Semasa berada di Majlis Pohon Restu MRSM Besut baru-baru ini, aku bersembang dengan salah seorang bapa murid . Beliau bertolak dari Bandar Baru Bangi ke Besut menaiki kereta seawal jam 4 pagi Ahad dan tiba di sana sebelum jam 12 tghhari. bermakna tempoh perjalanan tidak melebihi 8jam. Beliau melalui laluan Karak-Bentong-K.Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Jertih.. Menurut beliau lagi cara pemanduan penuh berhemah dengan mengikuti kelajuan dibenarkan kerana tidak mahu dikenakan dengan pelbagai saman disamping berhenti rehat beberapa kali.
Aku pula bertolak pada hari Sabtu dari Rawang yang berkedudukan lebih dekat berbanding BBBangi dan memilih laluan Karak-LPT- Jabor-Ajil-K.Trg-Permaisuri-Jertih . Bila dicongak-congak tempoh perjalanan aku dan dia, tidaklah pula terlalu jauh berbeza...seolah-olah tidak setimpal dengan cara tonggangan aku yang macam ribut itu. Biasalah naik motor mana peduli dengan garisan berkembar atau hadlaju..terus saja memotong bila terdapat peluang berbuat demikian.. Aku bergerak dari rumah jam 12.30ptg dan tiba di Besut jam 6.0ptg iaitu tempoh perjalanan selama 5jam30minit bermakna hanya berbeza 2jam30minit. Walaupun aku turut berhenti rehat, tapi disepanjang lebuhraya aku bawak laju. jarum meter motor aku macam seronok berada diangka 180km/jam, . jalan lurus lah yea..
Bila fikir-fikir, berbaloikah terburu-buru mengejar masa supaya cepat sampai kedestinasi jika hasilnya tak seberapa. Perbandingan ini antara motorsikal dan kereta yang pastinya memberi kelebihan kepada penonggang motorikal..Bayangkan jika kereta dengan kereta, aku garenti perbezaan masa tidak akan begitu ketara... langsung tidak berbaloi dengan pelbagai risiko yang dihadapi. Bayangkan kerana ingin mengejar masa, pemandu terpaksa menyalakan lampu tinggi untuk meminta laluan atau melulu memotong walaupun digarisan berkembar atau memotong sebelah kiri kenderaan dsb..Pastinya pemanduan sebegitu akan kelihatan gelojoh dan kelamkabut serta akan mengundang sumpah seranah pengguna jalanraya yang lain...
Berdasarkan pengamatan aku itu, adalah lebih baik bawak kenderan secara rileks. Tak payahlah kelam kabut. Jika ingin cepat sampai ke destinasi bertolaklah lebih awal.. Rancanglah perjalanan anda. Tak akan lari gunung dikejar...Kita khuatir dalam sibuk mencipta rekod memendekkan tempoh perjalanan, menyusul pula pelbagai risiko yang membahayakan diri dan orang ramai disamping terpaksa memperuntukkan duit yang banyak untuk membayar saman...Peringatan ini untuk diri aku juga...
Ingat...! Jangan pandu/tonggang melulu..! Kita mampu mengubahnya.. .

Kelajuan nie meruntun nafsu bahh....kalau mampu mengawal nafsu, naik lah apa sahaja pasti bertertib. hehehe...Tapi ada ker rider naik superbike yg lari slow ikut had laju kebangsaan?
ReplyDeletehe he rider superbike mana ada yg bwk slow..bawak laju macama angin...slow sakit pinggang,,, hanya nak kongsi pengalaman..bwk motor 120km/jam macam bawak kereta 80km/ jam..lagi membahayakan..laju yang selamat adalah mengikutkan keselesaan penonggang,,
ReplyDelete