click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, November 2, 2012

Jom Monggolia--Summer Palace...


Semalam tidak bersiaran kerana ke Kuantan atas urusan kerja...perancangan asal sesudah urusan kerja ingin bertemu dengan rakan-rakan peserta ke Beijing yang tinggal di Kuantan.....Apakan daya tak kesampaian, tayar belakang motor wa pecah terlanggar serpihan objek semasa  memasuki lorong motorsikal di Plaza Tol Jalan Duta.. SOS rakan yang duduk di Nilai , sempat juga aku menghantar dokumen membonceng motorsikal beliau .. Sesudah pulang dari Kuantan baru dapat menguruskan motor yang tersadai di parkir kereta Plaza Tol Jalan Duta..Kalau  bukan rezeki kita, duit yang disayang tetap melayang jua.. terbang RM800 menukar tayar termasuk kos penghantaran trak penarik...

Aku sambung cerita Jom Monggolia yang terhenti..

Aku kurang teruja sebenarnya melawat Beijing  kerana tempat lawatan serupa saja dengan yang pertama kali dulu...Melawat Beijing bermakna melawat Summer Palace, Tembok besar, Tianamen Square, Forbidden City, Olympic Stadium, Masjid Niujie dan diselang-selikan dengan melawat kedai wajib yang harganya tersangatlah mencekik darah...inilah kekurangan melawat sesatu destinasi mengikuti agensi pelancongan..kita tidak punya suara..semua urusan lawatan diuruskan oleh mereka. 100kali melawat bermakna 100 kali melawat tempat yang sama...hu hu..

Hanya dapat menyaksikan pemandangan yang mungkin berbeza dari lawatan pertama dulu atau mungkin dulu tak perasan sepanjang perjalanan kedestinasi pilihan..

Lihat pemandangan, ragam orangramai, kenderaan dsb..Kalau di  negara pengeluar biasanya kenderaan boleh dilihat dimana-mana, sebagaimana Proton di Malaysia, Hyundai di Korea dsb tapi di China, Cherry jarang pulak kami terjumpa disana.. Kenderaan keluarga VW, GM dan  buatan Korea lebih banyak mewarnai jalanraya..Kenderaan keluaran Jepun pun sedikit kurang...


Sekiranya di sini motor kapchai popular disana basikal berkayuh atau basikal letrik tersangatlah banyak...lagipun cuaca sangat menyebelahi mereka...berbasikal ke tempat kerja pun ok.aroma hangit-hangit bau badan tidaklah sedahsyat di negara Tropika..ha ha...

Kediaman dibandar-bandar besar beginilah..serupa sarang burung merpati...


Bayangkan sekiranya kerajaan China tidak memperkenalkan polisi satu keluarga satu anak, entah berapa banyak atau  tinggi apartmen terpaksa dibina untuk menampung bilangan penduduk yang ramai...





Selalu kita dengar raja-raja dulu sangat zalim dengan mengerah rakyat membina  bina-binaan hebat untuk kepentingan peribadi seperti .. istana, tembok besar dsb tapi tanpa sedar betapa besar jasa mereka...kerana tindakan 'zalim 'mereka, kerajaan dan rakyat terkemudian beroleh manfaat. Hasil -hasil tindakan mereka menyumbang kemakmuran ekonomi negara dengan kehadiran jutaan pelancong....

 Dikhabarkan tasik disini adalah tasik buatan. Lagi jasa besar pemimpin dulu...Dimusim sejuk tasik membeku..kegitan luncur ais pula mewarnai sausana...

Mereka percaya dengan meletakkan sapi disini, kejadian banjir dapat dielakkan dari berulang...Boleh pinjam kot untuk diletakkan di KL untuk mengelakkan banjir kilat..sekarang kan tiap-tiap hari hujan...he he...

Gangnam style...? erm sekejap lagi lenyap ler tu sebagaima  poco-poco yang popular sedikit masa dulu...


 He he...sahabat aku Ali dan Mustafa (Bertopi)...Dengan rawatan herba, rambut yang jarang boleh dilebatkan..tak caya...?  tunggu...! Sifu-sifu rawatan tradisional cina mampu memberi formula herba semasa lawatan ke kilang herba yang akan aku ceritakan dalam entry akan datang...sediakan saja duit atau kad kredit...ha ha..beli jangan tak beli...





2 comments:

  1. Pergi ke China ni memang kena banyak berjalan! Semua tempat luas, panjang & besar! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha...kerana sekejap keluar masuk atau naik turun baslah saya demam...sejuk..panas..sejuk..panas...hu hu

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK