Monday, November 5, 2012

Jom Monggolia-Lawatan kedai wajib..huh no good..!

Sementara menunggu konvoi esok pagi aku sambung cerita kembara Monggolia.

 Hari pertama di Beijing pihak agensi di China sudah mengaturkan beberapa lawatan wajib ke kedai pilihan. Sesudah lawatan ke Summer Palace terus saja kami dibawa kesana..  lecehnya setiap kedai mesti menghabiskan masa sekurang-kurangnya 40 minit dan lebih leceh harga yang ditawarkan tersangat mahal kerana kononnya harga di kawal oleh pihak kerajaan...walaupun pengunjung berhak untuk tidak membeli tapi gelagat penjual yang memujuk rayu kekadang sangat merimaskan.

Perjalanan di lebuhraya sekitar Beijing lancar pada hari ini...keadaan lebuhraya dan pemandangan kiri kanan adalah kemas dan teratur. Persekitaran yang dingin dengan suhu 4-10 deg celcius menyamankan lagi pemandangan.


  Namun jangan terpedaya dengan situasi ini kerana menghampiri pusat-pusat bandar keadaan jalan berubah menjadi tersangat sesak..Tidak hairanlah jalan-jalan dikota Beijing tersenarai sebagai antara jalan- jalan  yang tersesak di asia mengiringi Bangkok, Jakarta dsb..Turut diperhatikan kebanyakan kenderaan disana walaupun baru tapi berdebu...sayang model-model kenderaan  cantik dan terkini dibiarkan sedemikian rupa...Peluang baik untuk pengusaha cucian kenderaan untuk melebarkan sayap disana...  ha ha..



Beginilah keadaan tol di lebuhraya di Beijing...


 Pemandangan ini dirakamkan dipinggiran Beijing, peniaga berniaga buah diatas lori yang diberhentikan dipersimpangan jalan...
 Walaupun dilebuhraya utama tiada kenderaan motorsikal atau basikal dibenarkan , tetapi sausana sibuk begini adalah pemandangan biasa dibandar-bandar yang kami lalui. Kenderaan bersimpang siur dengan bunyi hon...tenn!..tennnn!

" tepi-tepi wa nak lalu .. !"  he he ..macam tulah kot dihati masing-masing...

Kekadang kita yang menengok meremang bulu tengkuk bilamana kenderaan seolah-olah akan berlanggar sesama sendiri...Walaupun lampu isyarat telah menyala merah...selamba pengguna kenderaan mencelah diantara kenderaan dari arah bertentangan...


 Hehe..Sepandai -pandai tupai melopat akhirnya jatuh ke tanah jua..secekap-sekap pemandu di Beijing, akhirnya berlanggar jua...


 Bergegak gempita lagilah sausana dengan bunyi hon bila keadaan jalan semakin sesak akibat kemalangan seperti ini...

"Tiunaseng...!"  gitulah kot mereka mencarut ha ha..


Hari ini kami dibawa ke rumah refleksologi kaki dan ubatan tradisional cina ...Seperti biasa, setelah diberi penerangan dan didatangkan tukang urut, mengurut kaki..sifu akan datang..dengan melihat tapak tangan mereka akan memberitahu penyakit-penyakit yang perlu dirawat segera...! Anda dalam bahaya..! Maka diberi formula-formula ramuan herba berserta pantang yang perlu dipatuhi...mereka meyakinkan wang akan dikembalikan sekiranya ubatan yang disyorkan tidak berkesan...ish-ish macamlah kami selalu kerap ke beijing...

Lawatan pertama dulu aku terbeli ubatan bernilai RM2800..dan kini giliran peserta lain turut terbuai dengan penerangan yang diberikan ..Mereka membeli ubatan bernilai RM 6000 lebih dan RM7000 lebih masing-masing..Pergh...! Pendek kata segala penyakit boleh diubati..masalah jerawat, keguguran rambut, jantung, hempedu, hati..sengal-sengal...kuatkan tenaga batin bla bla...testimonial mereka adalah potrait maharaja cina yang hidup hebat bersama isteri dan para gundek...! 

 Kilang sutera...ke mana kaum ibu pergi, penjual akan mengekori kerana mereka tahu kaum-kaum ibu sukakan barangan seperti ini...


dan Kilang pisau...! Disini wa turut membeli..he he..Tak mahal 360 yuen  saja atau RM180...untuk pelbagai set pisau. Yang menjadikan wa tergoda untuk membeli apabila batang besi paip tersompek berbanding mata pisau yang menghentam  batang besi itu...Belum sempat berkorban kami telah terkorban duit beb..he he...

Ikuti cerita berikutnya kami ke Huehot menaiki keretapi malam...dan menonggang kuda di grassland keesokan harinya...


2 comments:

  1. Kena ajak Abe Mat datang sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he betul kak mah..kawan saya memborong jaket, kasut dsb..xdalah murah sangat tapi boleh lahhh

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK