click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 18, 2012

Jom Monggolia...Keretapi malam ke Huehot...

 Ok aku sambung cerita kembara Monggolia yang terhenti....

Kami bertolak ke Huehot yang berjarak lebih kurang 600km dari Beijing menaiki keretapi malam...


Seawal 7 malam kami telah berada di stesen keretapi Beijing.  Pengangkutan awam memang popular disini dinilai dari jumlah penumpang yang memenuhi ruang stesen dan paparan jadual perjalanan yang sibuk ke segenap destinasi. Bagaimanalah agaknya situasi distesen ini sewaktu olimpik dulu, sedangkan dalam hari-hari biasa pun keadaan adalah hiruk pikuk..

Stesen kelihatan moden, barangkali dinaiktaraf  semasa penganjuran olimpik dulu..namun aspek kebersihan nampaknya ada sedikit  kurang, Susah nak mendidik pelbagai lapisan masyarakat dari segenap pelusuk tempat..Tahap pemikiran dan kesedaran pastinya berbeza. Lagi tersangat leceh bila tandas tidak menyediakan air..terpaksalah membawa botol untuk melepaskan hajat...Masuk saja..perggh...! mahu putus urat nafas kerana terpaksa menengkup hidung....

 Pukul 10.10 mlm bermulalah perjalanan ke Huehot, ibunegeri Inner Monggolia.
Aku  kagum dengan keadaan keretapi disini...Coach berkeadaan bersih luar dan dalam. Bilik-bilik di gerabak kelas pertama dikongsi empat orang. Tiket untuk ke Huehot kelas pertama bernilai 200yuan bersamaan RM100, .

Tak silap, ini kali ke 3 aku menaiki keretapi jarak jauh sambil bermalam dalam gerabak...Kelebihan perjalanan sebelah malam, walaupun masa perjalanan panjang tapi tidak membosankan kerana sebaik naik katil, mata seolah tak menyabar untuk membuta..haha..penaat beb..Aku ada terbaca perihal pengembara solo negara, seorang wanita  merentasi asia bermula dari Russia sehingga ke Malaysia menaiki keretapi. .Pergh... Ini yang sedang  aku angan-angankan..alangkah syoknya mengembara sambil berbasikal disiang hari menghayati pemandangan dan sausana .., sebelah malam   cari saja  keretapi malam untuk perjalanan seterusnya..mungkin lebih menjimatkan masa dan duit kot...

 Perjalanan mengambil masa selama 8 jam..Pukul 7 pagi kami tiba di Stesen Huehot ..

Seiring dengan kepesatan pembangunan bandar-bandar  di China, Huehot juga tidak ketinggalan mengalami pembangunan yang pesat. Difahamkan hanya sepuluh tahun kebelakangan ini  bangunan melebihi tiga tingkat mula bercambah bak cendawan di sana...Bangunan dipaparkan diatas adalah stesen keretapi Huehot...


Seingat aku 20 tahun dulu, ramai yang tercengang bila diberitahu nama Malaysia..tapi kini hampir setiap ceruk tempat yang dilawati ramai yang mengenali Malaysia...dan sekarang terasa pelik sekiranya  orang tidak mengenali Malaysia....Pakcik disebelah segera menunjukkan isyarat bagus dan menerpa kami bila diberitahu kami dari Malaysia..

"Gooder..gooder.. Malaysia gooder..." he he jelas kepelatan cinanya..

Ikuti sambungan coretan ke Grassland esok..difahamkan Inner Monggolia adalah pembekal utama produk tenusu China, membekalkan lebih 60peratus keperluan seluruh China...

Saturday, November 17, 2012

Jom Monggolia-Hanya di China



Manusia dijadikan berbangsa-bangsa. Setiap bangsa itu unik. Begitu juga dengan bangunan-bangunan. Cuma apa yang aku perasaan hanya bangunan lama masih memiliki ciri-ciri setempat. Rekabentuk bangunan baru sudah tiada bezanya dengan negara-negara lain...Bentuk kotak-kotak saja...

 Kalau di Malaysia jangan dibuat begini yea..berbondong-bondong memasuki bangunan seperti ini...hanya tokong mempunyai rekabentuk sedemikian. tapi masjid bersejarah di China beginilah rupa parasnya.

Kebanyakan masjid yang kami lawati memiliki  rekabentuk seperti diatas. Dekorasi luaran dan dalaman boleh dikatakan hampir sama disemua masjid yang kami lawati.





Antara rekabentuk bangunan yang sempat aku rakamkan,,,Bangunan baru sudah hilang identiti bangsa itu sendiri. ..Fenomena seluruh dunia..


Semakin ramai pelancong sebelah sini melawat Beijing...




 Hanya di Beijing....he he..Notis yang dapat aku rakamkan disalah sebuah masjid yang kami lawati...Untuk buang air besar kot...


Tapi yang ini ..aku masih pening...ada sesapa boleh terjemah...ha ha..Notis ini ditampal di pintu  bilik-bilik kecil seolah-olah tandas buang air kecil....Boleh kencing ke tak boleh nih...?

Friday, November 16, 2012

Lagi cerita pasal 1MBW...

Biker Diraja, DYMM Sultan Johor mencemar duli melepaskan konvoi bermula dari Hotel The Zon Johor Baharu. Dikhabarkan Tuanku akan menyertai konvoi juga tahun hadapan. Mungkinkah konvoi akan menggabungkan Kembara Mahkota Johor..? Tunggu dan lihat..Aku berpendapat elok dihadkan jumlah penyertaan. Sekiranya Tuanku turut serta pastinya melibatkan kontinjen yang besar terdiri dari pegawai-pegawai istana, wakil-wakil istana negeri yang dilawati, wakil-wakil kerajaan negeri dsb. jika jumlah penyertaan bikers  tidak dikawal aku tidak dapat bayangkan betapa lamanya pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu untuk memberi laluan kepada para peserta konvoi 

Polis peneraju ini akan berada 10km dihadapan konvoi utama untuk membuka jalan...diikuti dengan polis sokongan lain dan marshal mengawal trafik dari arah bertentangan dan disimpang-simpang. Sekurang-kurang nya 5km dihadapan telah dipastikan kenderaan awam berhenti untuk memberi lalan kepada konvoi utama di jalan terlibat..Difahamkan team ini turut berpengalaman mengendalikan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi...oowhh, patut pun aku tengok mereka begitu cekap mengawal aliran trafik..

Konvoi kali ini cukup istimewa kerana disertai oleh dua OKU. Daripada dua insan istimewa itu aku berpendapat En Azhar yang bisu dan pekak paling menakjubkan aku . Aku takjub dengan kebolehan beliau berada ditengah-tengah riders normal dan dengan cekap memahami  setiap arahan konvoi dalam sausana  sunyi sepi. Beliau menonggang Versys 650, manakala seorang lagi menggunakan satu kaki palsu   menonggang kawasaki GTR1400...

Jangan terkejut walaupun cacat pendengaran sesetengah bikers pekak turut menukar ekzos standard kepada ekzos aftermarket untuk bunyi lagi mengancam..he he taktaulah bagaimana mereka menghayati bunyi mengancam itu dalam sausana sunyi sepi..barangkali gegaran ekzos sudah cukup untuk membezakan bunyi dihasilkan ekzos standard dan ekzos aftermarket. ho ho hebat-hebat..! 



 Beliau yang sudah berkahwin dengan pasangan yang turut mengalami kecacatan yang sama dikurniakan 4 orang anak normal. Berkerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat di Serendah Selangor.....lihatlah bagaimana beliau berinteraksi dengan insan lain menggunakan teknologi terkini...

 Hehe adik-adik sekolah turut berbaris menunggu peserta konvoi, setiap kali diadakan pogram setempat bersama mereka...di Melaka mereka tunggu seawal 7 pagi..konvoi tiba 3 petang..!..apa nak buat dik konvoi jalan slow...!


 Lagi lambat jika ada kemalangan atau kerosakan pada motorsikal peserta....


Paling kurang 45 minit diperlukan untu mengisi minyak para peserta seramai 400 orang lebih...Walaupun aku tidak berada di kelompok tersebut, aku dapat bayangkan keperitan mereka menanti giliran ditengah-tengah terik mentari..hu hu...Sudahlah sepanjang konvoi  dilaluan jalan persekutuan dan negeri  konvoi bergerak dengan kelajuan 60-90km/jam ..bila tiba di stesen minyak terpaksa berbaris panjang...hangin beb...

"Mana air..! mana  air...!"

"Apasal takda orang kawal trafik di stesen minyak grrr..panas nih...!"

Ha ha..Nak salahkan para seketariatlah tu...

Barisan seketariat sempat bergambar menantikan konvoi tiba...Beberapa kenalan rapat aku menyuarakan hasrat untuk berada diunit seketariat ditahun hadapan...he he semangat nampak brader...Tempat wa kosong, wa ingat malaslah nak join lagi tahun depan...!. wa  teringin menjelajah naik basikal pulak...Ahli seketariat En Shahril dua dari kanan telah memberi inspirasi pada wa...beliau pergi menyaksikan sukan Olimpik Athen Greece 2004 dengan menaiki basikal secara solo...! Pergh...itu yang sedang wa fikir-fikirkan , kalaupun tak dapat pergi sejauh dia, dapat menyeberang ke negara-negara jiran pun kira satu pencapaian..

Ramai geng berbasikal telah menjelajah dunia, takkan  mat-mat motor asyik main motor keliling taman sini saja ..Apa barang bro...! ha ha..


Monday, November 12, 2012

Konvoi 1MBW-Overview...


He he gambar wa turut terpapar didada akhbar..tiga dari kiri barisan depan....BOS Rosli Kadir kiri sekali, Ar Mastor, wa, Pak Usop (klon Johan Jaafar-jgn tak tau ramai yang terkeliru menyangkakan PakUsop adalah Johan Jaafar hatta dikalangan anggota media prima sendiri..!), Dr Ikhwan, Azman JO sm Khaidir...

6H5M keseluruhan hari terlibat dalam menjayakan konvoi 1MBW. Bermula di Johor Bahru pada 6hb Nov dan berakhir pada 11 Nov 2012 di Putrajaya. Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Rekod baru tercipta dalam Malaysian Book Of Record sebagai konvoi teramai iaitu sebanyak 438 buah motorsikal tidak termasuk kenderaan sokongan lain. Berbanding peserta konvoi lain yang mengikuti pergerakan konvoi utama,  aku berada dalam konvoi seketariat  dibahagian logistik,  bergerak berasingan dari konvoi utama memastikan pergerakan peserta  bergerak lancar semasa mengisi minyak di stesen minyak terpilih.. Oleh kerana pergerakan kami berbeza dengan konvoi utama, kami berpeluang menyaksikan sendiri bermula dari bahagian ekor sehinggalah ke bahagian kepala konvoi yang diterajui seorang anggota polis peneraju 10km dihadapan konvoi utama.

Mohon kemaafan kepada pengguna jalanraya lain kerana pergerakan anda terhalang setiap kali konvoi melalui jalan terlibat..Mengikut pengamatan aku tidak kurang 15-20km panjang konvoi utama saja..Dan mereka diarahkan berhenti  oleh anggota polis peneraju dan marshal 5-10 km dihadapan sebelum konvoi utama tiba ..Jadi dapat anda bayangkan betapa lamanya pengguna jalan raya lain terpaksa menunggu sebelum memulakan perjalanan semula...Harap-harap tiada kes kecemasan seperti wanita ingin bersalin atau kes-kes kecemasan lain  yang dihantar dengan kenderaan biasa  sepanjang tempoh menunggu tersebut...

Perjalanan terjauh adalah pada hari pertama sepanjang 540km dari JB ke Kuantan Pahang melalui Merlimau, Melaka dan Bahau Negeri Sembilan sebelum menuju Muadzam Shah di Pahang dan terus ke Kuantan. Secara keseluruhan keadaan cuaca adalah baik. Konvoi direnjis air hujan pada hari ke 4 dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dan disimbahi hujan setibanya di Ijok membawa ke Kuala Lumpur pada hari ke 5 konvoi...Secara amnya pergerakan konvoi adalah lancar hanya sedikit dicemari insiden kemalangan ahli seketeriat di Grik bilamana berlanggar dengan kenderaan awam yang tetiba keluar dari simpang dan kemalangan yang melibatkan  seorang anggota polis peneraju  di Lekir Perak. berlangar dengan lori ais yang terus menerjah walaupun diarahkan berhenti..Walaupun motorsikal anggota polis mengalami kerosakan teruk dan sedikit kerosakan pada motorsikal ahli seketariat, namun anggota polis dan ahli seketariat tidak mengalami kecederaan.

Secara peribadi aku tabik kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan konvoi sebesar ini. Walaupun terdapat sedikit rungutan dikalangan peserta tapi keseluruhannya berjaya...Aku pun nak ucapkan terimakasih kepada BOS  Rosli Abd Kadir, he he kerana mendaftarkan aku dikelompok seketariat..Walaupun terpaksa  berkerja untuk keselesaan peserta, tapi kami mempunyai keistimewaan...Lesen besar beb bergerak sana sini keluar masuk konvoi...kami tak guna protokol...ada seketika anggota polis pengiring membawa kami sehingga ke barisan vvip kerana menjaga protokol..tapi tidak bagi kami yang terus membesit meninggalkan asap kepada semua peserta   ha ha..Jumpa kami di stesen minyak ok...!

ikuti coretan lain di entry akan datang...


Sunday, November 11, 2012

GP Generali de la Comunitat Valenciana- Ho..ho..tahniah zulfahmi...

Tahniah..tahniah..tahniah..Zulfahmi! Kalau kemenangan di Sepang aku tidak menyaksikannya...hari ini alhamdulillah aku menjadi saksi. kemenangan di Sepang dulu bukan olok-olok...Sedih jugak bila membaca di ruangan forum permotoran,  ramai yang memandang sinis kononnya kemenangan di Sepang sekadar nasib..kemenangan telah diaturkan. Punyalah bangang..ini semua angkara sindrom rendah diri..seolah apa yang kita miliki semuanya tak betul, tak hebat...hanya orang lain berhak untuk menang...ish..ish.

Bermula bukan dipetak 10 di hadapan di litar Valencia, langsung tidak menggugat semangat beliau untuk menang dalam keadaan litar basah.  lagipun berlumba motor bukan macam berlumba kereta...permulaan dipetak hadapan hanya memberi sedikit kelebihan. Jika masih ingat Hafiz pelumba wildcard motogp 2 di Sepang dulu, bermula di petak ke 20, tapi nyaris-nyaris menaiki podium  bilamana menduduki tempat ke 4.

Dalam persaingan lap terakhir yang mendebarkan Zulfahmi berjaya memintas pemandu dari Afrika Selatan di selekoh akhir menuju garisan penamat  untuk menduduki tempat ke 3... ini merupakan podium kedua beliau musim ini.. Syabas, bila beliau memilih beredar segera dari podium untuk mengelak dari disembur champangne semasa pelumba lain meraikan kemenangan. Aku rasa  orang akan lebih menghormati bila kita menzahirkan pendirian kita..percayalah apa saja  orang hebat lakukan akan menjadi ikutan...

Semoga kemenangan ini akan meningkatkan lagi keyakinan beliau untuk menakluki litar-litar lain di musim hadapan...Go..go..go!!!!





Tuesday, November 6, 2012

Jom Monggolia-Lawatan kedai wajib..huh no good..!

Sementara menunggu konvoi esok pagi aku sambung cerita kembara Monggolia.

 Hari pertama di Beijing pihak agensi di China sudah mengaturkan beberapa lawatan wajib ke kedai pilihan. Sesudah lawatan ke Summer Palace terus saja kami dibawa kesana..  lecehnya setiap kedai mesti menghabiskan masa sekurang-kurangnya 40 minit dan lebih leceh harga yang ditawarkan tersangat mahal kerana kononnya harga di kawal oleh pihak kerajaan...walaupun pengunjung berhak untuk tidak membeli tapi gelagat penjual yang memujuk rayu kekadang sangat merimaskan.

Perjalanan di lebuhraya sekitar Beijing lancar pada hari ini...keadaan lebuhraya dan pemandangan kiri kanan adalah kemas dan teratur. Persekitaran yang dingin dengan suhu 4-10 deg celcius menyamankan lagi pemandangan.


  Namun jangan terpedaya dengan situasi ini kerana menghampiri pusat-pusat bandar keadaan jalan berubah menjadi tersangat sesak..Tidak hairanlah jalan-jalan dikota Beijing tersenarai sebagai antara jalan- jalan  yang tersesak di asia mengiringi Bangkok, Jakarta dsb..Turut diperhatikan kebanyakan kenderaan disana walaupun baru tapi berdebu...sayang model-model kenderaan  cantik dan terkini dibiarkan sedemikian rupa...Peluang baik untuk pengusaha cucian kenderaan untuk melebarkan sayap disana...  ha ha..



Beginilah keadaan tol di lebuhraya di Beijing...


 Pemandangan ini dirakamkan dipinggiran Beijing, peniaga berniaga buah diatas lori yang diberhentikan dipersimpangan jalan...
 Walaupun dilebuhraya utama tiada kenderaan motorsikal atau basikal dibenarkan , tetapi sausana sibuk begini adalah pemandangan biasa dibandar-bandar yang kami lalui. Kenderaan bersimpang siur dengan bunyi hon...tenn!..tennnn!

" tepi-tepi wa nak lalu .. !"  he he ..macam tulah kot dihati masing-masing...

Kekadang kita yang menengok meremang bulu tengkuk bilamana kenderaan seolah-olah akan berlanggar sesama sendiri...Walaupun lampu isyarat telah menyala merah...selamba pengguna kenderaan mencelah diantara kenderaan dari arah bertentangan...


 Hehe..Sepandai -pandai tupai melopat akhirnya jatuh ke tanah jua..secekap-sekap pemandu di Beijing, akhirnya berlanggar jua...


 Bergegak gempita lagilah sausana dengan bunyi hon bila keadaan jalan semakin sesak akibat kemalangan seperti ini...

"Tiunaseng...!"  gitulah kot mereka mencarut ha ha..


Hari ini kami dibawa ke rumah refleksologi kaki dan ubatan tradisional cina ...Seperti biasa, setelah diberi penerangan dan didatangkan tukang urut, mengurut kaki..sifu akan datang..dengan melihat tapak tangan mereka akan memberitahu penyakit-penyakit yang perlu dirawat segera...! Anda dalam bahaya..! Maka diberi formula-formula ramuan herba berserta pantang yang perlu dipatuhi...mereka meyakinkan wang akan dikembalikan sekiranya ubatan yang disyorkan tidak berkesan...ish-ish macamlah kami selalu kerap ke beijing...

Lawatan pertama dulu aku terbeli ubatan bernilai RM2800..dan kini giliran peserta lain turut terbuai dengan penerangan yang diberikan ..Mereka membeli ubatan bernilai RM 6000 lebih dan RM7000 lebih masing-masing..Pergh...! Pendek kata segala penyakit boleh diubati..masalah jerawat, keguguran rambut, jantung, hempedu, hati..sengal-sengal...kuatkan tenaga batin bla bla...testimonial mereka adalah potrait maharaja cina yang hidup hebat bersama isteri dan para gundek...! 

 Kilang sutera...ke mana kaum ibu pergi, penjual akan mengekori kerana mereka tahu kaum-kaum ibu sukakan barangan seperti ini...


dan Kilang pisau...! Disini wa turut membeli..he he..Tak mahal 360 yuen  saja atau RM180...untuk pelbagai set pisau. Yang menjadikan wa tergoda untuk membeli apabila batang besi paip tersompek berbanding mata pisau yang menghentam  batang besi itu...Belum sempat berkorban kami telah terkorban duit beb..he he...

Ikuti cerita berikutnya kami ke Huehot menaiki keretapi malam...dan menonggang kuda di grassland keesokan harinya...


Sunday, November 4, 2012

Kembara 1 Malaysia...

Kembara 1Malaysia akan bermula esok 5hb dan akan mencapai  kemuncak di Putrajaya pada 11hb Nov 2012. Dikhabarkan koata 500 peserta telah dipenuhi..Simbolik pelancaran boleh dibaca DISINI  Selangor sahaja telah menghantar wakil lebih 100 peserta, merupakan penyumbang terbesar peserta berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.. Pemeriksaan motorsikal kontinjen Selangor telah diadakan di Stesen Petronas Ijok pada Sabtu 3hb November 2012 untuk menentukan hanya motorsikal yang mematuhi spesifikasi dan undang-undang layak menyertai konvoi...


 Kekadang aku pelik, lagi ketat syarat penyertaan, rupanya lagi ramai yang berminat menyertai acara itu..

 Mungkin pembaca perasan kot, upacara persiapan konvoi ini turut mendapat liputan berita TV3 melalui Buletin 1.30 hari yang sama...

Dan yang paling menarik perhatian aku adalah penyertaan peserta OKU cacat pendengaran. Lebih 5 peserta akan menyertai konvoi itu nanti..Hebat yea tak..? bukan sebagai pembonceng tapi sebagai penonggang...!

Terfikir aku bagaimana mereka berkeupayaan melayan kerenah pengguna jalanraya lain...Hebat..hebat...!

Tak sangka... disebalik kekurangan yang mereka miliki...mereka boleh melakukannya...Yea,nampaknya kita kena luaskan dimensi pemanduan/tonggangan kita..Selepas ini sekiranya kita menekan hon tetapi ada pengguna buat taktau saja..bersangkabaiklah... mungkin OKU pendengaran kot..ha ha...

Aku mengambil kesempatan  ini.untuk mengucapkan selamat berkonvoi dan kepada anak-anak yang akan menduduki SPM Isnin ini..Selamat maju jaya...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK