Monday, October 15, 2012

Jom bersahabat...

15hb Oktober 2012, Ahad
Tahlil ringkas dan penyerahan sumbangan derma ikhlas rider kepada balu Allahyarham Haiza telah diadakan dirumah beliau di Tasik Puteri, Rawang Selangor.  Rider berkumpul di gerai Nasi Lemak Tangling, KL sebelum bergerak ke Rawang. Seramai 10 peserta menghadiri majlis itu, sebahagian lagi tidak berkesempatan kerana mempunyai urusan masing-masing. Sdr Haiza meninggal dunia pada 15hb Ogos 2012 kerana barah hati.

 Aktiviti bermotosikal mengenalkan kami kepada arwah. Walaupun sebahagian dari kami, skuter Piaggio X9 sudah tinggal kenangan kerana  telah beralih selera ke motor jenis lain namun persahabatan masih dikekalkan.




 Bukan jumlah kutipan yang menjadi ukuran tapi semangat persaudaraan yang perlu dijadikan ikutan. Untungnya hidup bermasyarakat walaupun jasad sudah tiada, ingatan tetap abadi.


Sesudah majlis itu kami melawat seorang lagi rider Sdr Cili yang mendapatkan rawatan di Hospital Sg Buloh kerana mengalami kekurangan darah dalam badan akibat pendarahan di rektum...senang cakap penyakit buasir datang menjengah...semoga segera beredar dan sembuh...

Hu hu bila usia semakin meningkat , penyakit mula datang bertandang...Bagi yang masih sihat . taktaulah  penyakit apa pula yang sedang mengintai...

Teruskan bersahabat brader...!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK