click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, January 8, 2014

Bila Penjenayah Semakin Berani...

Bunuh..! Bunuh..! Bunuh..! Begitu zalimnya manusia dan begitu murahnya nyawa sekarang. Ngeri membaca dan mendengar berita pembunuhan saban hari . Ditambah dengan wujudnya media-media sosial, berita berita kekejaman berserta paparan gambar tanpa tapis sangat mudah diterima. Bunuh melalui tembak jarak dekat seolah sudah menjadi berita lazim yang kini tidak lagi dipaparkan di mukahadapan akhbar dek kerana selalu sangat berlakunya kes-kes sedemikian.. Sekarang tak cukup dengan pistol, berita mutaakhir penjenayah sudah mula menggunakan rifel.  Pembunuhan menggunakan senjata tajam pula bukan sekadar bunuh melalui tikaman malahan lebih kejam dengan menyembelih mangsa. Langsung tiada belas kasihan terhadap mangsa.

Kita nak salahkan siapa..? Polis..? Polis beralasan kekurangan anggota untuk memberi khidmat dengan berkesan. Di taman tempat kami tinggal dengan jumlah penduduk melebihi 30000 orang hanya memiliki pondok polis dengan kekuatan anggota 8 orang. Tak taulah bagaimana mereka membahagikan tugas meronda siang atau malam, menyiasat, menerima laporan dsb. Tidak hairanlah kegiatan pecah rumah semakin menjadi-jadi. Aku percaya kawasan perumahan lain juga tidak terkecuali.. Wujudnya kawasan perumahan berpagar berserta pengawal seolah tidak mencegah kegiatan samun dari terus berlaku.. Di kejiranan taman kami yang lengkap berpengawal, ber cctv, kenderaan dengan mudah juga dicuri , rumah mudah juga diceroboh masuk.

Sudahlah kekurangan anggota, bebanan pihak polis dan pihak pendakwaan sekarang pula  semakin bertambah bila ISA dimansuhkan. Tak silap aku dulu sesiapa memiliki senjata api tanpa lesen boleh saja ditahan tanpa bicara. Kini terpaksa melengkapkan siasatan, sebelum boleh mendakwa. Walaupun secara terangan penjenayah itu memiliki senjata dan diketahui umum melakukan jenayah tetapi proses mahkamah memungkinkan penjenayah dibebaskan atas alasan teknikal. Sebab tu aku pelik, bila pemerintah setuju akta pencegahan itu dimansuhkan dulu atas alasan hak asasi manusia. Benar akan berlaku penyalahgunaan kuasa, tapi manfaat pencegahan yang lebih besar kini telah terhapus. Hak asasi rakyat majoriti untuk hidup aman telah dinafikan. Mentaliti pembangkang mana pernah bersetuju dengan pihak lawan. Lawan tetap buruk dimata masing-masing. Bangkang tetap bangkang.. Kekadang bangkangan lebih terarah kepada mempertahankan  keegoan berbeza ideologi walhal sesuatu perkara itu sepatutnya boleh disepakati. Sekarang pihak yang mendesak supaya akta ISA dihapuskan dulu.. turut membantai polis dan pemerintah bila index jenayah meningkat...Padahal mereka juga antara penyebab kenapa penjenayah semakin berani dan ganas. Perkataan perli seperti ' Syukur negara masih aman'  sering juga dimainkan oleh penyokong Hapuskan  ISA .

Entahlah ..Aku pun semakin keliru dengan puak puak ini...








7 comments:

  1. Bro, lu punya pemikiran macam orang kampung la bro. Tak macam orang sekolah tinggi. Cuba lu fikir, jenayah banyak sebab apa....sebab inflasi meningkat, orang tak der kerja, kalau kerja, gaji tak cukup dan sebagainya. Pendatang jugak menyebabkan jenayah bertambah. Polisi kerajaan yang lu sokong membawa masuk orang asing untuk bekerja menyebabkan orang asing ni berlambak di malaysia. Abang gua kerja kilang bagitau, kilang yang dia kerja tu, kalau orang tempatan apply kerja - disuruh isi borang apply kerja dan disuruh balik dan tunggu panggilan temuduga.....temuduga tidak dipanggil, borang tadi kilang dia akan bawa ke pejabat buruh buat laporan yang orang tempatan tak nak bekerja......dan borang yang diisi adalah bukti. Dengan itu, diorang akan ambil pekerja asing.....so, bila orang kita tak der keja, terdesak, dia orang akan buat jenayah....

    Satu lagi pasal ISA, dalam Islam tak ada tahanan tanpa bicara bro.....sebab Islam itu adil......so salahkan kalau pembangkang nak menegakkan suruhan Islam.......

    Pokoknya, kerajaan yang lu sokong, banyak sangat rasuah, tak comptetence.....tu yang menyebabkan negara kita tidak aman....kalau tak pandai menari, jangan kata pentas tak rata.....

    Lu pikir sendiri bro....kalau malaysia ni melaksanakan undang-undang Islam, gerenti jenayah akan berkurang.....tapi lu tak yakin dengan undang-undang Islam....walaupun lu dah 2 x pergi haji....

    ReplyDelete
  2. lu berani tulis tp tak berani tulis nama..setidaknya wa bertanggung jawab terhadap apa yang wa tulis bro...wa pun bkn suka sgt dengan pemerintah sediada tp kalu dpt kat pembangkang lg jahanam bro..mrk ni tau cakap saja..bila kena btg hidung sendiri tau plak keluarkan pelbagai alasan..walaupun alasan itu dulunya dia kutok kaw kaw...

    ReplyDelete
  3. common lah bro ..mencuri demi desakan hidup apake bendenya kalau menyamun guna pistol..ini professionlah bro ...typical org sebelah sana dia suka menidakkan cara org lain berfikir..mau quick kill.. serang peribadi...

    ReplyDelete
  4. Aku menulis antara penyebab kenaikan kadar jenayah yang semakin kejam adalah disebabkan pemansuhan ISA...dan aku tidak menafikan apa yg lu tulis pasal desakan hidup...mungkin antara penyumbang juga...

    ReplyDelete
  5. Cara kerajaan selangor menangani isu rampasan bible pun wa dh menyampah bro, mcmana wa nk percaya retorik lu kalu pembangkang dpt perintah Malaysia...

    ReplyDelete
  6. tapi cara org sebelah sana punya berfikir lg pelik...dum dam dum dam..last sekali mesti nama rosmah naik...untung si rosmah dpt pahala free.haha

    ReplyDelete
  7. Bukalah minda....guna akal untuk berfikir....cuba dapatkan fakta...jangan asyik nak bac utusan dan tonton tv3 saja.......

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK