Cadang nak beli anak pokok durian, terlewat sampai, nurseri pokok durian dah tutup...5 pokok lagi untuk mencukupkan 20 pokok durian keseluruhan di petak yang diperuntukkan. Walaupun kebun kecil pelbagai pokok lain pun nak tanam..lagi cepat di tanam lagi bagus. Ketika ini hampir 80 peratus kebun tekah ditanam dengan pelbagai pokok..Bila setiap sudut telah ditanam dengan pokok, kita akan selalu menjengok sudut itu...maka akan sering dibersihkan kawasan tersebut.
Singgah di nurseri lain beli pokok cermai, sepokok RM30. Cermai nak tanam tak banyak, maksimum 3 pokok saja dan boleh ditanam dicelah celah pokok lain..Pokok belimbing pun nak tanam, 5 pokok memadai. Walaupun buah belimbing diketahui lebih banyak yang rosak jika tidak dibalut, itu tak mengapa, bunga belimbing turut bermanfaat. Kebun perlukan pokok yang berbunga sepanjang tahun...dikebun ada satu bahagian yang dibiarkan teduh dengan pohon- pohon hutan...disitu akan dibela kelulut. Kelulut perlukan bunga- bungaan untuk madu.
Bela ayam itik rusa kambing lembu dsb perlukan perhatian lebih, lagipun kebun jauh.. takda sapa yang nak tengok perihal makan minum...melainkan ditempatkan seseorang disana.
Bela kelulut pandai-pandailah sendiri nak hidup...cuma nak kena fikirkan bagaimana log kelulut tak diceroboh musuh...Kawan yang dah bela bagitau madu kelulut sekilo Rm200+ woo...
wah mahal tu madu kelulut. Tinggi nilainya.Pokok cermai alahaiiiii buat jeruk sedapnya. Dah susah nak jumpa cermai sekarang ni. Syioknya kebun ada macam-macam pokok buahan.
ReplyDelete