Monday, October 29, 2012

Jom Monggolia...1

Ingat Monggolia ingat Altantunya, ha ha...begini lah respond yang aku terima bila memberitahu rakan-rakan yang kami akan ke Monggolia sempena Eidul Adha baru-baru ini..Membuat ibadah qurban disana memang asing bagi kita orang Malaysia. Pertama kali aktiviti itu diadakan disana. Namun berdasarkan respond positif peserta dan kesungguhan penganjur, aku yakin semakin ramai yang akan turut menyertai aktiviti sebegini untuk tahun-tahun mendatang.

Permulaannya mungkin  dingin, sebagaimana  pogram sebegini mula-mula diperkenalkan  dahulu di negara-negara sebelah sini seperti di Kemboja, Indonesia, Vietnam dsb... Tapi kini dikhabarkan pihak penganjur terpaksa menolak permintaan orangramai yang semakin bertambah ke destinasi sama, dan lazimnya distinasi baru akan diperkenalkan untuk menampung limpahan permintaan itu.

Seramai 13 orang peserta menyertai pogram ini di Monggolia selama 6H5M. . bermula dari 23hb sehingga 29hb Oktober 2012. Berbanding pogram di negara-negara berjiran seperti Kemboja dan Vietnam, menurut agen Al Quds yang turut mengendalikan rancangan tersebut, pogram di Monggolia nyaris dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan. Aku pun hanya terperasan pogram tersebut melalui banner yang dipasang dipersimpangan lampu isyarat di Besut semasa melawat anak di sana baru-baru ini. Segera memberitahu rakan terdekat dan alhamdulillah berjaya mengumpulkan 8 orang peserta, melebihi kuota  7 orang minima untuk pogram tersebut diteruskan.

Banyak destinasi baru boleh dilawati kerana Airasia.. Sekalung tahniah kepada Tony Fernandez dan krew..tanpa kehebatannya, ziarah luarnegara ibarat mimpi bagi orang kebanyakan...Sangat bertepatan dengan motto Airasia- 'Now everyone can fly' . Benar kekadang harga tiket Airasia lebih mahal dari penerbangan biasa, tapi gimik yang dicetuskan berjaya mencetuskan minat orang ramai untuk berkembara...bayangkan berapa ramai memperoleh manfaat hasil aktiviti ziarah dan Qurban ini...Semoga Tony Fernandez beroleh hidayah....




Bersambung...







No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK