click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, September 14, 2015

Jom Port Dickson dan Pantai Remis...

13 Sept 2015

Aktiviti sarapan pagi bersama geng motor di Pantai Port Dickson. Seperti biasa dihujung minggu jika ke utara R n R Rawang menjadi tumpuan.. Jika ke Timur BHP  sesudah Tol Gombak. Ke selatan Shell sesudah Tol Sg Besi. Waktu ini ramailah mat motor berkumpul dari sekecil kecil motor sehinggalah sebesar besar motor. Kelab kenderaan lain pun ramai...Tujuannya sama..bertemu rakan rakan sambil menuju ke sesatu destinasi.. Biasanya untuk makan-makan.

 

Barisan Mat motor tua...Jangan tak tahu peserta digambar  kanan berusia 58 tahun...


Kepada bukan kaki motor mesti pelik kenapa harus ke destinasi beratus kilometer semata-mata untuk makan-makan..Hehe mereka nak panaskan enjin...Sebahagian  motor hanya terperap digaraj dihari-hari biasa atas pelbagai alasan... Sekarang ni musim jerebu, jadi kuranglah bermotorsikal ke tempat kerja..Sebahagian lagi bermotorsikal hanyalah sebagai riadah..Hari kelepasan am atau hujung minggu memang ditunggu-tunggu


 Berpergian jika berpandukan gajet pandu arah..bersedialah untuk berpusing pusing tersalah masuk lorong sebelum tiba di destinasi.. Tak sangka Di Rasah Seremban jalanraya bersimpang siur sebegini...


 PD memanglah kawasan tumpuan... Walaupun berjerebu ramai juga pengunjung ke sana...Sambil makan-makan boleh mencuci mata memerhati gelagat orang ramai..

Jika pagi bersarapan di PD, petang.. makan malam di Pantai Remis Daerah Kuala Selangor.. Beginilah sindrom menuju warga emas..Anak-anak telah  membesar dan tidak tinggal bersama...Berbeza dengan pasangan muda yang sedang memulakan penghidupan..Ingin berpergian banyak faktor perlu diambil kira yang membantutkan rancangan..antaranya bersusah payah membuat persiapan anak-anak kecil dsb...

Warga emas tidak begitu.., tergerak hati start enjin terus jalan...hehe


Bacaan IPU di Kuala Selangor hampir 140..kedua terteruk di Selangor sesudah Pelabuhan Klang...Tahu maklumat ini semasa imam memberi penerangan ringkas solat hajat di masjid K. Selangor khusus untuk keselamatan jemaah haji di Mekah dan memohon dihindarkan malapetaka cuaca yang semakin teruk di tanahair..






 Makan makan ikan, sotong, udang kerang bakar dan mee kari saja...Walaupun ramai pelanggan servis ok cepat .. Harga sekitar RM70 menu untuk dua orang makan....



Sebagaimana ditulis diatas.. Seronok pergi ke kawasan tumpuan... Terhibur melihat gelagat orang ramai...Permainan buih ini disukai oleh segenap lapisan...tidak terkecuali anak-anak kecil... Atok atok pun seronok bermain dengan alasan melayan cucu...



Lagi tarikan terbaru di pantai ini berbanding kunjungan terdahulu... Sekarang ada live band...Sambil mendengar tu masukkan lah sikit sumbangan dalam tabung yang disediakan tu yea...

1 comment:

  1. Pantai Remis?...Macam menarik untuk dijadikan destinasi terjah selepas nie..
    Amacam prestasi GS kang? Tak menghampakan kan?....terliur tengok..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK