Tuesday, November 20, 2012

Jom Monggolia-Ibadah Korban

Melihat kepada jumlah binatang yang dikorbankan di masjid besar Huehot, kesedaran berkorban adalah tinggi dikalangan penduduk bandar ini...


 Destinasi korban kami bukan dimasjid ini, tetapi disebuah perkampongan yang agak jauh dari Bandar Huehot
Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam melalui jalan-jalan pinggiran bandar yang kurang elok dan berdebu...Cara pemanduan di sana sungguh mendebarkan. ditambah dengan pemanduan sebelah kiri sebagaimana di  Eropah yang sedikit asing bagi kita yang biasa memandu sebelah kanan. Penat juga kaki menolong pemandu menekan brek bila kenderaan seolah ingin bertembong dengan kenderaan dari arah bertentangan...
Tennnnn! pemandu menekan hon supaya pemandu dihadapan memberi laluan...giler...!


 Tiba diperkampongan untuk ibadah korban kali ini...




 Rombongan disambut peduduk setempat....sungguh mengujakan berjumpa saudara segama dari keturunan yang berbeza.. Dianggarkan terdapat 2000 orang islam didaerah ini...

Masjid berserta kuaters merupakan sumbangan individu disana. Kuaters didiami sepuluh keluarga..setiap keluarga mendiami sebuah bilik ...tempat memasak , tandas bilik air berkongsi sesama mereka..sungguh simple penghidupan mereka..

 Sebanyak 17 ekor kambing dikorbankan dikampong tersebut...

 Saya sebagai wakil polan bin/bte sipolan menyembelih binatang ini kerana Allah Taala...Ustaz Fadhil yang berasal dari Kedah tapi bermastautin di Kuantan. Mejadi mudir sekolah agama dan Tahfiz yang diusahakannya...

Sebenarnya wa teringin juga menyembelih , walaupun berdebar... tapi teringatkan kesah di Kemboja dulu wa tersembelih jari seorang yang memegang kepala kambing sehingga pitam.., wa  memendamkan rasa..Kalau ustaz bukak mulut menawarkan kepada wa..rasa boleh jugak..he he...

Pakcik ni sungguh cekap melapah daging...tak sampai beberapa minit telah togel kambing dikerjakan...

 Penat menyembelih, kami berehat dirumah Tuan Imam.kanan sekali..Bilik adalah rumah dan rumah adalah bilik...

 Mujur terdapat penterjemah yang mengikuti rombongan ke kampong ini. Ustaz bertazkirah dalam bahasa arab dan diterjemahkan ke bahasa cina oleh brader kiri sekali yang pernah berkerja di Arab saudi selama 7 tahun...Begitulah sebaliknya, imam tempatan berserban merah membalas dan diterjemahkan ke bahasa inggeris kepada kami...Jemaah tempatan tak ramai.. adalah dalam sepuluh orang...tak cukup korum untuk mendirikan solat jumaat..sebab itu penduduk tempatan pelik bila ustaz berkhutbah diselangi dengan duduk sebentar...selesai saja khutbah pertama pak bilal terus bangun beriqamat...


Merasai masakan sup kambing korban menurut citarasa tempatan..ok sedap...



                           

Sesungguhya menziarahi destinasi tertentu pastinya  meninggalkan pelbagai kenangan...
 Sebagaimana diceritakan dalam entry terdahulu..Inner Monggolia berkembang pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini saja..Namun kepesatan pembangunan lebih tertumpu dikawasan bandar..Kampong-kampong yang jauh dari bandar masih belum menerima sepenuhnya  arus pembangunan itu...Tiada sistem sanitari sempurna lagi dikampong ini...Mereka masih menggunakan "tandas tenggek", hehe..boleh melihat koleksi buangan  dibawah...perghh..Kalau boleh tahan..tahan bebb ..tak boleh tahan bertenggek sajalah sambil memejam mata mengharapkan bayangan lain menjelma ha ha....!

 Melihat kepada minat yang ditunjukkan oleh pemandu pelancong kami Alex, kita memohon beliau beroleh hidayah..Tuan Imam dan isteri memberikan naskah Quran berserta terjemahan kepada beliau.. Aku yakin hidayah tersangat hampir dengannya.  Sepanjang perjalanan balik, secara jujurnya beliau. mengakui tertarik dengan amalan yang dijalankan oleh orang islam..Semoga beliau turut merasai perasaan persaudaraan yang terpancar antara kami sesama islam walaupun berbeza negara, bangsa dan budaya.


Semoga Ibadah korban tahun ini memperoleh manfaat dan diterima oleh Allah SWT..Aminnnn

2 comments:

  1. Pengalaman menarik ni.. Tak tergambar dengan kata-kata..

    ReplyDelete
  2. he he..memamng tak boleh lupa en hanif...hati berdebart bila perut terasa memulas...ha ha..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK