Meneruskan pencarian taman rekreasi, membawa kami ke Taman Rimba Riang, Kota Damansara. Dalam kepala terbayang kawasan riadah luas bersuasanakan hutan rimba sesuai dengan nama.
Bila trek pendek terpaksalah berpusing banyak kali.. Jemu asyik menemui pemandangan sama berulang kali. Kalau kawasan luas, luaslah pemandangan..
Dipinggiran tasik terdapat Pokok Kemunting, kalau orang tak beritahu, penulis pun tak kenal, buahnya rasa seperti buah senduduk.
Terdapat juga Pokok Sentul, ketika ini banyak pokok sedang berbuah. Kalau di pantai timur kulit buah sentul di masak dijadikan sayur. Geram jer nak memanjat untuk memetik buah, mengenangkan ini taman awam dikhuatiri ramai yang meniru, maka melupakan hasrat.
Seperti biasa sehabis beriadah terus mencari tempat sarapan. Cafe Maharani, Kota Damansara memang superb. Terjumpa secara tak sengaja. Pelanggan ramai. Susunatur menarik. Hidangan sangat banyak, walaupun yang dimakan tetap sebagaimana yang kita suka, yang lain boleh menjadi halwa mata.
Boleh ulang riadah di Taman Rimba Riang, bukan sebab tempat ni best, tapi nak pergi lagi bersarapan di Cafe Maharani hehe..
No comments:
Post a Comment