click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 14, 2013

Pecah Rumah lagi...!

Kejadian pecahrumah di taman kami nampaknya semakin menjadi-jadi. Boleh dikatakan saban malam akan ada saja berita kejadian pecah rumah. Kejadian terhadap kenalan rapat  saja  melibatkan 4 buah rumah dalam tempoh tak sampai 2 minggu. Kalau dikira kejadian yang diluar pengetahuan kami mungkin bilangan terlibat berlipat kali ganda banyaknya.

Penjenayah tidak mengenal mangsa dan lokasi...kawasan lengkap berpengawal tidak terkecuali bahkan kekadang kekerapan kejadian lebih tinggi berbanding taman tanpa pengawal. Mungkin penjenayah mengambil kesempatan diatas kealpaan  penghuni yang  beranggapan  kawasan perumahan mereka benar-benar selamat kerana terdapat rondaan pengawal. Walhal penjenayah telah membuat perancangan bila akan bertindak.

Dalam kejadian terbaru  pada 1 syawal melibatkan kenalan rapat yang hanya berselang beberapa buah rumah dari rumah kami. Pencuri memasuki rumah dengan mengumpil tingkap tingkat atas  dan melepaskan diri melalui pintu utama, menggunakan kunci pendua yang digantung ditempat kunci. Yang peliknya pencuri hanya berminat dengan barangan kemas dan wang tunai. Habis satu rumah dan kesemua kereta  digeledah. Baiknya sesudah mengeledah kenderaan, kunci ditinggalkan didalam kereta..Hanya satu kenderaan dilarikan  namun ditemui semula di taman berhampiran . Dalam dua kejadian sebelum ini dikejiranan yang sama, kehilangan barang berharga yang hampir serupa dilaporkan. Mungkin melibatkan geng yang sama.

Dalam kejadian berasingan melibat geng samun kenderaan. Vellfire baru sahabat aku yang diletakkan berhampiran pondok jaga menjadi mangsa. Ini kali kedua beliau kehilangan kenderaan. Berbeza dengan sahabat ini yang  agak terkilan kerana kehilangan kenderaan buat kali kedua..., sahabat aku dalam kejadian terbaru yang kenderaannya dijumpai juga terkilan kerana beliau mengharapkan kenderaan itu terus tidak ditemui supaya boleh menuntut ganti rugi dari pihak insuran..haha...Teringin berkereta baru katanya...

Taktaulah... nasib orang sudah diketahui, nasib kita belum lagi..Sekiranya  mereka boleh menjadi mangsa, kebarangkalian  kita terkena mungkin ada.. Kepada Allah kami berserah...Semoga kami terselamat Aminn..






2 comments:

  1. As-salam
    ronda2 rumah..semakin menjadi ,nak pulak musim2 raya

    ReplyDelete
  2. kecurian pula dilakukan tak kira siang atau malam dan kekadang secara terangan...mlm td sahabat bercerita kabel tnb beliau selamba dilarikan pencuri menggunakan kren dan lori diwaktu siang..ingatkan wakil kontraktor dilantik menjalankan tugas, rupanya penyangak ...!

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK