click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, August 27, 2018

Jom jom Chendering Terengganu..

 23 Ogos 2018

Kesinambungan riadah Cameron Highland, sempena hariraya korban kami berkunjung pula ke  Chendering Terengganu 3h2m 

Semangat beriadah terus berkobar.. Seawal pagi beriadah di Pantai Pandak. Kawasan ini kurang dikenali berbanding Pantai Batu Buruk..

Keadaan ini barangkali bakal berubah jika hotel bertaraf antarabangsa mula beroperasi dikawasan ini.. Cuma kini pembinaan hotel tersebut tergendala disebabkan beberapa masalah yang penulis sendiri tidak pasti punca sebenar. 







Disamping menikmati keindahan pantai mata tidak dapat lari  dari pemandangan sampah- sampah yang mengotori pantai


Walaupun secara keseluruhan aspek kebersihan terdapat sedikit peningkatan hasil kempen kebersihan kerajaan negeri tetapi kesedaran menjaga kebersihan dikalangan pengunjung masih mengecewakan. 


Bekas makanan polystyrene bersepah dipantai.. Tak taulah dimana silapnya... Tergamak pengunjung membiarkan bekas bekas makanan ditinggalkan sesudah menikmati hidangan.. Botol-botol plastik juga banyak dibuang..Teruk betul paras kesedaran masyarakat . 


Penulis cemburu dengan mentaliti masyarakat mat salleh yang begitu perihatin dengan aspek kebersihan..Dikebanyakkan negara Mat Salleh yang penulis pernah kunjungi mereka sanggup mengutip taik anjing peliharaan daripada mencemari tempat awam..Disini taik- taik bayi walaupun berbungkus lampin selamba ditinggalkan begitu saja. 


Perubahan bermula dari diri kita.. Jika kita berinisiatif mengutip sampah sekurang kurangnya dikawasan laluan kita nescaya bertambah cantik tanahair.



Cucu kepenatan bermain pantai.. Masa inilah berpeluang mendukungnya . Jika tersedar ermm meraung lah dia.. Berkunjung ke Pasar Cabang Tiga membeli kepala ikan untuk santapan tengahari..Tetiba teringin kari kepala ikan.. 

Sebelah malam mencuba makanan ala nyonya di restoran yang baru dibuka berdekatan Kuala Ibai.. 




Pilihan menu mee berkuah perisa ikan dan sayuran... 


Chendering D2... 

Riadah pagi hari ke 2 di muara Sg Kuala Ibai sekali lagi disajikan dengan sampah sampah.. Hati betul betul pedih... 










Sebelah petang meronda di kawasan rekreasi awam Masjid terapung Chendering... 

Perubahan ketara terdapat banyak aktiviti disini...Pengunjung ramai.. Terdapat khidmat sewa skuter elektik... 



Gerai gerai jualan juga banyak.. 



Tahap kebersihan disini ok... 




Berakhir 3h2m Chendering.. 

Kembara riadah September seterusnya ke Pulau Redang . Jom jom kita ke sana.. 










No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK