Sempena peperiksaan PMR dan SPM yang akan diadakan tidak lama lagi satu majlis pohon restu telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti berikut.
Tarikh 30hb Sept 2012, Ahad
Tempat: MRSM Besut Trengganu
Walaupun hari Ahad adalah hari berkerja bagi sebahagian negeri di Pantai Timur, kehadiran ibubapa agak ramai. Ibubapa, walau sesibuk mana seharusnya mengambil kesempatan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan. Pengalaman mengikuti majlis seumpama ini mendapati ramai pelajar yang menangis teresak-esak memerhatikan pelajar lain dapat bersalaman dan berpelukan dengan ibubapa masing-masing, sedangkan mereka bersendirian tanpa ditemani oleh ahli keluarga.
Dengan kesedaran inilah, walaupun jauh dan baru saja menjenguk anak di asrama 2 minggu sudah, aku gagahkan jua bermotor untuk memberi sokongan moral kepada anak yang akan menduduki PMR..
Aku tak pasti samada sekolah-sekolah selain MRSM turut menganjurkan majlis pohon restu sebegini. Selain solat hajat dan bacaan yasin sebaiknya tradisi ini turut dikongsi oleh sekolah-sekolah lain..Pelajar boleh mengambil kesempatan bermaafan dengan guru, ibubapa juga rakan-rakan sebelum menduduki peperiksaan utama..Adab menuntut ilmu, sebaiknya turut memohon keredhaan guru ilmu yang dipelajari..Mana tahu selama belajar disekolah pelajar ada melakukan kesalahan pada guru-guru atau bergaduh sesama murid atau menyinggung hati ibubapa dsb. Jadi pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang setelah bermaaf-maafan
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PMR dan SPM sekalian...
No comments:
Post a Comment