click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 8, 2013

Kembara Cambodia- Angkor Wat...

11hb Feb 2013, Isnin. Hari ini InsyaAllah tertunai hajat untuk melawat Angkor Wat...tarikan utama ke Seam Reap. Mendengar cerita tidak serupa dengan mengalami sendiri. Bacaan aku di internet mengenai binaan purba itu menyemarakkan lagi keinginan aku ke sana.



Adat berada dibandar tumpuan pelancong, serba serbi mahal. Sarapan pagi kami dengan roti prata dikenakan caj 4 USD, yang kebiasaannya harga tak sampai pun 1 usd. Pemilik mengambil kesempatan dengan pelancong-pelancong  MatSalleh yg mempunyai nilai matawang besar barangkali...

 Kawasan-kawasan tumpuan pelancong akan menjadi mahal bila pengusaha perniagaan mula dikuasai warga luar...Ramai wargaluar yang memiliki perniagaan dikawasan tumpuan pelancong.. Kedai ini adalah milik rakyat malaysia..hotel penginapan kami adalah milik warga korea, dan banyak hotel-hotel dan premis makanan turut diusahakan oleh mat salleh...



Carian aku di internet menyenaraikan Angkor Wat, sebagai destinasi tarikan pelancong ditangga ke 5 dunia...!. Bayaran masuk 20USD seorang. Untuk pakej lawatan lebih sehari diberi diskaun...

 Pergh ular berkepala 7 mudah dilihat dimana-mana di Cambodia apatah lagi di wat ini..kena mempelajari sejarah untuk mengetahui  mitos ini...Ingatkan angkor wat adalah istana lama..rupanya kuil purba yang ditinggalkan.

Hah korang lihatlah dan reka cerita sendiri lah yea berdasarkan gambar yang aku tayangkan disini..he he











 Antara ukiran yang terdapat di dinding kuil...
 Gambar lucah pun ada...


Ha..haa cukup-cukuplah tu tak payah tenung lama-lama...





                            



                            




Setelah melihat dengan mata kepala sendiri..Secara peribadi , memang indah khabar dari rupa...Ternyata bangunan sekadar binaan kuil purba.. nak dikatakan binaan adalah tersangat hebat, ishh biasa-biasa saja... Kompleks bangunan tidak seluas mana... tak taulah apa yang nak ditengok...tak sampai sejam dah habis satu kompleks kitorang ronda...Kitorang melepak saja dibawah pokok sambil menunggu teman-teman lain menghabiskan lawatan...

Aku pun tak faham  dengan koleksi duit masuk setinggi 20 usd seorang, tidak digunakan untuk menaik taraf kemudahan gerai -gerai atau tempat parking yang berdebu dsb yang terdapat disana..berserabut saja aku tengok, tak berbaloi dengan nilai tiket yang dikenakan...

Sebagaimana aku nukilkan sebelum ini..menarik atau tidak lokasi lawatan itu belakang kira yang penting kita sudah pergi ke tempat itu...Lepas ini tobat tak mau pergi he he..

Diari Kembara hari ke 10 boleh lagi dibaca disini.Kembara Cambodia- Seam Reap

Thursday, March 7, 2013

Kembara Cambodia-Seam Reap

10hb Feb 2013, Ahad, Pogram harini adalah menuju Seam Reap..antara lokasi yang sangat aku tunggu untuk ke sana..Dulu 2011 bersama geng vespa klasik walaupun berjarak tidak lebih 200km dari sempadan Thailand yang kami lawati, kami tidak meneruskan perjalanan ke sini kerana tidak termasuk dalam agenda kembara ketika itu...Sejak dari itu aku sentiasa memendam rasa ...terkilan ..dah dekat tapi tak sampai...

Pogram melawat Kg Cham, jika tidak kerana  ada sahabat yang berkeras untuk kesini, akan dikeluarkan dari senarai agenda. Pergh punyalah jauh beribu kilometer kita menonggang, kekadang kita kena buat sedikit penyesuaian untuk melawat tempat-tempat tertentu...dah begitu hampir pun .. Jika tidak..., sekembalinya ke tanah air nanti akan timbul sedikit penyesalan, melopong mendengar cerita grup lain yang pernah melawat tempat dimaksudkan..Bukankah  kita turut berpeluang berbuat demikian tapi sengaja melepaskan peluang...

Menarik atau tidak tempat itu belakang kira, paling penting kita sudah pergi ...

Untuk menjimatkan masa, selalunya konvoi tidak akan menikmati sarapan sebelum memulakan perjalanan. Selepas subuh dan sedikit taklimat terus saja bergerak. Jika rider memiliki ration sendiri, boleh memakan apa yang patut untuk mengalas perut.. konvoi hanya akan berhenti  makan dimana-mana gerai sepanjang perjalanan itu...Sebelum tiba di Seam Reap kami menempuh lagi perkampungan muslim. Kubah masjid menjadi penunjuk arah kami dari kejauhan dan berhenti bertanyakan orang tempatan lokasi gerai makan muslim...Cantik...! tidak jauh dan berada ditepi jalan utama...

                            
"Saya Siti Aishah, berniaga kain di Parit Buntar, Perak...Saya berasal dari kg ini..." ujar kakak ini......

Pergh..., sedang elok lah tu untuk menjadi penterjemah kami kepada tuan gerai... Benar..., sepanjang kami di Kemboja .ramai orang tempatan kami temui berhijrah ke Malaysia untuk berniaga...

Adat orang berhijrah, kehidupan mereka lebih senang ...bahkan kekadang jauh lebih senang dari penduduk tempatan,  negara mereka bermastautin...

Teori sama kita kena guna, jika ingin senang kena berani berubah dan berhijrah...Selagi selesa dengan kepompong yang sama, selagi itu kita akan berada ditakuk lama...

Rakyat Cambodia memanfaatkan sepenuhnya kenderaan bertenaga hijau...teksi kuda...

Motor ini kaler saja hijau...hehe..tapi kuat merosakkan bumi...kuat makan/minum minyak beb.....tuan punya motor Kawa zx 1000s Sdr Ar Roslan berlindung dibawah bayangan pepohon hijau...bila congak-congak kos minyak, motor lain tak ler separah kos minyak motor ini. Lagipun tuan punya kaki besit...itu pasal laaa.

Kami berhenti sebentar ditepi tasik ini untuk mengendurkan urat-urat yang tegang...

Jangan ingat skuter 400cc ini jimat minyak ok...kalau setakat berbeza Rm 60 dengan motor aku yang bercc 1000 setelah menempuh perjalanan hampir 3000km ..apa barang Pak usop...!


Banyak kali juga kami berhenti untuk berehat, lagipun jarak perjalanan hari ini tidak melebihi 300km ..boleh ride santai...!..sambil tu merakam apa yang ada dikeliling...gambar ini adalah penumbuk padi...Sengaja diletakkan ditepi jalan untuk memudahkan sesiapa  menggunakannya dengan caj  ...haha aku agak jer..


Hahh..dah sampai Seam Reap..

Kami tunggu ditepi jalan dulu...Salah seorang dari kami pergi mencari bilik penginapan...

Puas mencari penginapan tak bertemu, jumpa pulak gerai jual makanan muslim...kita rehat dulu...!

Di Seam Reap terdapat masjid . Kami dibawa kesini oleh pemuda ini Sdr Zakaria yang menegur  sewaktu kami berlegar dibandar mencari hotel pnginapan. ..Ejen pelancongan sambilan rupanya...Mana tahu anda ingin ke Seam Reap tanpa bantuan ejen pelancongan berhubunglah dengan beliau +85512302018 ...

Makan tengah hari di restoran yang terletak diperkarangan masjid....erm jumpa kumpulan dari Malaysia yang melancong bersama pakej pelancongan...



Hujung minggu dan cuti umum...kebanyakan bilik di Seam Reap adalah penuh...Ada yang kosong tapi harga mahal 60USD... Dalam berkonvoi melibatkan ramai ahli, kita kena berkompromi...Bagi yang berduit, jumlah itu dirasakan kecil, bagaimana dengan kami yang kureng berduit ini...Masalah timbul bila bilik harga berpatutan diperolehi tetapi tidak cukup untuk menempatkan grup kami kesemuanya. Kami terpaksa berpecah...Salah seorang ahli  memilih untuk tinggal bersendirian atas alasan menyiapkan kerja . Beliau kena membawa diri, kami takda masalah untuk berkongsi sebilik 3 orang...Oklah hotel bukan berjauhan pun...Di Seam Reap kami akan bermalam selama dua malam..Kalau bukan hujung minggu, kami yakin akan ada bilik kosong dan bolehlah tinggal bersama semula


Selesai check in..keluar meronda bandar lah...impresi pertama aku sewaktu melihat bandar ini..."indah khabar dari rupa.....! '  tidak setimpal dengan gimik yang diwar-warkan terhadap Angkor Wat yang berada di sini. . Aku terbaca diinternet Angkor Wat tersenarai kedudukan ke 5 dunia lokasi menarik untuk dilawati...Argh...

 Khidmat bengkel ditepi jalan...tiub bocor..tiub bocor..

                           
Tayar Tut-tut kami tidak bocor cuma kurang angin...




Anytime, anywhere...

                            
Melawat pasar malam lagi...

Esok kami akan melawat Angkor Wat....

Diari kembara hari ke 9 boleh lagi dibaca di SINI

Tuesday, March 5, 2013

Kembara Cambodia- Kg Cham

9hb Feb 2013, Sabtu. Selesai pogram bersama penduduk setempat Kg Chanang, konvoi terus bergerak ke Kg Cham. Jarak perjalanan dalam 130km. Perancangan asal kami tidak akan ke Kg Cham sebaliknya akan terus menuju ke Seam Reap . Seorang ustaz yang bertugas di taman aku di Rawang bersungguh-sungguh menjemput kami ke kampongnya..kami penuhi hajat beliau itu. Ustaz Ismail yang belajar di Kelantan dan telah bertugas sebagai imam di masjid taman aku di Rawang selama lebih 7 bulan, terpaksa pulang dulu ke kampong kerana urusan permit kerja di Malaysia masih dalam proses kelulusan.

Sebahagian jalan dari Kg Chanang ke Kg Cham dalam proses baik pulih...jika dari Koh Kong ke Pnom Penh dulu jalan berdebu kerana bertanah merah, kini jalan berdebu kerana masih belum berturap sepenuhnya...Dalam keadaan begini jaket luar yang dipakai usah cerita kotornya...tak lupa juga periksa lubang hidung...pergh... berdebu beb...!


Stesen minyak Tela...harga  minyak tidak seragam di Cambodia sebagaimana juga di Thailand.. Ada ketika harga seliter mencecah 5700 riel..atau RM 5.70 seliter...Tidak hairanlah Pnom Penh dipenuhi dengan kapchai dan basikal...

 Dr Ar Mastor...ganteng kang..haha


Seam Reap ke kiri, Kg Cham terus...Dari Kg Cham boleh terus ke sempadan Laos/Vietnam yang hanya mengambil masa selama 3 jam shj.

 Berkonvoi di Cambodia tidak susah kerana jalan/ simpang tidak banyak, walaupun tertinggal dengan konvoi hadapan , masih boleh menjejaki mereka... Argh tiba masa nanti berjumpalah semula di stesen minyak...hehe..takpa-takpa korang jalan dulu ...


Ingat lagi pada grup Dr Hassan yang aku ceritakan dulu...Yea kami bertemu semula di Kg Cham..mereka dari Laos dan bermalam di sini dalam perjalanan ke Pnom Penh...

 Masing-masing bercerita pengalaman ..." Kami kena pau di sempadan sebelum memasuki Cambodia...",

" Ergh kami tak kena pun..."...haha antara topik hangat yang disembangkan

 Jika Thailand terkenal dengan Chao Phraya, Sg Mekong pula sangat terkenal di Vietnam, Laos dan Cambodia...Hotel penginapan kami berada di tebing sungai ini...Kapal pelancongan merentasi tiga negara sedang bermudik di jeti...penuh dengan Mat salleh...


Sg Mekong dikhabarkan akan membawa banjir besar sekitar bulan Ogos dan September setiap tahun...Banjir besar membawa rahmat kerana delta menjadi subur...Kawasan lembah Mekong adalah jelapang padi Cambodia...haha sedikit fakta yang masih diingati kerana belajar subjek Ilmu Alam dulu...Bebudak sekarang sebut Ilmu Alam mana kenal, kalau sebut  geografi pun tak kenal, mari sini pakcik luku kepala...
                            
 Pemandangan Sungai Mekong dari beranda hotel..Pertama kali ke Kg Cham dulu , kami juga menginap disini.. Bayaran tak ingat tapi sekarang 12 USD semalam..

                            
 Antara sebab bersungguh sangat Ustaz Ismail mengajak kami ke kampungnya adalah untuk membawa kumpulan kami melihat sendiri tanah yang dicadangkan untuk dibeli seterusnya diwakafkan sebagai  tapak madrasah Tahfiz yang ingin dibangunkan dikampongnya.


 AJK pembinaan bersama kariah kampung turut bersama menunjukkan lokasi cadangan...Tanah dimaksudkan bernilai 14 ribu USD...

 Terpanggil dengan keazaman mereka kami berusaha untuk mendapatkan dana sekembalinya kami ke Malaysia nanti...Dana terkumpul yang  dilancarkan baru saja mencapai 3300USD... banyak lagi diperlukan...

Proses mendapatkan dana terpaksa dibuat melalui kenalan rapat dahulu, kutipan dana orangramai masih belum boleh dilaksanakan kerana surat sokongan Mufti Kemboja, juga kebenaran mengutip derma dari majlis agama islam negeri di Malaysia  tidak diperolehi lagi. Pejabat mufti memerlukan bukti geran tanah  telah diwartakan sebagai wakaf untuk madrasah. Nak diwakafkan macamana jika urusan jual beli pun belum selesai kerana dana belum mencukupi...Pejabat mufti khuatir penyalahgunaan surat sokongan...

Mana-mana kenalan yang percaya dengan usaha murni ini boleh berhubung dengan penulis...

Esok hari kami akan ke Seam Reap...

Diari kembari hari ke 9 masih boleh di baca lagi di...Kembara Cambodia- Kg Chanang

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK