat peralatan bersenam disini...dan uniknya lagi terdapat pokok buahan...jarang benar terdapat pokok buahan di taman awam..
Selalunya jika ke Bukit Fraser kami akan melepak di Cafe puncak bukit yang menyajikan pemandangan tanah tinggi... haritu cafe tidak dibuka. Jadi kami melepak di kawasan mercutanda Bukit Fraser berdekatan dengan hotel d'Puncak sambil minum -minum di cafe hotel.
Sesudah berjogging bercadang ingin berziarah ke rumah rakan di Tg Malim, rupanya no telefon yang dalam simpanan, kini milik orang lain..ermm...Melencong ke Bukit Fraser lah kita.
Ketiga-tiga tempat kunjungan penulis sangat suka..cantik dan bersih..
No comments:
Post a Comment