Tuesday, October 9, 2012

Apa dah jadi...?

Kita merancang, mereka merancang...Pencegahan melalui pelbagai kaedah, namun  kaedah pencegahan fizikal seringkali gagal menghalang penjenayah dari terus bermaharajalela. Sebutkan kaedah apa yang tidak dicuba..pengawal keselamatan..?, cctv...?, peti besi..? bilik kebal..? kenderaan kalis peluru...? dsb ...Seringkali dipaparkan didada akhbar maupun  media elektronik perihal jenayah yang semakin berleluasa dan seolah semakin sukar dibendung.

Apa yang nak aku kongsikan disini adalah perihal kecurian yang berlaku lagi dimasjid kami...nampaknya pemasangan cctv langsung tidak mendatangkan gerun kepada penjenayah. Kejadian terbaru, bilik kawalan cctv telah dipecah masuk dan sistem dirosakkan untuk menghalang imej dari dirakamkan. Ini bukan penjenayah sembarangan...kepandaian jika tidak disertakan dengan kesihatan rohani, menjadikan manusia lebih teruk dari binatang...Percayalah penjenayah seperti ini tidak akan teragak-agak bertindak agresif termasuk membunuh bila timbul keperluan., lebih-lebih lagi jika semasa melakukan jenayah itu mereka dibawah pengaruh dadah... Mereka peduli apa...

Apa yang lebih membimbangkan kekadang remaja seawal usia menginjak belasan tahun telah terjebak dengan kegiatan sebegini.... Yea dalam kes masjid kami, suspek yang dirakamkan dan diserahkan ke pihak polis adalah remaja..Namun kekurangan bukti disamping remaja bawah umur sukar memanjangkan kes untuk mensabitkan kesalahan itu terhadapnya. . Dunia semakin tidak selamat. Percaya atau tidak kekadang masyarakat yang seolah merestui bercambahnya penjenayah. Ramai benar yang tampil membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia. Suspek hatta penjenayah yang telah disabitkan kesalahan mesti dilayan kelas pertama.....silap layanan pihak berkuasa akan disaman.

Bagi kes-kes kesalahan di sekolah berapa ramai guru sanggup mengambil tindakan terhadap pesalah kerana takut serangan balas ibubapa.  Apa akan jadi dengan remaja bermasalah seperti ini apabila telah dewasa kelak..? Dan untuk makluman, ibubapa adalah masyarakat dan masyarakat itu adalah KITA...






2 comments:

  1. Tuan, mungkin boleh pasang internet connect ke camera cctv tu, imej yang dirakam dimuat naik dan store di data center. Dengan cara ini, walaupun cctv kamera di rosakkan, imej yang telah terakam tidak dapat dicemar.

    ReplyDelete
  2. dikhabarkan sistem memang dihubungkan terus ke internet, dpat merakam gambar sebelum kejadian jer..selepas dirosakkan tak dptlah..sedangkan dengan gambar lengkap pun dikatakan x cukup bukti inikan pula gambar x lengkap...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK