click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 27, 2016

Kembara Umrah Bermotorsikal 2016...



Empat orang sahabat  bermotorsikal  dan seorang ‘ backpack’ ke Mekah menunaikan umrah…Dahsyat sungguh semangat kental yang ditunjukkan oleh para peserta. Bukan calang-calang orang mampu menggalas cabaran ini. 





Pelepasan konvoi disempurnakan oleh imam besar masjid Putrajaya sesudah solat Jumaat 22 Apr 2016 baru ini. Ramai bikers turut mengiringi  peserta sehingga  ke Bukit Kayu Hitam.

Konvoi akan melalui Thailand-Myanmar-Bangladesh-India-Pakistan-Iran-seterusnya Arab Saudi. Ini  merupakan route baru..Konvoi-konvoi sebelum ini  ke Mekah terpaksa merentasi China kerana terdapat kekangan perjalanan di Myanmar…Kini  terdapat kelonggaran oleh  kerajaan Myanmar.. Namun demikian peserta perlu mendapatkan khidmat agen tempatan sepanjang berada di Myanmar.. Kembara umrah dijangka mengambil masa   2 bulan untuk tiba di Mekah. Sebelum hariraya Aidilfitri peserta dijangka tiba di sana.  Perbelanjaan…?  Berdasarkan maklumat awal sekurang-kurangnya  40 ribu diperlukan seorang…Kepuasan  mengembara  jalan darat beberapa negara  sukar  di nilai dengan wang ringgit…Semoga para sahabat selamat sampai ke destinasi dan memperoleh umrah mabrur..aminn..


Orang lain sudah..Kita bila lagi…?

Tuesday, April 26, 2016

Jom Berkebun- Janda Baik



Berpeluang berkunjung ke nurseri menanam pokok tin di Janda Baik...Barangkali kerana pokok tin masih baru di Malaysia, ramai yang berminat menanam..Di nurseri ini pokok-pokok tin dijual kepada orang ramai. Harga masih mahal. Mengikut spesis pokok yang dibeli.. harga beberapa batang pokok mencecah ribu ribuan juga... Pembeli diberi pilihan samada membawa balik terus pokok yang dibeli atau ditinggalkan di nurseri ini untuk penjagaan selanjutnya oleh pihak nurseri. Difahamkan bayaran RM20-RM30 sebulan dikenakan untuk setiap pokok  yang dijaga disini. Pembeli hanya sesekali melawat pokok dan memetik buah-buah yang ranum jika ada.




Bukan pokok tin saja dijual dinurseri ini..Pelbagai pokok bunga exotik turut ditanam..Antaranya pokok janggut jin...



Yang ini bukan pokok exotik..bunga teratai...sedap juga menjamah biji muda...




Semangat datang berkobar-kobar setelah melawat nurseri...Supaya pokok-pokok subur..Ingin membuat baja organik sendiri...Dengan membuat sedikit rujukan di internet cara- cara membuat baja organik...Tak salah mencuba...menjadi ok .. tak menjadi pun tak mengapa...Kebetulan pokok jambu air sedang galak berbuah...Jambu air rosak begitu banyak ..Daun kering juga banyak...Sisa makanan domestik pun boleh dimanfaatkan...




Di lubang ini  sisa makanan domestik , buahan dan daun daun kering ditanam secara berlapis dengan meletakkan tanah disetiap lapisan...dan dibiarkan mereput secara semula jadi..Senang saja..

Sekarang di halaman  rumah  terdapat sebatang pokok tin sedang berbuah yang ditanam melalui keratan batang. Anak membawa benih sekembali dari pengajian dari Mesir dulu. .Rasanya boleh dikembang biak jika pokok membesar dan kekal sihat...



Ini pula koleksi terbaru... Mahal beb sepokok RM80 Hinggit..



2 spesis ini boleh dijadikan induk...Mana tahu  menjadi nanti... boleh lah diberikan kepada mereka yang berminat dengan sedikit bayaran...Upah menanam hehe..

Amacam...Jomlah berkebun...

Thursday, March 17, 2016

Jom Belon..Putrajaya..

Tarikh 16 Mac 2016
Lokasi  Dataran Wawasan Putrajaya

Hari ini dua orang anak menghadiri  sesi temuduga  kerja..Si sulung yang menamatkan pengajian kedoktoran dari Alexandria Mesir., menghadiri  temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Malaysia ..Putrajaya. Jika berjaya akan diserapkan sebagai penjawat awam doctor pelatih.. Di mana bakal berkhidmat masih menunggu tawaran selanjutnya.

Manakala  yang ke 2 berbekalkan ijazah sarjana muda kimia dari UNSW Australia hadir untuk temuduga jurutera muda di syarikat perunding  di Kuala Lumpur yang  terlibat dengan  industry  Gas dan Minyak .   Sedia maklum industri  ini paling terjejas teruk akibat penurunan harga komuditi minyak mentah dunia  Dalam keadaan ekonomi tidak menentu  ini  mendapat tawaran temuduga  dianggap  pencapaian…Berdasarkan maklumbalas awal  In  sha Allah kedua-duanya bakal  mendapat tempat.

Sementara mereka menghadiri  sesi  temuduga tersebut  si bapa  menaiki belon menikmati pemandangan Putrajaya dari udara.  Saksikan pemandangan Putrajaya yang diambil pada ketinggian 100m di udara



.




Apalagi..sempena cuti sekolah ini bawalah ahli keluarga menaiki belon…

Tuesday, February 23, 2016

Konvoi Amal Patani 2016

Tarikh 18-21 Feb 2016

Pogram dwi tahunan anjuran Unisza..Kuala Trengganu. Jumlah peserta bermotorsikal pelbagai model dan jenama 80 -100 buah. Jumlah keseluruhan peserta termasuk pelajar dan pensyarah-Hampir 200
orang...Pihak Unisza dan Universiti Fatoni  membuat MOU ..Pelajar perubatan unisza dan Tesl akan mengadakan beberapa  pogram bersama pelajar Universiti Fatoni dan penduduk setempat sepanjang pogram ini. Kami mat motor sekadar mengiringi dan  memeriahkan majlis sambil melawat lagi selatan Thai...






Batu Rakit ditandai dengan pancang...
Di Kuala Trengganu bermalam di homestay..Bayaran ok 300satu malam..Rumah luas lagi selesa. Sementara menunggu pogram dimulakan Jumaat..sebahagian rider bersantai ditepi Pantai Batu Rakit menikmati keropok lekor sambil menghirup udara segar pantai..Kampung Batu Rakit dinamakan sempena sebuah batu yang kekal timbul di pantai ketika air pasang. Pendek cerita walaupun pasang besar sehingga menenggelamkan sebahagian pantai., batu akan tetap kelihatan timbul..Pening juga memikirkan fenomena ini




Konvoi dilepaskan jam 8 pagi terus menuju ke sempadan Golok...Jumaat, cuti umum ramai yang berurusan di imegresen. Ditambah dengan  kumpulan  besar secara serentak berurusan di kaunter. Kaunter pula tidak banyak dibuka...Terpaksa menunggu...Membawa masuk kenderaan ke negara lain sedikit leceh. Semakin leceh bila tidak membawa geran kenderaan asal..Rasanya dulu tiada peraturan ini...Terpaksa mendapatkan pengesahan pejabat JPJ.. Sekitar jam 1.00 tengahari urusan imegresen dan kastam selesai...



Bab makan di selatan Thai memang 'marvelous'....Memang sedap...Ikut pengalaman terdahulu.. semakin jauh  bergerak ke utara kesedapan makanan mula hambar...



Bermalam di Hotel Patanni..Urusan penginapan  diuruskan oleh penganjur. Makan minum tidaklah mahal..Setiap peserta dibekalkan baju seragam..Berbaloi  yuran penyertaan RM120 .

Pelajar dan staf universiti mempunyai pogram berasingan..
Mat motor melawat perkampungan sambil membersih kawasan kubur...Kami diberi penghormatan menanam pokok bunga di kawasan masjid...





Pogram mat motor tak seberapa...Pogram meraikan yang terlebih meriah...Seekor lembu tumbang untuk meraikan tetamu...Lembu disumbangkan oleh salah seorang peserta konvoi...

Majlis selesai dalam pukul 3 petang Sabtu..Terus bergerak ke Betong pekan bersempadanan dengan Pengkalan Hulu..di Perak.




Kembali ke Tanahair...3H2M Jarak perjalanan Rwg -KT 456km
KT- Sg Golok 230km
SG Golok -Pattani 153KM
Pattani-Betong 176km
Betong-Rawang-356km
Total; 1371km
Perbelanjaan tak melebihi RM700...Sangat berbaloi...

Secara peribadi setelah melawat Siam beberapa kali terasa kelainan antara sausana di sana dan tanahair...Melawat  Siam  ibarat memasuki rumah yang di tinggal lama..Terasa suram...Kelihatan berseri ketika menyeberangi sempadan tanahair..Nak dikatakan mundur infrastruktur disana rasanya lebih hebat...Betul lah tu tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dilahirkan..hehe

Sehingga bertemu lagi dilain konvoi...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK