Sunday, November 18, 2012

Jom Monggolia..Grassland...

Sambung cerita semalam...

Sesudah sarapan terus saja kami dibawa ke Grassland, padang ragut ternakan lembu bebiri dsb. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Rombongan kali ini ditemani sorang pemuda bernama  Alex., berketurunan Han. Menurut beliau etnik Han merupakan penduduk majoriti di  Inner Monggolia sebanyak 78 peratus manakala etnik Monggolia  hanya mewakili 16 peratus jumlah penduduk . Sebahagian besar etnik Monggolia berada di Outer Monggolia yang memilih untuk berkerajaan sendiri. Namun atas hak peribumi  etnik Monggolia menguasai jawatan -jawatan penting kerajaan autonomi. Dan difahamkan lagi kerajaan China membenarkan puak minoriti mempunyai 2 orang anak berbanding seorang untuk etnik majoriti.




Sebahagian bentuk mukabumi adalah bergunung ganang...Sesetengah tempat bercuaca ekstrem dimana musim sejuk suhu boleh mencecah melebihi -30 deg celcius. manakala dimusim panas suhunya teramat panas. Sebab itu etnik Monggolia di zaman Ganghes Khan, Kublai Khan mempunyai empayar yang luas serta  digeruni pihak lawan kerana ketahanan fizikal dan mental sebab sudah terbiasa dengan keadaan yang ekstrem.....Diceritakan lagi kuda-kuda Monggolia walaupun bersaiz kecil tetapi tersangat lasak dan tergolong antara spesis terbaik kuda dunia...Begitulah cerita-cerita yang kami perolehi dari pemandu pelancong kami Alex... he he..

Untuk memperingati kehebatan kerajaan Monggolia dizaman Ganghes Khan dulu, tugu  senjata berbentuk replika  tombak bercabang didirikan di Hue Hot...

Untuk mengawal kelajuan, semua kenderaan berat diminta untuk mencatatkan masa memasuki checkpoint ini dan sekali lagi mencatatkan masa, sewaktu tiba ke checkpoint berikutnya....kalau terlalu cepat akan didenda kerana kenderaan telah dibawa melebihi dari had laju...ho ho..kalu macam itu boleh saja memandu dengan laju tapi  bila menghampiri check point berikutnya boleh berehat panjang sebelum melaporkan diri semula ha ha...


Sebagaimana diceritakan semalam  Inner monggolia mengalami kepesatan pembangunan hanya 10 tahun kebelakangan ini saja, seiring dengan kepesatan pembangunan negeri lain di China...Negeri yang berkeluasan 2400KM x 1200KM, berpendudukan  sekitar 24 juta orang sahaja..tapi kaya dengan sumber asli..Inner Monggolia merupakan pengeluar utama arang batu  dan pembekal sumber elektrik utama China. 3/4 dari keluasan itu adalah grassland. jadi tidak hairanlah inner Monggolia merupakan pengeluar utama produk tenusu dan barangan kulit  China. Produk tenusu menguasai 60 peratus pasaran China..

Kami telah tiba digrassland yang dimaksudkan.

 Bangunan berbentuk kon itu adalah resort yang ditiru dari rekabentuk khemah tradisional masyarakat Monggolia. Dikhabarkan resort penuh dimusim panas dengan kehadiran pelancong dalam dan luar..

Melihat bagaimana mereka mengeksploitasi keunikan setempat, aku rasa keunikan tempat kita turut boleh  dieksploitasi untuk menarik pelancong luar..Jika Inner Monggolia digahkan dengan keluasan grassland sehingga dinobatkan sebagai pengeluar utama tenusu China..aku rasa Malaysia lagi hebat..Dengan keluasan 4 kali ganda lebih kecil dari keluasan mereka..Malaysia merupakan pengeluar utama getah dan  minyak sawit dunia...Jadi elok saja pihak-pihak seperti Felda, Felcra, Risda dsb memikirkan untuk menerokai bidang pelancongan secara serius melalui sektor yang  mereka miliki...Sebagaimana kami teruja melawat tempat mereka, menaiki kuda dsb.., aku yakin pelancong luar turut akan teruja dapat merasai kehidupan dirumah-rumah peneroka atau menaiki traktor sawit, merasai pengalaman menyuluh disubuh hari..melawat kilang sawit dsb...he he..baru gempak beb...

Menonggang kuda selama 2 jam dicaj 260 Yuan...ho ho..pertama kali naik apa salahnya...


Naik kuda dilokasi pilihan. Kuda terlatih hanya mahu mendengar isyarat tuanpunya...Yang dia faham belok kiri, belok kanan dan perlahan...puas lah mencuba supaya berlari...tak akan berjaya melainkan melalui arahan tuanpunya...


Walaupun wa berpengalaman menonggang kuda besi tapi, naik kuda betul menyiksakan ponggong ha ha...silap tak pakai alas tebal tadi...

Keluasan ladang ragut saujana mata memandang..tapi herannya tidak banyak pulak kelihatan lembu-lembu atau berbiri meragut rumput...bertaburan dipadang yang luas kot...bayangkan sausana kehijuan rumput ditekala musim panas...dan uniknya di sini langit memang sentiasa membiru,,,sebab itu biru adalah warna pilihan penduduk Monggolia...

You like blue..? oh no no...ha ha...

2 comments:

  1. Best pengalaman tu,nantilah bila ada rezeki kami akan ke sana juga.
    (motor dalam proses baik-pulih,sparepart dari Jepun belum sampai)

    ReplyDelete
  2. Pergh susahlah sparepart kena beli dari jepun..macamtu jom naik basikal saja..ajak abe mat g china berbasikal saja...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK