6hb Ogos..Isnin mula meninggalkan Ohio. Jika kembara- kembara terdahulu dengan tempoh masa agak panjang keinginan pulang ke tanahair membuak- buak.. Tapi tak taulah kenapa trip kali ini agak sayu pula untuk meninggalkan bumi Amerika.. Paling terasa kehilangan nanti adalah sausana kebersihan kampung-kampung mereka. Kebersihan taman-taman awam dan taman rekreasi mereka.. Kebersihan rumah kediaman dan tandas mereka...Sangat mendambakan supaya sausana ditanah air juga sedemikian rupa..
Meninggalkan bumi Amerika..In sha Allah ada kesempatan dan rezeki akan datang lagi ke sini...Memberi galakan supaya anak yang akan menamatkan pengajian Disember ini supaya memohon kerja saja di US ataupun Kanada. Budaya berhijrah memang penulis sentiasa terapkan ke diri anak-anak.
Berada di bumi Amerika memang tidak terasa jauh dari tanahair.. Bahan membuat makanan mesra tekak mudah saja diperolehi... Sebab itu kerinduan untuk pulang ke tanahair tidak begitu terasa.
Flight harini 6 ptg menuju Vancouver Kanada... Transit di Dallas dalam 2jam.
Tiba di Vancouver Kanada dalam 4 pagi... Sementara menanti flight ke Kuala Lumpur jam 11 pagi, kami melepak di dewan berlepas..Dulu memilih membeli tiket pergi balik melalui Vancouver Kanada ini walaupun minggu terakhir lawatan adalah di bumi Amerika.. Dalam banyak pilihan, pilihan ini yang paling murah.
Flight Vancouver- Kuala Lumpur transit di Incheon Korea... Transit 2jam 40minit...Di sini terpaksa berpindah ke terminal berbeza. Tiba tadi di terminal 1, flight berikutnya ke KL melalui terminal 2...Kedudukan agak jauh menggunakan tren antara terminal. Semua urusan berjalan lancar.
Selipar buruk ini menjadi pilihan ketika balik...beberapa kali juga dipakai ketika bersiar-siar di New York.. Sepatu yang sering dipakai dah tidak selesa dipakai.. Kasut berbau yang sangat menyengat..
Sebagaimana dijadualkan jam 10.30 mlm tiba ditanah air..
Berakhir sudah kembara UsCanada 2018. Kembara yang pastinya meninggalkan pelbagai kenangan.
Berikut catatan rangkuman lawatan.
Makanan yang akan paling dirindui nanti adalah briyani The Halal Guys. Sangat sedap.
Homestay terbaik adalah di Calgary Kanada...kebersihan dan kemudahan bertaraf hotel.. Paling teruk di Broklyn New York.. Rumah uzur dan berbau tidak selesa.
Hotel paling berbaloi, simple diluar cantik didalam, harga berpatutan 80 USD.. Quality Inn Pitsburgh USA...
Paling teruk dan mahal...di Calgary Canada Country Moto Inn. 70 usd.. Hotel dan bilik sudah uzur.
Hotel Paling mahal 150usd di Hinton Canada.. Harga dikategorikan murah, sejam pemanduan lagi untuk ke Jasper National Park.. Jika memilih hotel di Jasper caj hotel minima 600 usd satu mlm
Lawatan paling menarik... Jasper National Park Canada . Pemandangan semula jadi serba serbi cantik.
Paling terkejut Rumah Putih.. Washington...Kelihatan sangat koman untuk kediaman rasmi Presiden Amerika.
Lawatan di nantikan tapi paling tidak mengujakan Niagara Fall... Keterujaan tidak dapat mengatasi lawatan di Jasper National park..
Bandar paling cantik.. Chicago..USA. Paling overated Ottawa Kanada..
Paling kagum sepanjang lawatan... Sistem subway NYC. Wpun uzur dan berselirat tapi sangat efisien..
Sehingga bertemu lagi dilain lawatan...
No comments:
Post a Comment