click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, February 13, 2014

Terkurang susah..Terlebih pun susah....


Setelah lama tidak menonggang hampir 4 bulan kerana ke Tanah suci diikuti dengan kecederaan bahu ketika berbasikal, kini aku aktif bermotor semula. Bermula dengan Melaka, diikuti dengan Ipoh dan hujung minggu ini akan ke Kota Bahru  bersama seorang lagi rakan atas urusan kerja.. Semasa ke Ipoh lampu amaran minyak enjin menyala. Hati resah . Menalifon rakan pomen dimaklumkan minyak enjin perlu ditambah. Ok setelah ditambah lampu amaran padam. Lega.

Untuk perjalanan berikutnya, elok saja diselenggara motor tersebut. Maklumlah motor telah lama berehat.

Mileage: 87300
Servis tukar minyak enjin, gear box , axle dan penapis minyak, Tukar brake pad belakang.
Kos rawatan RM480.

Sedang seronok menonggang, lagi lampu amaran menyala..Adooi apa pulak kali ini . Telefon rakan pomen dan rakan  yang memiliki motor serta model yang sama dimaklumkan sistem ABS perlu diperiksa...Perlu hantar ke Auto Bavaria ler nampaknya untuk periksa sistem ABS..Pergh..Harap-harap masalah kecil.
.
Terkurang maklumat susah terlebih maklumat pun susah...Susah jika tanpa amaran tetiba kenderaan meragam..Naya..!. Psiko juga bila  lampu amaran asyik menyala tentunya meresahkan tonggangan..Mula terbayang duit yang bakal terbang...huhu.

Redha sajelah dah bukan rezeki kita. 

Friday, February 7, 2014

Bila perempuan lebih hebat dari lelaki- sambungan...

Sambungan tulisan aku semalam. Ada orang bertanya jika keputusan peperiksaan tidak digunapakai, neraca bagaimana perlu diguna untuk menilai kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian. Hehe aku tidak menafikan kepentingan peperiksaan, namun jangan terlalu obses dengan keputusan peperiksaan sehingga menolak faktor-faktor luaran yang lain. Pengambilan sekarang hanya menekankan keputusan akademik semata. Sepatutnya dipertimbangan juga fitrah pelajar..

Pelajar perempuan dan lelaki secara fitrahnya berbeza. Umumnya pencapaian tahaf kematangan lebih memihak kepada pelajar perempuan dikala usia itu... Perhatikan kanak-kanak 12 tahun perempuan dan 12 tahun lelaki. erm  jelas nampak sifat keanak-anakan dikebanyakan pelajar lelaki.  Kematangan ini juga yang akan membentuk jiwa  pelajar seterusnya diterjemahkan terhadap penerimaan pembelajaran. Dan lagi sifat perempuan itu yang lebih tekun, teliti  berbanding pelajar lelaki yang mudah jemu dan tidak fokus..Peperiksaan yang ada kini lebih menjurus kepada mengingati fakta nescaya pelajar perempuan atas sifatnya lebih rajin, tekun, tidak mudah jemu dsb akan mengungguli cabaran.

Jika kemasukan ke sekolah berasaskan satu jantina yea kaedah merit boleh diguna pakai, namun  jika ke sekolah dwijantina, kelonggaran mesti diberikan terhadap pelajar lelaki atas faktor yang aku sebut diatas. Kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah berasrama tingkatan satu sebagai contoh jika anak, adik beradik atau saudara lelaki memperolehi kurang 5A ermm jangan meletakkan harapan untuk terpilih disebabkan tempat yang terhad. Dan lebih malang memang tak ramai pelajar lelaki yang mencapai keputusan itu. Ini yang kurang betulnya. Sepatutnya memiliki beberapa A sudah memadai untuk diterima masuk. Elok juga diterapkan sistem kuota...

Aku berpendapat pendedahan terhadap pelajaran itu lebih penting dan peluang ini mesti diberikan 'samarata' antara pelajar lelaki dan perempuan. Jika potensi berjaya hanya diukur dari segi pencapaian akademik nescaya yang berjaya diluarsana hanya orang yang cemerlang dalam pelajaran..Namun hakikatnya tidak semua begitu.. Yang keciciran dalam pelajaran pun ramai yang berjaya jika betul pendedahan yang diterima malah  sebahagiannya menjadi majikan kepada yang cemerlang. Tapi sistem sekarang terlalu awal menghukum pelajar sehingga menafikan potensi pelajar lelaki. Tapisan peringkat sekolah menengah  ramai pelajar lelaki yang kandas, diulangi lagi kesilapan semasa pemilihan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi...Akibatnya pusat-pusat pengajian tinggi kini dipenuhi pelajar perempuan. dan seterusnya akan memenuhi jawatan-jawatan utama di alam perkerjaan kelak. Aku berpendapat ketidak seimbangan ini sangat tidak sihat untuk masyarakat.

Ini sekadar pandangan peribadi penulis...Maaf jika tidak selari dengan pandangan anda...

Thursday, February 6, 2014

Apabila perempuan lebih hebat dari lelaki...

Sewaktu aku sembang-sembang dengan rakan, bila isu ini aku utarakan ramai yang marah dan menganggap aku berfikiran terkebelakang.. Orang perempuan terutamanya. sangat marah hehe. Terus terang aku cakap  aku khuatir orang perempuan menguasai segenap bidang dan tanda-tanda kearah itu kelihatan semakin jelas..Profession yang selama ini dimonopoli oleh lelaki kerana sifatnya yang memerlukan kelasakan kini telah mula diterokai oleh kaum hawa dan percayalah lambat laun bidang ini akan dikuasai oleh mereka juga.

Pendaftaran ke sekolah-sekolah berasrama sedang berjalan sekarang...Cuba anda perhati berapa kerat pelajar lelaki berjaya memasuki ke sekolah-sekolah tersebut. Rakan aku baru saja mendaftarkan anaknya bersekolah di bekas sekolah aku SM Sains Muar...Menurutnya  hanya 30 peratus pelajar lelaki mendaftar pada hari tersebut. Ini fenomena global. Secara umumnya pelajar perempuan sering mengatasi pelajar lelaki dalam bidang pelajaran. Jika kriteria akademik ini sahaja yang diguna pakai dalam penilaian kemasukan ke pusat-pusat penggajian maka tidak hairan pelajar lelaki akan tercicir.

Aku khuatir kerana aku punyai anak perempuan. Dan anak-anak perempuan aku nampaknya punyai potensi kerana sebahagiannya telah ke universiti dan sebahagian lagi akan menjejaki kakak/abang terdahulu. Dan aku yakin orang yang menganggap aku yang bukan- bukan juga punyai anak atau adik beradik atau saudara perempuan...Sedangkan ramai yang tidak menyedari bahwa anak-anak  perempuan kita juga memerlukan teman hidup...Kalau lelaki cemerlang dalam pelajaran seolah semakin pupus, adakah kita tidak terfikir bagaimana ingin mencarikan teman hidup anak-anak perempuan kita yang cemerlang...?

Aku sangat percaya untuk mengemudi rumahtangga, suami mesti menjadi tonggak keluarga. Bagaimana mungkin si suami boleh mengemudi keluarga sekiranya tersisip perasaan rendah diri dek kerana berkedudukan lebih rendah dari isteri...Sedangkan nabi pun berpesan supaya menjodohkan pasangan yang bersekufu..atau setidak tidaknya sama taraf atau lebih baik. Saranan itu pasti ada hikmahnya...Habis jika diperingkat awal pelajar lelaki telah tercicir, bagaimana mungkin dapat memintas perempuan di alam perkerjaan nanti. ..Walaupun mungkin ada tapi sangat rendah kebarangkalian itu.. Itu pasal ramai wanita-wanita berkerjaya tidak berkahwin lagi kerana kesukaran mencari pasangan yang sesuai.. Sebahagian besar kaum lelaki sememangnya menjauhkan diri dan lebih selesa sekiranya pasangan yang bakal dicari adalah setaraf dengannya atau lebih rendah...

Namun masih ada jalan penyelesaian... Hehe kalau aku sebut mesti ramai perempuan-perempuan marah dengan aku...

Ini adalah pandangan peribadi aku ok...anda tidak dipaksa untuk bersetuju dengan aku...

Maafkan aku sekiranya tulisan ini menyinggung anda...


Tuesday, February 4, 2014

Terbaik adalah menjadi diri kita...



Selalunya jika kita ke negara orang..apa agaknya yang selalu diabadikan dalam foto-foto kenangan...?  Katalah kita dari negara pengeluar kelapa sawit atau getah...sekiranya kita bertandang kenegara lebihkurang sama..adakah teruja bergambar berlatarbelakangkan pepohon tersebut...? Untuk kes tertentu mungkin yea, tapi umumnya kita langsung tak teruja ...sebab sudah terbiasa. Yea tidak teruja bagi kita, tapi tidak bagi pengunjung dari negara bukan beriklim  tropika atau dari negara yang tiada tanaman tersebut. Aku yakin mereka sangat teruja.


Pergh syoknya  jika memiliki resort yang boleh menawarkan pakej-pakej lawatan ke kebun-kebun, atau kilang-kilang sebegini..Biarkan saja mereka merasai gigitan nyamuk diawal suboh sewaktu menoreh dikebun, Atau aroma dari kilang getah dan kelapa sawit..Aku rasa pengalaman itu akan menjadi kenangan terindah kepada para pelawat...Bila balik kampong baru ni, melihat kedamaian dan keindahan kampung alangkah baiknya jika setiap kampong diberi nilai tambah dengan menggiatkan aktiviti homestay untuk menjana ekonomi setempat.



Kita tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk menarik pengunjung datang...Orang luar sentiasa mencari kelainan untuk dinikmati. Lihat saja foto-foto kenangan kita atau teman-teman kita, pastinya berlatarbelakang sesuatu yang unik...Tulisan, bangunan, tanaman dsb negara yang berbeza sering mendapat tempat...Aku yakin pengunjung  luar juga turut teruja mencari kelainan dari apa yang dimiliki dinegara masing-masing. Oleh itu biarlah kita menjadi kita...Orang akan lebih menghargai dengan apa yang kita miliki berbanding kalau kita cuba meniru dan menonjolkan diri menjadi orang lain...


Tuesday, January 28, 2014

Biarkan Saja Kita Berbeza...

Cuba korang bersembang dengan kaki pancing.. Kat mana syoknya seharian menunggu batang joran.. Kekadang balik dengan tangan kosong, tapi semangat untuk memancing tidak pernah pudar...Kekadang sanggup berjemur memerhatikan joran-joran sambil mulut berasap menghembus asap rokok...Bila umpan disentap, segera diterpa penuh semangat tapi sabar melayan lenggok mangsa...Tarik..hulur... tarik, tarik... hulur ..hinggalah dapat menaikkan mangsa ke darat..hehe disini kot kepuasan seorang pemancing...Barangkali hanya kaki pancing yang dapat menghayati nikmat itu ..

Semalam aku berpeluang menonggang semula motor setelah hampir sebulan lebih berehat gara-gara  kecederaan bahu  semasa bermain basikal dalam hutan. Alhamdulillah bahu aku nampaknya sudah pulih walaupun tidak seratus peratus..Perjalanan ke Melaka pergi dan balik semalam tidak mengalami sebarang masalah. Tiada kesakitan cuma sedikit sengal, barangkali otot cuba menyesuaikan diri setelah  lama berehat . Setelah sekian lama  menyimpan motor.., dapat mendengar deruman  motor sendiri membelah highway  ..pergh...! memang menusuk kalbu beb..Pulas throttle.. zuup! motor pergi.., Pulas lagi.. zuup! motor pergi...Hehe korang mesti pelik.. kat mana seronoknya...giler ker apa mat-mat motor sanggup berhujan berpanas...berhabis duit membeli motor yang hanya boleh dinaiki dua orang..Hehe ..Sebagaimana kaki pancing..hanya mat motor saja yang dapat menghayati kenikmatan menonggang motor...

Kenikmatan itu lebih dirasai bila sesekali dapat menonggang..Kalau berhari-hari menonggang kenikmatan itu tidak begitu dirasai. Kekadang terlebih menonggang menyampah pun ada.. Aku lebih suka menonggang sendirian..tiada pembonceng. Aku tension kalau ada pembonceng. Sebab aku memikirkan yang dibonceng dibelakang itu adalah aku. Orang yang kena bonceng memang kecut perut , lebih-lebih lagi tetiba yang membawak tu terlebih pulas throttle atau menyelit dicelah-celah kenderaan..fuhh terasa tegak segala rambut kepala...Mujur bini aku tak minat naik motor...Dalam berbeza ada juga faedahnya.

Cuma yang leceh bila pasangan punya minat berbeza , terpaksalah mencari kaedah lain untuk meronda-ronda  walaupun terpaksa berbelanja lebih. Bulan empat akan datang aku akan ke Australia. Apa nak buat pasangan tak minat bermotor. Naik motor aku rasa lagi jimat.. Kalau sewa motor besar mahal, cari saja kapchai.  . Menerokai tempat baru melalui jalan darat tidak sama dengan melalui jalan udara. Dibawah kita dapat merasai pengalaman baru disepanjang laluan atau persinggahan dan rasa berbaloi setiap sen yang dikeluarkan.

Kebetulan anak aku yang ke 2 belajar di Sydney..Aku bercadang ke Melbourne juga Adelaide dengan menyewa kereta, Kalau punyai masa yang mencukupi boleh terus saja ke Bribane.. Jarak perjalanan keseluruhan tak sampai pun 5 ribu km andainya membuat satu loop ke Sydney semula. Sedangkan naik motor boleh dapat 6-7 ribu km takkan naik kereta,  tak boleh...Bila meronda bersama keluarga lebih berbaloi berkereta. Anak aku yang di Mesir juga sedang bercuti dan akan pulang ke Malaysia, sedang eloklah tu dibawa melawat adiknya yang belajar disana. Tak taulah 12 hari disana berapa jauh  boleh pergi.

Tak mengapalah kita berbeza, walau kenikmatan yang dicari adalah sama...Menurut kacamata yang berbeza..















Thursday, January 23, 2014

sIKIT ITU bANYAK bANYAK iTU sIKIT...

He he pening dengan tajuk aku...Sambungan entry sebelum ini berkenaan perjumpaan bekas pelajar SMSM, SAMURA84.

 Wakil Sekolah Cikgu Razali berbaju petak memberi taklimat ringkas kepada sukarelawan..




Kami bermesyuarat di bilik mesyuarat sekolah, tak perlu terpekik terlolong meninggikan suara kerana microfon disediakan disetiap meja. Selepas sesi pengenalan diri dan ucapan penghargaan, wakil sekolah menerangkan serba sedikit pogram -pogram kecemerlangan sekolah yang telah atau sedang diatur melibatkan pelbagai pihak samada melalui Kementerian Pelajaran atau PIBG atau Persatuan bekas pelajar SAMURA atau individu-individu atau Badan-badan Korporat.. Projek terkini  pihak sekolah   atas inisiatif  Tuan Pengetua adalah pembinaan Dewan Kuliah yang boleh menempatkan lebih kurang 300 pelajar dalam satu satu masa.. Bangunan dan kelengkapan telah 80 peratus siap juga dibina melalui sumbangan orang ramai.. Baki 600 ribu lebih masih diperlukan untuk menyiapkan dewan tersebut dan pihak sekolah mengharapkan dewan boleh siap sepenuhnya sebelum Oktober tahun ini sempena meraikan Tuan Pengetua yang akan bersara wajib pada bulan tersebut.


 Taklimat projek Dewan Kuliah

 Dewan kuliah dibina atas sumbangan orangramai...

Betul, jumlah tersebut  adalah besar. Bagi orang kebanyakan seperti kita memang tak termampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.. Tapi tunggu...! Kita sering terlepas pandang kekuatan yang kecil. Satu ringgit jika dikumpulkan oleh sejuta orang boleh saja mencapai sasaran sejuta ringgit.  . Inilah yang aku maksudkan dengan tajuk di atas. ..Sikit jika dikongsi beramai-ramai yang banyak akan terasa sikit.. Melalui permuafakatan tiada nilai yang tak boleh dikumpulkan. Pendekatan inilah yang sepatutnya kita guna. Gembelingkan tenaga dan usaha mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar. Insyaallah jumlah tersebut mampu dicapai dalam waktu terdekat. Ini juga salah satu matlamat SAMURA84.  Idealnya jika 174 bekas pelajar  menghulurkan seribu seorang...sudah 174 ribu...! Mudahkan...? Jika setiap persatuan bekas pelajar berinisiatif sama, rasanya tiada masalah untuk mengumpulkan dana.

Harap-harap bekas pelajar sudi hadir juga sudi membantu. Tanpa pengorbanan pihak sekolah siapalah kita. 

Tuesday, January 21, 2014

Kalaulah masa boleh diundurkan ke belakang...




Sabtu 18hb Januari 2014, kami sukarelawan seramai 18 orang SAMURA 84 bertemu di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.  Kini Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah kami tinggalkan selama hampir 30 tahun. Tujuan pertemuan  adalah untuk membincangkan perjumpaan semula bekas pelajar batch pertama SPM  tahun 1984 yang dijadualkan pada bulan Jun 2014 ini. 


Aku yakin ramai yang begitu teruja untuk bertemu semula rakan-rakan. 30 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Jika diibaratkan anak yang baru lahir, dikala mencapai usia ini pastinya telah melalui pelbagai fasa kehidupan yang mematangkan diri. Ketahuilah bahwa bukan pelajar sahaja teruja untuk menjejakkan kaki kesana, bahkan pihak sekolah juga sangat mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pelajar, . Pihak mana yang tidak bangga jika ada bekas pelajar telah menempa nama dan mengharum nama sekolah diluar sana.

Menjejakkan kaki semula ke perkarangan sekolah setelah begitu lama ditinggalkan  mengimbau  pelbagai kenangan silam. Kehadiran kami disambut oleh wakil pihak sekolah Cikgu Razali yang kebetulan berusia lebihkurang sama umur  kami. Perkenalan singkat  tapi  mesra.  Persekitaran sekolah sungguh berbeza, Pepohon hijau mendamaikan  pemandangan.  Banyak blok-blok tambahan tersergam gagah. Aku ingat lagi dulu semasa kami mendaftar masuk, persekitaran sekolah belum siap sepenuhnya.. Jentera pembinaan masih kehulu ke hilir menyiapkan mana-mana yg tak siap. Kelengkapan pengajaran  juga serba kekurangan. Namun dalam serba kekurangan itulah para pendidik dan pelajar bertungkus lumus menempuhi alam persekolahan dan Alhamdulillah daripada 174 calon SPM, 162 pelajar memperoleh  pangkat pertama dan selebihnya pangkat ke 2.  Kira hebatlah pencapaian ketika itu. Dan menurut maklumat yang kami perolehi  hampir kesemua 174 pelajar kini menjadi  ’orang’..hehe 

Dulu nisbah pelajar lelaki dan perempuan hampir seimbang, namun kini bilangan pelajar lelaki seolah pupus . Menurut Cikgu Razali dalam sekelas 30 orang  hanya 6-7 orang saja pelajar lelaki. Patut pun 4 blok  asrama putera  kami dulu telah  ditukar menjadi  asrama puteri. . Asrama putera kini hanya tinggal dua blok sahaja. Phenomena pertukaran asrama ini berlaku dihampir kesemua sekolah berasrama .  Aku berpendapat kemasukan pelajar ke mana-mana pusat pengajian rendah atau tinggi perlu dikaji semula. Kemasukan  hanya bersandarkan keputusan peperiksaan ternyata memberi kelebihan kepada pelajar perempuan yang diketahui lebih tekun , teliti serta rajin. .Namun hakikatnya di alam perkerjaan , pekerja lelaki adalah lebih diperlukan oleh ramai majikan disebabkan fitrah wanita yang penuh keterbatasan.

Bersambung…



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK