Tuesday, October 30, 2012

Jom Monggolia...Bermulanya kembara...

Untuk makluman Monggolia terbahagi kepada dua, Inner Monggolia dan Outer Monggolia. Inner Monggolia  adalah wilayah autonomi di China manakala Outer Monggolia telah merdeka dan memilih berkerajaan sendiri. Altantunya yang selalu dikaitkan dengan Monggolia adalah dari Outer Monggolia. Walaupun destinasi qorban kami ke Inner Monggolia adalah Hoehot, iaitu ibunegeri Inner Monggolia, tapi penerbangan kami ke sana melalui Beijing kerana tiada penerbangan terus dari KL ke  Hoehot .





Mungkin pihak penganjur mengambil kesempatan membawa peserta melawat Beijing . Destinasi qurban diluar negara biasanya ke kawasan orang islam yang agak terpencil yang berkehidupan serba kekurangan..jadi disamping berziarah, dapat juga membantu melalui aktiviti qorban atau sumbangan yang lain... Bila berziarah ke kawasan terpencil pastinya lawatan tempat menarik tersangat kurang dan sebab itu aktiviti ini dipakejkan  ke  destinasi popular lain juga. 



 Aku suka pogram sebegini 2 in 1...Melihat negara orang dapat, menjalani ibadah qurban pun dapat. Tapi kalau awal-awal dinyatakan tujuan utama adalah melawat Beijing , aku dan isteri tak pergi kot sebab kami pernah kesana pada 2009 dulu. Tarikan utama semasa melihat iklan pogram ini dulu tentunya Monggolia... Yea..yea segera terbayang dibenak fikiran...macamanalah rupa Monggolia yang selama ini hanya didengar melalui nama..itupun kerana kes Altantunya...Mati-matian ingatkan Monggolia yang kami nak pergi tu adalah negara kelahiran Altantunya, he he ramai yang mengirim salam ke ayah Altantunya . .! 


Penerbangan dari LCCT Kuala lumpur ke Beijing mengambil masa selama 6 jam.. 7 pm pesawat terbang dan tiba di Beijing jam 1 am...Tiada perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Bagus juga terus ke Beijing kerana lawatan pertama kami dulu adalah melalui lapangan terbang Tianjin dan dibawa ke Beijing dengan bas.. Kami disambut oleh pemandu pelancong Helen yang fasih berbahasa Indonesia.. 

Seperkara yang menarik di sini, kawasan tumpuan pelancong biasanya penjual-penjual boleh berbicara melayu...sebagaimana di Mekah dan Medinah..menunjukkan ramai orang-orang sebelah sini sama ada dari Malaysia, Singapura  dan Indonesia yang rajin kesana. Semasa berbicara dengan orang tempatan aku memilih untuk bercakap melayu saja kerana bercakap Inggeris pun bukan nya diorang faham...takpalah bercakap seperti ayam dan itik..

" Malaysia...? Murah..murah., tengok..tengok...!" he he...

Raya Aidil Adha pada 26hb Oktober 2012..macamana pulak banner ni boleh tertulis November 2012...Bior betull..?. 13 peserta diketuai wakil AlQuds En Helmi Ibrahim 8 dari kanan..

Esok kami akan ke summer palace dan lawatan kedai wajib...ish leceh betul...ha ha..

4 comments:

  1. Kedai wajib tu tempat sembelih ���� no good

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hj ali ambik jalan selamat..dia suda kasi kunci wallet dgn padlock besor...he he..kesian penjual tauke...! no good..

      Delete
  2. Salam Aidiladha buat Kang dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Tkasih ckg..sama-sama kepada ckg dan abe mat..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK