Empat orang sahabat bermotorsikal dan seorang ‘ backpack’ ke Mekah menunaikan umrah…Dahsyat sungguh semangat kental yang ditunjukkan oleh para peserta. Bukan calang-calang orang mampu menggalas cabaran ini.
Pelepasan konvoi disempurnakan
oleh imam besar masjid Putrajaya sesudah solat Jumaat 22 Apr 2016 baru ini. Ramai bikers
turut mengiringi peserta sehingga ke Bukit Kayu Hitam.
Konvoi akan melalui
Thailand-Myanmar-Bangladesh-India-Pakistan-Iran-seterusnya Arab Saudi. Ini merupakan route baru..Konvoi-konvoi sebelum
ini ke Mekah terpaksa merentasi China
kerana terdapat kekangan perjalanan di Myanmar…Kini terdapat kelonggaran oleh kerajaan Myanmar.. Namun demikian peserta
perlu mendapatkan khidmat agen tempatan sepanjang berada di Myanmar.. Kembara
umrah dijangka mengambil masa 2 bulan
untuk tiba di Mekah. Sebelum hariraya Aidilfitri peserta dijangka tiba di sana.
Perbelanjaan…? Berdasarkan maklumat awal
sekurang-kurangnya 40 ribu diperlukan
seorang…Kepuasan mengembara jalan darat beberapa negara sukar
di nilai dengan wang ringgit…Semoga para sahabat selamat sampai ke
destinasi dan memperoleh umrah mabrur..aminn..
Orang lain sudah..Kita bila lagi…?
No comments:
Post a Comment